6 Hospital Bersalin Swasta Yang Islamik & Mesra Ibadah, Ini Pilihan Kebanyakan Ibu!

Hospital bersalin swasta menjadi pilihan bagi ibu-ibu yang inginkan layanan eksklusif dan kemudahan selesa. Jom semak dari senarai!

Ramai ibu hamil cenderung memilih hospital bersalin swasta ketika musim pandemik ini. Jika berkemampuan, tidak salah untuk anda mendapatkan servis dan layanan yang lebih eksklusif memandangkan kini seluruh masyarakat berjaga-jaga dengan penularan wabak Covid-19.

Namun, apakah kriteria yang anda utamakan untuk mencari sesebuah hospital untuk bersalin? Adakah lokasi? Atau pakej yang disediakan? Kemudahan hospital? Atau kadar bayaran yang mereka kenakan?

Hospital bersalin swasta islamik yang sering menjadi pilihan para ibu

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ)

hospital bersalin swasta

Hospital yang terletak di Seksyen 9, Bandar  Baru Bangi ini memang sangat popular di kalangan penduduk sekitar.

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) menyediakan perkhidmatan bersalin berkonsepkan ‘Hospital Mesra Ibadah’ yang menyediakan persekitaran Islamik dan menenangkan untuk pesakit-pesakit di hospital. Sekiranya anda merancang untuk bersalin normal dan membayar secara tunai, terdapat beberapa pakej Bersalin Az-Zahrah yang boleh dipilih.

Berikut adalah perincian pakej ini:

  • Dipantau oleh doktor pakar gynekologi dan obstetriks wanita.
  • Kemudahan dua hari dan satu malam termasuk makanan
  • Pemeriksaan kesihatan bayi oleh pakar kanak-kanak
  • Kemudahan nurseri, pemeriksaan kumpulan darah, pemeriksaan G6PD, pemeriksaan Thyroid Stimulating Hormone (TSH), suntikan wajib
  • Kos pakej : bermula RM2,799

pakej hospital bersalin az-zahra

Hospital Pusrawi

pusrawi

Bagi mereka yang lebih selesa dengan lokasi hospital di tengah bandar raya Kuala Lumpur, Hospital Pusrawi mungkin menjadi pilihan anda.

Mereka menyediakan pakej untuk tiga jenis bilik, bilik perseorangan, bilik dua katil dan bilik empat katil. Ketiga-tiga pakej ini termasuklah:

  • Dipantau oleh doktor pakar gynekologi dan obstetriks wanita.
  • Kemudahan dua hari dan satu malam termasuk makanan
  • Pemeriksaan kesihatan bayi oleh pakar kanak-kanak
  • Pemeriksaan kumpulan darah, pemeriksaan G6PD, pemeriksaan Thyroid Stimulating Hormone (TSH), suntikan wajib
  • Kos pakej (Bilik seorang) : RM2150
  • Kos pakej (Bilik dua katil) : RM1950
  • Kos pakej (Bilik empat katil) : RM1550

pakej bersalin hospital pusrawi

Hospital Pakar Al-Islam

pakej bersalin al-islam

Berkonsepkan hospital mesra ibadah, Hospital Pakar Al-Islam yang terletak di Jalan Raja Abdullah ini menekankan untuk membantu dan membimbing pesakit di hospital mereka untuk kekal beribadah walaupun di dalam keadaan uzur.

Selain itu, mereka juga menyediakan kemudahan ibadah yang sesuai untuk pesakit. Contohnya sejadah, bedak tayammum, penyembur air untuk memudahkan pesakit mengambil wuduk.

Bagi ibu hamil, pakej bersalin yang disediakan oleh mereka ialah: 

  • Proses bersalin oleh doktor pakar gynekologi dan obstetriks wanita.
  • Rawatan panas (heat treatment) untuk luka episiotomi.
  • Kemudahan dua hari dan satu malam termasuk makan tiga kali sehari
  • Pemeriksaan kesihatan bayi oleh pakar kanak-kanak
  • Nurseri untuk bayi
  • Pemeriksaan kumpulan darah, pemeriksaan G6PD, pemeriksaan Thyroid Stimulating Hormone (TSH), suntikan wajib
  • Kos pakej (Bilik seorang) : RM3,400
  • Kos pakej (Bilik dua katil) : RM3,200
  • Kos pakej (Bilik empat katil) : RM3,300
  • Harga bersalin secara caesar: RM8,000- RM10,000 (bukan kecemasan)
  • Suami dan isteri perlu melakukan ujian Covid-19: RM150 setiap seorang

pakej

Hospital Pakar An Nur

hospital an-nur

Juga terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, Hospital Pakar An Nur menggunakan konsep perubatan yang kos efektif.

Pakej yang disediakan oleh hospital ini terdiri dari bilik empat bilik hingga bilik perseorangan. Butiran pakej adalah seperti berikut:

  • Dipantau oleh doktor pakar gynekologi dan obstetriks wanita
  • Kemudahan dua hari dan satu malam termasuk makanan (4 kali sehari)
  • Pemeriksaan kesihatan bayi oleh pakar kanak-kanak
  • Pemeriksaan kumpulan darah, pemeriksaan G6PD, pemeriksaan Thyroid Stimulating Hormone (TSH), suntikan wajib
  • Hanya peneman wanita sahaja dibenarkan menjaga pesakit di bilik perkongsian
  • Kos pakej bermula dari RM2700 (bilik empat katil) hingga RM3000 (bilik perseorangan) untuk kelahiran normal
  • Kaedah bersalin caesarean bermula RM7,800

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang anda perlu periksa dengan pihak hospital yang anda ingin pilih. Harga pakej mungkin bertambah sekiranya:

  • Tinggal di wad melebihi dua hari satu malam
  • caj ‘on call’ akan dikenakan sekiranya di luar waktu kerja dan di cuti awam
  • penggunaan alatan tambahan (vakum, forsep dan sebagainya).

Malah bagi sesetengah hospital, pakej boleh terbatal sekiranya:

  • ibu hamil kembar
  • pesakit mempunyai penyakit seperti HIV, Hepatitis, Kencing Manis, darah tinggi dan sebagainya
  • bersalin secara pembedahan kecemasan

Andorra Women & Children Hospital

ANDORRA

Andorra merupakan hospital untuk wanita & kanak-kanak yang patuh syariah kerana kesemua kakitangan perubatannya adalah wanita. Konsep ‘Dari Wanita Untuk Wanita’ adalah untuk memberikan lebih privasi dan keselesaan kepada ibu dan kanak-kanak yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan di sini. 

Bagi bakal ibu yang bersalin dan ingin mendapatkan perkhidmatan doktor dan jururawat wanita, hospital bersalin swasta inilah yang paling terbaik.

Ini termasuklah:

  • Perkhidmatan butler wanita
  • Kaunselor laktasi
  • Makanan yang memuaskan
  • Tukang urut peribadi
  • Bilik tidur lengkap dengan perabot berkualiti tinggi
  • Lawatan perunding 2x

Pakej bersalin yang disediakan disini adalah seperti:

Kos bersalin secara normal

  • Kos pakej (Bilik seorang) : RM4,599
  • Kos pakej (Bilik dua katil) : RM3,899
  • Kos pakej (Bilik empat katil) : RM3,399
  • Kos pakej VIP: RM5,299

Kos bersalin secara normal ceaser

  • Kos pakej (Bilik seorang) : RM9,999
  • Kos pakej (Bilik dua katil) : RM9,399
  • Kos pakej (Bilik empat katil) : RM8,599
  • Kos pakej VIP: RM10,299

 

pakej bersalin

Pusat Perubatan An-Nisa’ (PPAN) 

Pusat Perubatan An-Nisa (PPAN)

Pusat Perubatan An-Nisa’ (PPAN) merupakan hospital bersalin swasta yang pertama berkonsepkan syariah di Kelantan.

Bernaung di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), hospital ini menjadi pilihan utama masyarakat setempat untuk mendapatkan perkhidmatan bersalin.

Hampir keseluruhan golongan perubatan dan kakitangan terdiri daripada golongan wanita, sejajar dengan konsep islamik dan mesra ibadah yang ditampilkan. 

Terdapat tiga pilihan pakej untuk dipilih seperti Pakej Kasih, Pakej Sayang & Pakej Cinta.

Berikut adalah perincian pakej bersalin untuk rujukan anda:

  • bersalin nromal tanpa komplikasi ibu dan bayi
  • Penginapan 2 hari 1 malam, termasuk 3 kali makan dan minum
  • Perundingan dari Pegawai Perubatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan
  • Pemeriksaan bayi oleh Pakar Pediatrik
  • Perjagaan nurseri oleh juruawat terlatih
  • Ujian darah untuk bayi (G6PD, TSH, ABO,RH)
  • Vaksinasi bayi )Hep B, BCG dan Vit K)
  • Ubatan asas

 

pakej Pusat Perubatan An-Nisa (PPAN)

Diharap agar perkongsian butiran hospital islamik swasta ini dapat membantu anda membuat pilihan yang menepati dengan keperluan anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 13 Hospital Bersalin Kerajaan & Swasta TERBAIK Di Kawasan Selangor/ Kuala Lumpur

Baca juga: Ketahui Prosedur Kemasukan Hospital Bersalin Sejurus Ibu Merasakan Sakit Kontraksi 

Baca juga: 13 Items Kelengkapan Bersalin Yang Wajib Ada Dalam Beg Sebelum Ibu Ke Hospital 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!