Hilangkan Dark Circle Pada Mata Anda Dengan Bahan-Bahan Makanan Ini

lead image

Jangan bimbang, bahan-bahan untuk menghilangkan dark circle ini boleh didapatkan di pasar atau supermarket!

Dark circle di area mata boleh disebabkan oleh berbagai faktor seperti genetik, usia, diet pemakanan, dan tentu sahaja, keletihan.

Kebanyakkan ibu-ibu yang kurang tidurnya sering berhadapan dengan penampilan mata yang kurang indah untuk dipandang (eye bag yang semakin gelap dan membesar!)

Solution yang terbaik untuk menghilangkan dark circle adalah dengan beristirehat.

Jika anda rasa tidak ada cukup masa untuk tidur 8 jam sehari, anda boleh cuba beberapa bahan makanan yang boleh menghilangkan kegelapan di sekitar mata anda.

Penting untuk diberi perhatian: Bahagian sekitar mata adalah bahagian yang cukup sensitif.

Walaupun bahan-bahan yang disyorkan di bawah ini sifatnya semulajadi, berhati-hatilah ketika menggunakannya. Apabila ada reaksi alergi atau iritasi, segera hentikan pemakaiannya ya!

1. Timun

Selain menyejukkan kulit, jenis sayuran yang satu ini juga dapat membantu mencerahkan dark circle di area mata.

Hiriskan timun sejuk (letakkan di peti sejuk selama 30 min sebelum hiris) dan tempatkan pada area mata selama kurang lebih 10 minit.

Selepas itu, bilas mata dengan air bersih. Cara ini dapat dilakukan dua kali sehari

http://www.dreamstime.com/royalty-free-stock-photo-cucumber-beauty-girls-spa-image14109745

Photo: Dreamstime

2. Kentang

Kentang yang belum dimasak memiliki kandungan yang dapat mencerahkan kulit sehingga sangat sesuai digunakan untuk mengatasi masalah mata yang semakin menggelap.

Seperti timun, anda boleh menggunakan hirisan kentang untuk diletakkan ke area mata atau menggunakan jus kentang.

Cara membuat pati kentang: parut kentang untuk mengekstrak cairannya, rendam kapas ke dalam cairan tersebut dan letakkan pada mata yang tertutup selama 10-15 minit. Cara ini juga dapat dilakukan dua kali sehari.

Halaman seterusnya: Untuk mengurangi warna gelap di area mata dan melembabkannya, anda boleh menggunakan bahan yang satu ini.

 

3. Minyak Kelapa

Tidak hanya membantu mencerahkan area mata, minyak kelapa juga berguna untuk melembabkan dan menghaluskan kulit di sekitar mata sekaligus mencegah munculnya kedutan.

Cara memakainya sangat mudah, celupkan jari – pastikan anda sudah mencuci tangan – pada minyak kelapa (pilih varian yang extra virgin) dan picitkan perlahan ke area di bawah mata.

Biarkan selama satu jam sebelum dibilas. Lakukan dua kali dalam sehari.

4. Kantung Teh

Teh mengandungi kafein dan antioksidan yang dapat membantu mengurangi bengkak/sembab dan kulit yang menggelap.

Untuk menggunakannya, sejukkan kantung teh hijau atau teh hitam yang telah dipakai selama satu jam di dalam peti sejuk sebelum meletakkannya pada mata.

Biarkan selama 10-15 minit. Lakukan sekali atau dua kali dalam sehari.

Photo: Pixabay

Photo: Pixabay

5. Jus Lemon

Jus atau pati lemon memiliki kandungan yang dapat membantu membersihkan dan mencerahkan kulit.

Cara menggunakannya sangat mudah, anda hanya perlu memerah lemon dan merendam kapas dalam hasil perahan itu.

Kemudian, letakkan kapas tersebut pada mata.

Harap berhati-hati agar air lemon tidak sampai masuk ke mata (pedih nanti!). Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Lakukan sekali dalam sehari. 

Selamat mencuba ya!