X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Senarai Hospital Bersalin Swasta Yang Islamik & Mesra Ibadah, Pilihan Kebanyakan Ibu!

4 min bacaan
Senarai Hospital Bersalin Swasta Yang Islamik & Mesra Ibadah, Pilihan Kebanyakan Ibu!

Hospital bersalin swasta menjadi pilihan bagi ibu-ibu yang inginkan layanan eksklusif dan kemudahan selesa. Apa kata anda semak beberapa hospital ini!

Ramai ibu hamil cenderung memilih hospital bersalin swasta ketika musim pandemik ini. Jika berkemampuan, tidak salah untuk anda mendapatkan servis dan layanan yang lebih eksklusif memandangkan kini  seluruh masyarakat berjaga-jaga dengan penularan wabak Covid-19.

Namun, apakah kriteria yang anda utamakan untuk mencari sesebuah hospital untuk bersalin? Adakah lokasi? Atau pakej yang disediakan? Kemudahan hospital? Atau kadar bayaran yang mereka kenakan?

Hospital bersalin swasta islamik yang sering menjadi pilihan para ibu

#1. Hospital bersalin swasta- Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ)

Hospital yang terletak diSeksyen 9, Bandar  Baru Bangi ini memang sangat popular di kalangan penduduk sekitar.

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) menyediakan perkhidmatan bersalin berkonsepkan ‘Hospital Mesra Ibadah’ yang menyediakan persekitaran Islamik dan menenangkan untuk pesakit-pesakit di hospital. Sekiranya anda merancang untuk bersalin normal dan membayar secara tunai, terdapat beberapa pakej Bersalin Az-Zahrah yang boleh dipilih.

Berikut adalah perincian pakej ini:

  • Dipantau oleh doktor pakar gynekologi dan obstetriks wanita.
  • Kemudahan dua hari dan satu malam termasuk makanan
  • Pemeriksaan kesihatan bayi oleh pakar kanak-kanak
  • Kemudahan nurseri, pemeriksaan kumpulan darah, pemeriksaan G6PD, pemeriksaan Thyroid Stimulating Hormone (TSH), suntikan wajib
  • Kos pakej : bermula RM2,799

pakej hospital bersalin az-zahra

#2. Hospital bersalin swasta- Pusrawi

Bagi mereka yang lebih selesa dengan lokasi hospital di tengah bandar raya Kuala Lumpur, Hospital Pusrawi mungkin menjadi pilihan anda.

Mereka menyediakan pakej untuk tiga jenis bilik, bilik perseorangan, bilik dua katil dan bilik empat katil. Ketiga-tiga pakej ini termasuklah:

  • Dipantau oleh doktor pakar gynekologi dan obstetriks wanita.
  • Kemudahan dua hari dan satu malam termasuk makanan
  • Pemeriksaan kesihatan bayi oleh pakar kanak-kanak
  • Pemeriksaan kumpulan darah, pemeriksaan G6PD, pemeriksaan Thyroid Stimulating Hormone (TSH), suntikan wajib
  • Kos pakej (Bilik seorang) : RM2150
  • Kos pakej (Bilik dua katil) : RM1950
  • Kos pakej (Bilik empat katil) : RM1550

pakej bersalin hospital pusrawi

#3. Hospital Pakar Al-Islam

Berkonsepkan hospital mesra ibadah, Hospital Pakar Al-Islam yang terletak di Jalan Raja Abdullah ini menekankan untuk membantu dan membimbing pesakit di hospital mereka untuk kekal beribadah walaupun di dalam keadaan uzur.

Selain itu, mereka juga menyediakan kemudahan ibadah yang sesuai untuk pesakit. Contohnya sejadah, bedak tayammum, penyembur air untuk memudahkan pesakit mengambil wuduk.

Bagi ibu hamil, pakej bersalin yang disediakan oleh mereka ialah: 

  • Proses bersalin oleh doktor pakar gynekologi dan obstetriks wanita.
  • Rawatan panas (heat treatment) untuk luka episiotomi.
  • Kemudahan dua hari dan satu malam termasuk makan tiga kali sehari
  • Pemeriksaan kesihatan bayi oleh pakar kanak-kanak
  • Nurseri untuk bayi
  • Pemeriksaan kumpulan darah, pemeriksaan G6PD, pemeriksaan Thyroid Stimulating Hormone (TSH), suntikan wajib
  • Kos pakej (Bilik seorang) : RM3,000
  • Kos pakej (Bilik dua katil) : RM2,700
  • Kos pakej (Bilik empat katil) : RM2,500
  • Harga bersalin secara caesar: RM8,000- RM10,000 (bukan kecemasan)
  • Suami dan isteri perlu melakukan ujian Covid-19: RM150 setiap seorang

#4. Hospital Pakar An Nur

hospital an-nur

Juga terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, Hospital Pakar An Nur menggunakan konsep perubatan yang kos efektif.

Pakej yang disediakan oleh hospital ini terdiri dari bilik empat bilik hingga bilik perseorangan. Butiran pakej adalah seperti berikut:

  • Dipantau oleh doktor pakar gynekologi dan obstetriks wanita
  • Kemudahan dua hari dan satu malam termasuk makanan (4 kali sehari)
  • Pemeriksaan kesihatan bayi oleh pakar kanak-kanak
  • Pemeriksaan kumpulan darah, pemeriksaan G6PD, pemeriksaan Thyroid Stimulating Hormone (TSH), suntikan wajib
  • Hanya peneman wanita sahaja dibenarkan menjaga pesakit di bilik perkongsian
  • Kos pakej bermula dari RM2700 (bilik empat katil) hingga RM3000 (bilik perseorangan) untuk kelahiran normal
  • Kaedah bersalin caesarean bermula RM7,800

Diharap agar perkongsian butiran hospital islamik swasta ini dapat membantu anda membuat pilihan yang menepati dengan keperluan anda.

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang anda perlu periksa dengan pihak hospital yang anda ingin pilih. Harga pakej mungkin bertambah sekiranya:

  • Tinggal di wad melebihi dua hari satu malam
  • caj ‘on call’ akan dikenakan sekiranya di luar waktu kerja dan di cuti awam
  • penggunaan alatan tambahan (vakum, forsep dan sebagainya).

Malah bagi sesetengah hospital, pakej boleh terbatal sekiranya:

  • ibu hamil kembar
  • pesakit mempunyai penyakit seperti HIV, Hepatitis, Kencing Manis, darah tinggi dan sebagainya
  • bersalin secara pembedahan kecemasan

Kredit foto: Perubatan c

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 13 Hospital Bersalin Kerajaan & Swasta TERBAIK Di Kawasan Selangor/ Kuala Lumpur

Baca juga: Ketahui Prosedur Kemasukan Hospital Bersalin Sejurus Ibu Merasakan Sakit Kontraksi 

Baca juga: 13 Items Kelengkapan Bersalin Yang Wajib Ada Dalam Beg Sebelum Ibu Ke Hospital 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Senarai Hospital Bersalin Swasta Yang Islamik & Mesra Ibadah, Pilihan Kebanyakan Ibu!
Kongsikan:
  • Ibu Bakal Bersalin Tak Lama Lagi? Ini Hospital Kerajaan Terbaik Di Kuala Lumpur & Selangor

    Ibu Bakal Bersalin Tak Lama Lagi? Ini Hospital Kerajaan Terbaik Di Kuala Lumpur & Selangor

  • 10 Hospital Bersalin Swasta Terbaik Sekitar KL & Selangor Berserta Kos Bayaran

    10 Hospital Bersalin Swasta Terbaik Sekitar KL & Selangor Berserta Kos Bayaran

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.