Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

Hipoglisemia pada bayi baru lahir boleh menjadi sementara atau kekal. Ia berlaku disebabkan oleh glukosa darah menurun di bawah paras normal

Melahirkan seorang bayi adalah perjuangan. Tidak semua ibu diberikan rezeki bersalin normal dan dapat menyusukan anak dengan lancar. Begitulah yang berlaku pada Nurul Lubis apabila dia diuji anaknya menghidap hipoglisemia.

Difahamkan ia bukanlah berpunca daripada dirinya kerana firasat hati kuat mengatakan bahawa anaknya menangis disebabkan lapar dan ingin susu.

Bayi baru lahir disahkan hipoglisemia

hipoglisemia bayi baru lahir

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Nurul menceritakan pengalaman yang dilalui selepas melahirkan anak kedua dengan niat untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada ibu-ibu lain.

Baru ada masa untuk menceritakan semula apa yang telah terjadi. Terpaksa cerita kat sini sebab ramai mesej tanya dan nak tahu. Tak sempat nak balas satu-satu.

Setelah selesai bersalin secara pembedahan, ibu diberikan rehat. Tak boleh banyak bergerak, tak boleh banyak bercakap, tak boleh makan minum. Bila banyak bercakap atau bergerak akan rasa pening kepala nak muntah sebab kesan bius.

Jadi lepas operasi czer, memang akan terbaring sahaja.

Diri sendiri kali kedua tengok anak pada masa ini. Kali pertama tengok masa dekat bilik pembedahan. Doktor tunjuk anak, suruh cium dan tanya kita apa jantina anak. 

Suami kali pertama tengok anak. Dia tolak masuk wad letak sebelah ibu untuk diazankan. Masa ini ibu masih rasa pening-pening dan hendak muntah.

Tak sangka kali kedua ini pun umi dapat anak yang bambam lagi. Bersalin ketika kandungan 37 minggu. Last scan 3.2kg, tiba-tiba keluar 3.9kg. Kalau tunggu 40weeks mahu jadi macam kakak dia. 4kg+ ni.

Bersalin anak kedua secara czer

tanda bayi hipoglisemia

Syukur kepada Allah semua dipermudahkan dan bagi saya czer kali kedua ini tidak sakit. Lain orang lain pengalamannya kan? Ada kata czer kali kedua sakit. Tapi bagi saya yang pertama lebih sakit sebab emergency czer. 

Alhamdulillah dimudahkan. Sakit pun sekejap sahaja masa dekat wad. Lepas habis bius nak pergi ke tandas seksa nak bangun, duduk dan berjalan. Tapi masa dalam pantang tidak sakit pun.

Nak dijadikan cerita, sepanjang baby ada dengan umi, umi tak dapat nak susukan dia. Nampak dia lapar nak susu sampai mulut ternganga-nganga. 

Masa ini sedih gila rasa. Bukan tak cuba bagi, dah cuba skin to skin tapi baby tak boleh nak hisap sebab breast tengah bengkak sangat.

Bayangkan seharian baby bersama umi tapi tak dapat susukan dia. Menangis tak payah cakaplah. Sepanjang masa menangis kecuali bila dia dah tidur dan penat.

Yang paling sedih tengah-tengah sakit baru lepas bersalin tu, saya tolak baby ke kaunter dan beritahu nurse anak saya lapar nak susu.

Dua kali saya ke kaunter minta nurse beri susu formula dahulu. Tapi nurse bising-bising dan alih topik lain pula.

Dia cakap periksa la anak takut kembung perut ke, tukar lampin ke. Padahal kita ibu, kita tahu anak tengah lapar.

Doktor perasan tubuh anak menggeletar

bayi kurang gula dalam darah

Kesudahnya sampai esok anak umi tak minum susu dan kelaparan. Esok tu macam biasa doktor pakar akan datang melawat pesakit sorang demi sorang. 

Tiba giliran saya, doktor periksa baby dan dia tanya kenapa bayi awak menggigil ni?

Saya ceritalah apa yang jadi semalam dan doktor terus minta maaf. Benda dah jadi dan doktor sahkan anak saya hipoglisemia.

Hipoglisemia adalah kurang gula dalam darah. Antara simptomnya adalah kulit pucat, tubuh lemah dan peluh menggigil.

Bayi terus kena hantar nursery duduk bawah lampu merah yang panas sampai kulit dia kelihatan seperti melecur dan merah padam. Kesian anak umi.

Dekat wad umi pun usaha untuk bagi dia susu. Walaupun tengah bengkak dan sakit, umi cuba juga perah dan pam walaupun hasil hanya setitik dua.

Masa ni memang sangat down, dengan sakit bengkak susu lagi, fikirkan keadaan anak lagi.

Disebabkan kecuaian orang lain, anak umi jadi mangsa. Terus dia jadi hipoglisemia. Tidak cukup dengan itu doktor ada periksa jantung dia juga.

Setiap hari usaha dan pam supaya susu banyak

Disebabkan dia lahir tidak cukup bulan, jadi jantung baby terbuka sedikit dan tidak tutup habis. Tapi doktor kata ia normal. Makin lama nanti dia akan tertutup.

Doktor minta untuk follow up selepas ini kalau anak bertukar biru, nafas jadi laju cepat-cepat ke hospital.

Umi dah balik rumah tapi baby masih kena tahan dekat wad. Hari-hari pagi petang umi abi datang melawat dia sambil bawa bekal susu yang dipam.

Masa melawat dia tak payah cakaplah. Laju airmata mengalir bila tengok keadaan anak. Dalam hati berkata sabarlah ujian. Tengok anak orang lain kat dalam tu ada yang lagi teruk.

Hari ke hari alhamdulillah susu makin banyak untuk dihantar pada baby. Lepas seminggu kena tahan wad, baby dah boleh balik. Syukur alhamdulillah jantung dia pun baik.

Tapi hipoglisemia tu sampai sekarang masih ada. Macam trauma sebab tak dapat susu masa di wad, bila lambat dapat susu anak jadi resah gelisah.

Masa mengandung umi tidak ada GDM walaupun bersalin anak dengan berat 3.9kg. Masalah bayi baru lahir hidap hipoglisemia ini bukan terjadi pada saya seorang. 

Waktu melawat baby dekat wad, ada seorang hamba Allah ini anak juga kena tahan di nursery dan rupanya cerita dia sama macam saya.

Dia pun czer dan tak boleh susukan baby. Bila pergi kaunter minta susu, jururawat di hospital tak bagi meskipun dia juga adalah bekerja sebagai jururawat.

Kesimpulannya, jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Sebagai ibu, percayalah pada naluri anda. Jika lihat bayi berubah, segera minta bantuan doktor atau jururawat untuk periksa keadaan si manja.

Semoga bermanfaat!

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mata Hitam Bayi Besar, Ibu Kesal Ada Yang Samakannya Dengan Alien Lepas Kongsi Gambar

Baca juga: Ibu Melahirkan Bayi Besar, Sangka Hanya Berat 4kg Tapi Lepas Bersalin Rupanya 7.3kg!

Baca juga: Fasa Separation Anxiety, Masalah Bayi Sukar Berenggang & Hanya Ingin Mengempeng

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!