Hidung Berdarah Ketika Mengandung, Ibu Cuba 5 Cara Ini Untuk Hentikannya

Hidung berdarah boleh terjadi disebabkan oleh cuaca yang pamas ataupun keadaan kesihatan diri yang menurun ketika ibu sedang mengandung

Antara beberapa perubahan ketika hamil yang anda perlu tahu adalah sistem peredaran darah kian berkembang menjadi sebab hidung berdarah ketika hamil. Apakah sebab hidung berdarah boleh berlaku kepada ibu hamil?

Keadaan atau masalah ini mungkin biasa berlaku kepada anda sejak daripada sebelum hamil. Namun yang pasti, anda pasti tertanya-tanya sama ada keadaan hidung berdarah semasa sedang hamil adalah berbahaya atau tidak. 

Sebab hidung berdarah

sebab hidung berdarah, hidung berdarah, punca hidung berdarah, darah hidung,kenapa hidung berdarah

Anda tidak perlu risau. Sebenarnya, sebab hidung berdarah adalah sangat biasa ketika hamil. Pendarahan mungkin berlaku dari satu atau kedua-dua belah hidung anda.

Biasanya, keadaan ini berlaku pada ibu mengandung bermula dari trimester kedua dan berlarutan hingga ke akhir kehamilan.

Sebab hidung berdarah ketika mengandung

Apakah sebab hidung berdarah? Sebenarnya, punca hidung berdarah boleh berlaku oleh beberapa faktor di bawah:

  1. Saluran darah berkembang: Apabila bekalan darah dalam badan meningkat, saluran darah akan berkembang dan menipis. Penambahan tekanan pada saluran darah akan senang pecah lalu terjadinya pendarahan.
  2. Alahan: Kebarangkalian anda dapat hidung berdarah lebih tinggi jika anda ada alahan dan menggunakan spray hidung. 
  3. Demam atau jangkitan: Jika anda demam atau ada jangkitan dalam hidung, membran mukus akan jadi kering dan saluran mudah pecah. 
  4. Kawasan persekitaran kering: membran mukus dalam hidung akan kering dengan cepat di udara yang sejuk dan kering, bilik berhawa dingin, dan dalam kapal terbang. Ia akan meningkatkan risiko hidung berdarah.

Adakah hidung berdarah menjejaskan kehamilan?

Gejala dan sebab hidung berdarah semasa sedang mengandung tidak perlu begitu dirisaukan. Keadaan ini tidak memberi kesan buruk kepada anda mahupun bayi dalam kandungan. 

Namun jika anda mengalami hidung berdarah hampir setiap hari, ia mungkin disebabkan oleh satu saluran yang berdarah secara berterusan.

Jadi, sila segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor anda dan mengelak daripada berlakunya sebarang masalah.

Gejala hidung berdarah

Anda mungkin mengalami darah hidung semasa mengandung dari satu atau kedua-dua lubang hidung. Ia boleh berlaku untuk beberapa saat hingga hampir 10 minit.

Pendarahan pada hidung anda mungkin hanya sedikit atau banyak. Selain daripada itu, anda juga mungkin mempunyai darah kering dan berkerak di hidung anda yang mana anda tidak perasan sehingga anda menghembusnya.

Anda mungkin tidak sedar hidung sedang mengalami pendarahan semasa anda berbaring atau ketika sedang nyenyak tidur. Sebaliknya, anda mungkin merasakan sesuatu mengalir di bahagian belakang tekak anda.

Jika anda telah didiagnosis dengan tekanan darah tinggi dan mengalami pendarahan hidung, segera maklumkan doktor anda.

Cara hentikan pendarahan hidung

Sebenarnya cara untuk merawat masalah hidung berdarah tidak rumit dan boleh dilakukan oleh anda sendiri, di rumah. Berikut merupakan beberapa cara mudah untuk anda menghentikan pendarahan hidung yang dialami:

  • Duduk dan depankan badan. Kepala anda perlu berada lebih atas dari jantung.
  • Guna ibu jari dan jari telunjuk untuk memicit hidung. Pastikan bawah hidung berada dalam posisi terangkat sedikit.
  • Bernafas menggunakan mulut dan picit hidung selama 10-15 minit tanpa melepaskan tekanan. Ia akan buat darah kering dalam hidung dan bukan di tekak.
  • Duduk atau berdiri dengan tegak untuk mengurangkan tekanan darah di dalam hidung dan mencegah pendarahan berterusan.
  • Letakkan pek ais pada batang hidung.

Jangan dongakkan kepala atau baring kerana ia boleh buat anda telan atau hirup darah dan buat anda rasa mual.

Jika pendarahan tak berhenti selepas 15 minit, letakkan pek ais. Anda boleh terus memegang pek ais di batang hidung selama 10-15 minit.

Ini untuk mengelakkan hidung berdarah semula dalam masa 24 jam.

  • Jangan baring terlentang
  • Jangan korek atau hembus hidung
  • Jangan angkat benda berat
  • Jangan minum minuman panas

Walaupun hidung berdarah adalah perkara yang tak membimbangkan, ada beberapa perkara yang memerlukan anda untuk berjumpa dengan doktor secepatnya.

Cara Elak Hidung Berdarah Ketika Hamil

Anda mungkin mengalami pendarahan hidung semasa mengandung tanpa sebarang sebab. Tetapi, anda boleh mengurangkan risiko pendarahan hidung dengan mengekalkan tekanan di dalam hidung anda dengan tidak ‘mengganggu’ saluran darah yang sensitif di hidung anda lebih daripada yang sedia ada. Ini caranya:

  • Pastikan bahagian dalam hidung anda lembap dengan sedikit jeli petroleum atau aloe vera.
  • Elakkan mencubit atau menggosok hidung atau muka anda.
  • Hembus hidung anda perlahan-lahan jika ia tersumbat atau anda mengalami hidung berair.
  • Bersin dengan mulut terbuka (sediakan tisu untuk menutup mulut anda).
  • Elakkan penghawa dingin dan kipas.
  • Pastikan udara di dalam rumah anda lembap dengan menggunakan humidifier.
  • Elak senaman yang menyukarkan, termasuk senaman yang memerlukan anda membongkok atau melompat dengan banyak.

Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor?

sebab hidung berdarah, hidung berdarah, punca hidung berdarah, darah hidung,kenapa hidung berdarah

Dalam beberapa kes, pendarahan hidung boleh jadi simptom masalah kesihatan lain dan anda perlukan diagnosis dari doktor.

Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala-gejala di bawah ini ketika: 

  • Rasa tak selesa pada dada atau tercungap-cungap kerana pendarahan hidung
  • Hidung berdarah walaupun sedikit selepas terhantuk atau terjatuh di kepala
  • Hidung berdarah disertai dengan kebas atau rasa kesemutan, ia mungkin tanda strok
  • Jika anda tak sedarkan diri
  • Pendarahan hidung yang disertai dengan keletihan, keliru atau pening

Doktor akan periksa keadaan anda dan berikan anda rawatan sewajarnya.

Ketika sedang hamil, sememangnya banyak perubahan yang akan berlaku pada badan anda. Namun, jangan risau kerana kadang-kala ia adalah gejala biasa, termasuklah pendarahan pada hidung.

Yang penting, anda tidak perlu panik dan tahu langkah seterusnya yang perlu diambil oleh anda. 

  1. Healthline (April 29, 2020). Why a Bloody Nose While Pregnant Is Totally Normal (and How to Treat It). www.healthline.com/health/pregnancy/nosebleeds-while-pregnant
  2. What to Expect (Apr 1,2021). Stuffy Nose and Nosebleeds During Pregnancy. www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/nasal-congestion.aspx

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Punca Berak Berdarah, Dan Cara Untuk Mencegahnya Dengan Segera

Baca juga: Rasa Tidak Sedap Badan & Mual, Take Noted Beberapa Tanda Nak Period Vs Hamil Ini!

Baca juga: 5 Perkara Wanita Hamil Perlu Peka Jika Mahu Pakai Braces Gigi, Elak Komplikasi Pada Ibu & Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!