Buat anda yang sudah masuk usia 35 minggu hamil, ini masa yang sesuai untuk membuat pilihan hospital bersalin yang diinginkan. Justeru, kami kongsikan beberapa senarai hospital bersalin Kuala Lumpur atau di sekitar Selangor.
Namun, pemilihan hospital bersalin hendaklah diutamakan perkara berikut:
- lokasi tempat tinggal,
- kemudahan fasiliti,
- doktor yang berpengalaman dalam bidang Obsetrik dan Ginekologi,
- hospital bersih,
- staf yang terlatih dan mesra
- yang paling penting adalah kos perubatan tidak terlalu mahal
Hospital bersalin Kuala Lumpur di bawah milik kerajaan
#1. Hospital Ampang Kuala Lumpur
credit to sources
Antara salah satu hospital bersalin Kuala Lumpur dan Selangor ialah Hospital Ampang. Ia terletak di Taman Pandan Mewah, Ampang dan berada di lokasi yang strategik untuk penduduk sekitar Lembah Klang.
Apatah lagi, wad pakar sakit puan dan perbidanan Hospital Ampang juga telah diperkembangkan kepada rawatan wad antenatal, post-natal, ginekologi, pusat bersalin dan perkhidmatan pembedahan.
Antara kelebihan Hospital Ampang ini ialah ia mengadakan kelas antenatal secara percuma. Sekaligus, parents boleh menimba ilmu berkaitan keibubapaan dengan lebih mendalam.
Selain itu, jururawat dan staf di hospital ini juga arif berkaitan penyusuan dan tidak lokek menunjuk ajar kepada ibu yang masih keliru tentang penyusuan susu ibu yang betul.
#2. Pusat Perubatan Universiti Malaya

Menurut mereka yang pernah bersalin di sini, doktor wanita PPUM akan ajar cara untuk meneran dan ketika proses jahitan juga tidak sakit kerana diberikan ubat tahan sakit.
Selain itu, wad bersalin PPUM juga selesa dan staf akan membantu membersihkan ibu dan bayi.
#3. Hospital Shah Alam

Hospital Shah Alam terletak lebih kurang satu kilometer dari Bandaraya Shah Alam di Mukit Bukit Raja Daerah Petaling. Hospital Shah Alam ini memiliki jururawat, doktor pakar yang sangat baik dan murah senyuman. Bahkan, kemudahan di wad juga bersih dan terbaik.
Antara kemudahan lain yang disediakan di sini seperti kafeteria, surau, kedai serbaneka, perpustakaan, taman permainan dan lain-lain.
#4. Hospital Kajang

Apa yang menarik di Hospital Kajang adalah ia mempunyai kelas antenatal setiap bulan sepanjang tahun, perkhidmatan jururawat ke rumah selepas discharge dari wad, kumpulan sokongan penyusuan dan kos rawatan murah.
Malah jururawat dan staf yang bertugas juga sangat mesra dan sedia membantu pesakit ketika diperlukan.
#5. Hospital Sungai Buloh

Hospital Sungai Buloh menjadi pusat tumpuan orang ramai untuk mendapatkan rawatan. Sebab itu, jika anda pergi mendapatkan rawatan di sini agak sedikit bersesak dengan orang ramai.
Antara yang menarik di Hospital Sungai Buloh:
- Hanya doktor wanita yang check bukaan pintu rahim ibu ketika bersalin
- Wad yang bersih dan tandas yang besar memudahkan ibu menyiapkan diri
- Jururawat sedia membantu ibu bagi menunjukkan cara-cara menyusu dengan betul
#6. Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur

Mula beroperasi pada hujung tahun 2018, ia menyediakan hampir satu ribu katil buat ibu bersalin, kemudahan dewan bedah dan struktur binaan bangunan begitu mengagumkan. Hospital ini sangat mesra bapa kerana adanya ruang menunggu selesa dan cantik.
Menurut akhbar tempatan, caj minimun dikenakan kepada ibu bersalin iaitu serendah RM10 sahaja bagi menikmati perkhidmatan setanding hospital swasta!
#7. Hospital Selayang

Menurut perkongsian pengalaman seorang ibu, dia amat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh pihak Hospital Selayang kerana menyediakan kelengkapan yang selesa. Doktor dan pakar pun juga ramah, mereka sering menerangkan pada ibu-ibu tentang sebarang masalah.
Bilik walaupun tiada aircond untuk 3rd class, tapi setiap satu katil diletakkan kipas dan ruangnya juga agak luas. Bayarannya agak murah iaitu RM30 sahaja bagi kelahiran normal.
#8. Hospital Serdang

Lokasinya bersempadanan dengan South Kajang Valley Expressway (SKVE) di sebelah timur dan Fakulti Perubatan UPM di sebelah barat. Pembinaan hospital ini memberi perkhidmatan perubatan kepada lebih kurang 570,000 penduduk di kawasan Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi.
Menurut perkongsian oleh kebanyakan penulis blog, mereka melalui pengalaman kurang memuaskan dari segi kemudahan dan kemahiran pakar memandangkan hospital ini memiliki ramai doktor pelatih.
Senarai hospital bersalin swasta yang terbaik
#1. KPJ Specialist Hospital

- Antara rawatan: Pemantauan ibu dan bayi, ubat-ubatan, vaksinasi BCG dan Hepatitis B, rutin ujian darah, G6PD dan kumpulan darah serta lain-lain rawatan.
Kos rawatan termasuk sekali baby car seat:
- Pakej bersalin normal: RM3,000
- Pakej bersalin caesar: RM8,800
#2. Hospital Pusrawi

- Antara rawatan: prosedur kelahiran normal, kelahiran caesarean, perundingan pakar sakit puan dan kanak-kanak, ujian darah dan vaksinasi.
Kos bersalin normal:
- Bilik seorang (RM2,150)
- Bilik dua katil (RM1,950)
- Bilik empat katil (RM1,550)
#3. Al-Islam Specialist Hospital

Kos rawatan:
Bilik empat katil : RM2,500
Bilik dua katil: RM2,700
Bilik satu katil : RM 3,000
#4. Gombak Medical Centre

- Antara rawatan: perunding dari Dr. Pakar, prosedur bersalin normal, menawarkan perkhidmatan Aqiqah, vaksinasi, ubat-ubatan dan lain-lain.
Kos rawatan:
Bersalin normal : RM2,250
Bersalin normal + rawatan selepas bersalin : RM2,700
Bersalin normal (bukan warganegara) : RM2,400
#5. Rampai Puteri Medical Centre

Antara rawatan: review dari doktor, vaksinasi untuk bayi baru lahir, ubat-ubatan, hidangan untuk ibu berpantang, melakukan prosedur bersalin normal dan pembedahan.
Kos rawatan:
Suite room : RM 4,200 (2 hari 1 malam)
Bilik satu katil : RM 3,800 (2 hari 1 malam)
Wad terbuka : RM 3,200 (2 hari 1 malam)
Untuk maklumat yang lebih terperinci berkaitan kos rawatan di hospital yang disenaraikan ini, anda boleh terus layari laman web hospital berkenaan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar : Norhana & google
Baca juga: Berpantang Sendiri Ketika PKP Agak Mencabar, Ibu Perlu Tahu Cara Betul Uruskan Diri
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!