Meninjau Wad Bersalin Meghan Markle Yang Serba Mewah & Menelan Kos Semahal RM 110,000!

Pasangan diraja Putera Harry dan Meghan Markle memilih sebuah hospital serba mewah bagi menyambut kelahiran putera sulung mereka.

Bayangkan anda bersalin di sebuah hospital bersalin swasta yang sangat mewah dan mempunyai kelengkapan peralatan hospital yang canggih serta layanan bertaraf hotel lima bintang. Wah seronoknya!

Bukan fasilitinya sahaja bertaraf lima bintang, tapi perkhidmatan yang disediakan  juga mencecah ribuan ringgit.

Fuh, bestnya kalau suami belanja beranak di hospital mewah, kan?

Kalau tiap-tiap tahun disuruh mengandung pun mungkin isteri tak kisah sangat. Betul tak? Ditambah pula suami mampu, jadi tak salahkan raikan isteri bersalin di hotel serba mewah.

Sebut pasal hospital bersalin swasta serba mewah, tular di media sosial gambar hospital pasangan diRaja Putera Harry dan Meghan Markle semasa melahirkan bayi sulung mereka.

Duchess of Sussex ini baru saja melahirkan seorang putera lelaki yang diberi nama Archie Harrison Mountbatten-Windsor pada 6 Mei lalu.

Gambar hospital bersalin swasta Meghan Markle semasa lahirkan putera sulung

hospital bersalin swasta, hospital bersalin, hospital bersalin meghan markle, meghan markle, putera harry, hospital, hospital portland, hospital serba mewah, hospital mewah, hospital mahal, hospital meghan bersalin

Perkongsian dari Daily Mail UK mendedahkan gambar wad bersalin yang menjadi pilihan pasangan tersebut.

Pasangan diRaja itu memilih Hospital Portland yang terletak di London dan pakej bersalin di sini mencecah hampir 15,000 ke 20,000 pound bersamaan RM80,000 – RM 110,000 dan pakej bergantung kepada bilik yang dipilih pesakit.

Hospital bersalin mewah: Pendaftaran bersalin mencecah RM42,000

Disebabkan Hospital Portland ini serba mewah, maka tidak hairanlah pendaftaran ibu mengandung yang ingin melakukan proses bersalin juga menelan belanja kira-kira RM42,000.

Malah, ibu yang memilih wad bersalin peribadi akan diberikan khidmat 24 jam oleh staf yang bertugas. Selain dibekalkan dengan kelengkapan mandian dari jenama terkenal, Molton Brown. Bestkan?

Hospital bersalin swasta: Sambut kelahiran si kecil dengan jamuan mewah 

hospital bersalin swasta, hospital bersalin, hospital bersalin meghan markle, meghan markle, putera harry, hospital, hospital portland, hospital serba mewah, hospital mewah, hospital mahal, hospital meghan bersalin

Bukan itu sahaja, ibu bapa yang selamat menyambut kelahiran bayi mereka akan diraikan dengan sebuah jamuan mewah dan dihidangkan dengan makanan dan minuman yang enak.

Selain itu, goodies bag juga diberikan pada pasangan yang melahirkan bayi mereka di sini.

Bagi ibu yang memilih menginap lebih lama di hospital ini, mereka akan dikenakan cas 1,800 pound bersamaan (RM10,000) satu malam.

Menurut laporan Daily Mail, pasangan diRaja itu mula menginap sehari awal sebelum melahirkan putera tersebut.

Terdahulu, keluarga diRaja lain yang pernah bersalin di hospital yang sama ini juga adalah Duchess of York, Sarah Ferguson ketika melahirkan Puteri Eugenie dan Beatrice.

Malah ia juga pernah menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Victora Beckham, Jools Oliver dan Liz Hurley.

Tips tambahan – cara memilih hospital bersalin anda 

hospital bersalin swasta, hospital bersalin, hospital bersalin meghan markle, meghan markle, putera harry, hospital, hospital portland, hospital serba mewah, hospital mewah, hospital mahal, hospital meghan bersalin

  • Mempunyai polisi tentang penyusuan susu ibu
  • Hospital yang mesra bayi dan ibu.
  • Lihat jarak hospital dengan rumah anda.
  • Bertanyakan kepada rakan-rakan atau saudara yang pernah mendapatkan khidmat di hospital tersebut.
  • Sekiranya memilih hospital swasta, pastikan anda mampu membayar kos yang ditetapkan.
  • Ambil tahu prosedur di setiap hospital seperti adakah suami boleh temankan isteri semasa bersalin, waktu melawat dan sebagainya.

Semoga bermanfaat.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Astro Awani

Baca juga: 

https://my.theasianparent.commeghan-markle/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!