4 Hospital Bersalin Kerajaan & Swasta Pilihan Ibu-Ibu Berdasarkan Pengalaman Sendiri!

Menjadi kemestian ibu-ibu mengandung untuk memilih hospital bersalin terbaik terutama ketika sudah masuk trimester ketiga.

Menjadi kemestian ibu-ibu mengandung untuk memilih hospital bersalin terbaik terutama ketika sudah masuk trimester ketiga yang mana mereka perlu bersedia untuk bersalin pada bila-bila masa saja.

Jadi hospital bersalin yang menjadi pilihan mestilah yang memenuhi keselesaan dan perkara lain yang perlu diambil perhatian adalah jarak dengan rumah, kadar kemampuan dan paling penting hospital yang dapat good review oleh ibu-ibu lain!

Terlalu banyak tempat yang membolehkan ibu hamil bersalin, cuma perkara yang mungkin menjadi concern ibu hamil selain daripada harga dan jarak dari rumah adalah apakah hospital yang betul-betul mampu memastikan kelancaran ketika bersalin nanti? Dan itu hanya boleh diketahui dengan reviu oleh ibu yang berpengalaman. 

Hospital bersalin terbaik pilihan ibu-ibu

Hospital bersalin terbaik

Bersalin bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh kerana ia membabitkan nyawa ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Jelas bahawa pilihan hospital sejak daripada awal mengandung penting bagi memastikan anda sentiasa bersedia untuk pergi ke mana jika tanda bersalin muncul.

Pilihan sudah pasti di tangan anda dan pasangan berdasarkan kemampuan masing-masing daripada pelbagai segi termasuklah kewangan serta jarak dengan kediaman yang menjadi antara perkara penting untuk dipertimbangkan.

Berbincangkan dengan pasangan dan dapatkan kata putus. Memang kita tidak tahu apa yang akan terjadi ketika mahu bersalin nanti, tetapi sekurang-kurangnya perancangan itu ada dan sudah boleh mula buat pemeriksaan di hospital yang berkaitan jika merancang mahu bersalin di sana.

Seperti di hospital swasta, ada yang menetapkan supaya mereka yang ingin bersalin di premis mereka perlu datang sekurang-kurangnya dua kali untuk pemeriksaan pranatal yang dilakuakan setiap bulan sebagai rekod mereka pernah mendapatkan perkhidmatan di situ.

Jadi tidak salah jika di awal kehamilan anda sudah membuat persediaan dan perancangan untuk bersalin di mana.

4 hospital bersalin pilihan ibu-ibu berdasarkan pengalaman sendiri

Hospital bersalin terbaik

Pilihan ini adalah berdasarkan pengalaman dialami ibu-ibu yang baru bersalin dalam tahun ini dan berkongsi mengenai pandangan mereka di pelbagai platform termasuk media sosial.

#1. Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM

Dulunya hospital ini dikenali sebagai Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Ada daripada ibu-ibu yang baharu bersalin mencadangkan hospital ini kerana ia menyediakan kemudahan yang sangat selesa selain ada pelbagai pilihan untuk bersalin. Jika mahu bersalin di sini, semua pesakit yang ingin membuat pendaftaran pesakit baru dan untuk booking bersalin dikehendaki melakukan “Pra Pendaftaran”.

Ibu hamil yang mahu bersalin di sini perlu membuat tempahan dulu dan  sekurang-kurangnya telah dilihat oleh doktor di sini sebanyak dua kali.

Bolehkah suami menemani isteri semasa di Dewan Kelahiran? Jawapannya adalah boleh, suami perlu menandatangani borang pengeluaran pas menunggu pesakit di dewan kelahiran dan perlu mendapatkan Pas Menunggu di Kaunter Keselamatan yang terletak di tingkat 1 berhampiran Dewan Kelahiran.

Info: caj dan bayaran

#2. Hospital Putrajaya

Hospital bersalin terbaik

Ini antara hospital yang menawarkan khidmat bersalin dan menjadi pilihan ramai ibu hamil. Ada yang mengatakan mereka mahu anak dapat ‘ic 16’ kerana uniknya 16 hanya untuk putrajaya iaitu pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

Ada yang menganggapnya sebagai satu ikonik dan wajar untuk diingati justeru mahu bersalin di hospital berkenaan. Hospital ini juga ada menawarkan khidmat Pesakit Bayar Penuh (FPP).

Untuk mendaftar ibu boleh membawa dokumen seperti  kad pengenalan, Surat jaminan (GL) syarikat atau insuran yang menyatakan kelayakan untuk mendapatkan khidmat ini, deposit, surat rujukan atau kad temujanji (Sekiranya berkaitan) dan buku antenatal dari Klinik Kesihatan kerajaan.

Info: Caj dan bayaran FPP

#3. Hospital Pakar An Nur Hasanah, Bangi

Ini antara hospital swasta yang popular di kalangan ibu-ibu hamil dan memilihnya untuk bersalin. Pendekatan hospital ini agak islamik yang mana dalam bilik bersalinnya di pasangkan ayat al-quran. 

Dekorasi hospital yang cantik membuatkan debaran untuk bersalin berjaya dikurangkan selain doktor yang merawat anda juga wanita. Jika tidak selesa dengan doktor lelaki, anda boleh ke sini. Hospital ini menyediakan pakej untuk bersalin mengikut kepada kemampuan pesakit. Menurut ibu yang pernah menerima rawatan di sini, harga pakej pada ketika dia bersalin iaitu Januari 2020 adalah bermula RM2,500.

Info : caj dan bayaran

#4. Hospital Bersalin Razif, Klang

Hospital ini antara yang popular di kalangan ibu bersalin. Ini antara komen yang pernah menggunakan perkhidmatan di sini.

Daripada doktor,sampai ke frontdesk,sampai ke nurse n all staf,smpai ke akak acik cleaner,semua sgt membantu dan baik2…dlm labour room sampai peluh saya pun mereka tlg lap kan..sbb kesian menahan sakit..dari anak pertama sampai anak ke 3,semua di hospital razif..wad perdana 7 duduk 2 kali,perdana 3 sekali..wad single terbaik dan bersih..all over,terbaik..tahniah utk hospital razif.

Berdasarkan Facebook hospital berkenaan, pakej bersalin Hospital Bersalin Razif bagi bersalin normal adalah RM 2,450 dan LSCS RM5,900.

Info : Caj dan bayaran

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Hospital Bersalin Razif, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Hospital Putrajaya, Hospital Pakar An Nur Hasanah, Bangi

Baca juga:

https://my.theasianparent.combersalin-hospital-kerajaan

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!