Isteri Lebih Seksi Ketika Menjilat, Mengulum & Menghisap Zakar Suami, Lakukan Dengan Teknik Ini!
Perbuatan oral seks bersama pasangan mampu menaikkan keghairahan ketika 'beraksi' di ranjang. Antaranya dengan hisap zakar suami. Tetapi, bagaimana caranya?
Salah satu ilmu mengenai teknik seks oral iaitu hisap zakar perlu dipelajari dengan betul oleh para isteri jika anda ingin memuaskan nafsu suami dan membuatkan dia menjadi ‘gila bayang’!
Biarpun bagi segelintir isteri menganggap tidak senang dengan perbuatan ini dan tidak sesuai dilakukan ketika bersetubuh. Jangan anda tidak tahu, cara inilah boleh memikat hati suami.
Sebenarnya, perbuatan seks oral terhadap suami yang dikenali sebagai ”blowjob” adalah teknik di ranjang yang membuatkan suami menjadi lebih ghairah dan bersedia untuk menikmati tubuh anda.
Teknik ini juga boleh meningkatkan ghairah suami ke tahap maksimum.
Hisap zakar suami mengghairahkan
Hampir kesemua lelaki mendambakan isteri mereka untuk melakukan ”blowjob” pada kemaluan mereka.
Hal ini mungkin disebabkan pengaruh filem porno atau nasihat dari rakan-rakan suami untuk hubungan di ranjang tahan lebih lama.
Biarpun pada luaran suami kelihatan lebih yakin dan bersedia, namun hakikatnya mereka juga seperti anda, gugup untuk memulakan aksi di atas katil.
Kesannya, ada suami yang tidak dapat mencapai klimaks melalui prestasi mereka kerana zakar tidak keras sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam vagina isteri.
Dengan hisap zakar suami, ia secara tidak langsung menaikkan keghairahan sebelum seks dan membuatkan zakar benar-benar bersedia.
Beberapa panduan ini boleh anda ikuti. Antaranya:
#1. Menekankan aspek kebersihan
Sebelum anda hisap kemaluan suami, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah aspek kebersihan. Pastikan anda dan suami membersihkan diri dan kemaluan terlebih dahulu sebelum menikmati hubungan seks.
Gunakan pembersih seperti sabun atau gel mandian di bahagian kawasan kemaluan suami agar memastikan ia benar-benar bersih dan berbau wangi.
#2. Ikut turutan
Bagi membina perasaan ghairah suami, perbuatan ini tidak boleh dilakukan secara ‘tangkap muat’. Kebiasaannya ia perlu mengikut turutan iaitu menjilat, mengulum dan menghisap zakar.
Jika anda tidak terbiasa melakukan seks oral sebegini adalah lebih baik anda mengikuti turutan yang betul terlebih dahulu.
Jangan terus gelojoh hinggap ke zakar suami. Lakukan foreplay terlebih dahulu sebelum menjilat, mengulum dan menghisap.
#3. Posisi seks oral yang betul
Menentukan posisi yang sesuai bagi seks oral adalah sangat penting. Ia bukan sahaja memberikan keselesaan kepada anda dan suami, tetapi turut memberikan kesan yang maksimum kepada perbuatan seks oral ini.
Antaranya:
#1. Suami berbaring dan anda perlahan-lahan meletakkan bibir di kemaluan suami
#2. Suami berdiri dan anda berlutut di hadapan suami.
#3. Posisi 69. Suami berbaring dan anda berada di atas suami membolehkan anda melakukan tugas dengan lebih baik.
Cara menjilat, mengulum dan menghisap zakar
#1. Mulakan seks oral dengan menjilat zakar
Bagi memulakan langkah, anda perlu merangsang terlebih dahulu zakar suami dengan tangan. Gerakkan tangan anda ke hadapan dan belakang secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi tegang.
Seterusnya, jilat zakar suami dengan penuh lembut dan bernafsu. Tunjukkan anda benar-benar bersungguh untuk melakukannya, barulah suami tidak hilang mood!
#2. Mengulum zakar
Langkah ini dilakukan perlahan-lahan dengan membukakan sedikit mulut, kepamkan bibir dan masukkan kepala zakar suami ke dalam mulut.
Dalam keadaan ini, jangan mengulum zakar suami dengan gigi kerana akan menyebabkan kesakitan pada suami.
Sekiranya bibir anda penat, selangi perbuatan ini dengan melancap zakar suami sehingga ia bertukar menjadi keras dan tegang.
#3. Menghisap zakar
Caranya adalah dengan memasukkan mulut anda sedikit dalam kepada zakar mengikut keselesaan anda.
Ramai isteri telah melakukan kesilapan dengan memasukkan mulut mereka terlalu ke dalam sehingga menyebabkan mereka berasa mual dan ingin muntah.
Seterusnya, buat sedikit gerakan turun naik pada zakar. Sentiasa mengawal gigi anda agar ia tidak bersentuhan dengan zakar.
Lakukannya dengan penuh nikmat. Anda boleh menyedut zakar atau melancap dan bermain-main dengan buah zakar suami ketika menghisap.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menekan tangan pada pangkal zakar suami bagi merangsang zakar supaya lebih tegang dan panjang.
Seks oral dengan hisap zakar sebegini bukan sahaja dapat memastikan pasangan menjadi benar-benar bersedia untuk berjimak.
Malahan, ia sesuai sebagai aktiviti seks bagi menggantikan hubungan di ranjang apabila anda tidak dapat melayan suami kerana datang bulan atau sedang berpantang.
Sumber: Info Seks Melayu
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
Psstt Ini Tips Nak Eratkan Kembali Hubungan Dengan Suami Melalui Seks!