Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Senggugut Dan Sakit Badan

Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Senggugut Dan Sakit Badan

Kenali pelbagai jenis hot water bag dan heating pad yang mudah untuk anda gunakan di rumah untuk melancarkan perjalanan darah serta melegakan sakit badan dan senggugut dengan segera, tanpa ubat.

Beg air panas atau hot water bag biasanya digunakan untuk merawat dan melegakan kecederaan pada otot dan sendi. Mengikut jenis kecederaan yang berlaku, pek ais juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama. 

Selain itu, tahukah anda yang kegunaan hot water bag ini lebih meluas? Ia juga digunakan sebagai pemanas badan semasa musim sejuk dan yang paling penting, hot water bag ini sebenarnya ialah teman baik wanita semasa period dan selepas bersalin!

Apakah Hot Water Bag Dan Heating Pad Serta Manfaat Menggunakannya?

Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Senggugut Dan Sakit Badan

Hot water bag adalah bekas lembut yang mempunyai daya untuk menyimpan air panas dan digunakan untuk memanaskan bahagian badan yang tertentu. Konsep yang sama seperti bertungku, tapi menggunakan air, bukan batu. 

Heating pad pula mempunyai ciri yang sama – iaitu tungku moden. Tetapi ejen yang dipanaskan dalam produk ini bukanlah air. Antara bahan yang digunakan ialah gel, batu, kekacang kecil atau fabrik khas yang boleh dipanaskan semula.

Kedua-dua jenis alat pemanas ini mempunyai manfaat yang sama iaitu ia mampu memberikan kelegaan kepada masalah sakit otot dan sendi akibat kecederaan ringan. Apabila benda panas diletakkan pada bahagian yang sakit, darah akan dapat berjalan dengan lebih lancar dan memberikan kelegaan segera

Penggunaan heating pad (dan ice packs) juga merupakan salah satu jenis teknik rawatan yang biasa digunakan semasa sesi fisioterapi sebagai alternatif kepada ubat tahan sakit

Kaedah tuam menggunakan alat pemanas seperti ini juga merupakan salah satu cara hilangkan senggugut yang sangat mudah dan selamat untuk dilakukan sendiri di rumah.

Adakah Hot Water Bag Selamat Digunakan Ketika Mengandung?

Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Senggugut Dan Sakit Badan

Secara umumnya, ibu mengandung tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan suhu badan secara melampau. Ini termasuklah aktiviti steam bath, sauna dan berendam dalam tab mandi berisi air panas.

Apabila badan ibu menjadi terlalu panas, dikhuatiri ia akan memberikan implikasi negatif kepada bayi dalam kandungan dan keguguran. 

Namun begitu, tiada halangan untuk ibu mengandung daripada menggunakan alat pemanas bersaiz kecil seperti hot water bag atau heating pad. Aktiviti ini tidak akan meningkatkan suhu badan ibu secara menyeluruh. Sebaliknya, ia cuma akan buat ibu terasa lega pada bahagian yang dituam itu sahaja.

Selain itu, ingat beberapa langkah keselamatan ini semasa menggunakan alat ini di rumah:

  1. Pastikan hot water bag / heating pad tidak bersentuh dengan kulit agar tidak melecur. Anda boleh balut heating pad dengan tuala kecil atau gunakan heating pad di atas pakaian.
  2. Gunakan heating pad ikut tempoh maksimum yang disarankan. Biasanya antara 15-20 minit adalah tempoh yang selamat untuk anda bertungku untuk melegakan kesakitan.
  3. Jangan tertidur bersama heating pad. Kadangkala rasa lega semasa dan selepas menggunakan heating pad akan buat ibu terlelap. Cuba untuk berjaga sepanjang tempoh tuam dan letakkan di tepi sebelum tidur. 

Tips Memilih Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik

Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Senggugut Dan Sakit Badan

Di pasaran kini ada pelbagai jenis hot water bag yang sangat mudah untuk digunakan. Jadi, ikut tips kami ini semasa anda hendak pilih produk yang paling sesuai untuk kegunaaan anda dan keluarga.

1. Ciri dan cara panas semula 

Heating pad jenis boleh pakai semula biasanya boleh dipanaskan dengan microwave, plug atau rendam dalam air panas tanpa isian semula air atau gel. Yang penting, pastikan ia mempunyai ciri keselamatan yang sepatutnya.

2. Jenis isi air panas

Hot water bag jenis terdahulu memerlukan anda untuk isi bag tersebut dengan air panas mendidih. Semak saiz bukaan untuk isi air tersebut dan jangan lupa untuk gunakan corong semasa mengisi air.

3. Tempoh tahan panas

Kebiasaannya, heating pad boleh menyimpan panas selama 30 minit hingga 2 jam. Pilih heating pad yang cukup untuk anda siapkan sesi tuam tanpa perlu perlu berhenti semasa melakukan rawatan. 

4. Kepelbagaian fungsi

Ada sesetengah jenis hot water bag yang juga boleh diisi dengan ais atau disejukkan dalam freezer. Jika anda dan keluarga juga memerlukan rawatan cold compression, produk jenis ini akan memberikan lebih bermanfaat.

6 Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Kegunaan Sendiri Di Rumah

Sama ada anda beli untuk digunakan semasa hamil atau untuk kegunaan semua ahli keluarga di rumah, kami kongsikan beberapa jenis hot water bag dan hot pack yang terbaik untuk anda pilih.

6 Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik
Hot Water Bag Heat Pillow
Hot pack terbaik dan selesa berbentuk bantal
more info icon BELI DI SHOPEE
Tungku Moden Magnet Elektrik
Hot pack terbaik dengan plug untuk panaskan semula
more info icon BELI DI SHOPEE
Microwave Reusable Hot/Cold Water Bag
Hot pack terbaik dengan dwifungsi sebagai cold pack
more info icon BELI DI SHOPEE
Reusable Therapy Ice Hot Bag
Hot pack terbaik dengan penutup tidak mudah tumpah
more info icon BELI DI SHOPEE
Chargeable Hot Pack
Hot pack terbaik boleh caj semula
more info icon BELI DI SHOPEE
ISITA Soft Electric Blanket
Hot pack terbaik dengan pelaras suhu dan pemasa
more info icon BELI DI SHOPEE

Hot Water Bag Heat Pillow

Hot pack terbaik dan selesa berbentuk bantal

hot water bag mulut luas

Mengekalkan konsep asal hot water bag, anda perlu mengisikan bekas ini dengan air panas yang baru mendidih. Untuk mengelakkan kemalangan, pastikan anda menggunakan corong plastik semasa melakukan kerja ini.

Produk yang kedua ini lebih menarik di mata golongan muda kerana corak sarungnya yang comel. Jika anda mencari menstrual heat pad yang sesuai untuk dibawa ke mana-mana, ini adalah antara pilihan yang baik.

Apa yang kami suka:

  1. Air di dalamnya boleh dibuang dan boleh elak masalah kebocoran semasa disimpan dalam bag.
  2. Tidak memerlukan elektrik untuk berfungsi dengan sempurna.
  3. Datang sekali dengan sarung kain yang lembut.

Tungku Moden Magnet Elektrik

Hot pack terbaik dengan plug untuk panaskan semula

Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Senggugut Dan Sakit Badan

Dikenali sebagai tungku moden, ini adalah kawan baik kaum wanita semasa period, hamil dan selepas bersalin. Produk ini menggunakan gel dan garam khas yang perlu diisi sekali sahaja dan boleh digunakan berulang-ulang kali.

Jadi, semasa anda sedang menahan sakit, anda tak perlu lagi bersusah payah untuk menjerang air setiap kali hendak menggunakannya. Selain itu, saiznya juga sangat kecil dan tak terlalu berat. Mudah untuk dibawa dalam bag tangan semasa ke pejabat atau bercuti.

Apa yang kami suka:

  1. Cuma perlu masa 5 minit untuk caj dan menjadi panas, boleh dipakai selama 3-5 jam.
  2. Bantu mengurangkan rasa sakit apabila diletakkan pada sendi dan otot yang cedera dan tegang.
  3. Tahap kepanasan yang sesuai untuk kegunaan semasa berpantang dan senggugut.

Microwave Reusable Hot/Cold Water Bag

Hot pack terbaik dengan dwifungsi sebagai cold pack

Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Senggugut Dan Sakit Badan

Jika anda pernah ke pusat fisioterapi, ini adalah pad yang sering digunakan untuk merawat masalah sakit otot dan sendi. Produk ini mempunyai dwifungsi dimana ia boleh menjadi heating pad dan juga cooling pad, bergantung kepada cara ada menyediakannya. 

Untuk memanaskan pad ini, anda hanya perlu masukkan ke dalam microwave selama 30-60 saat atau rendam dalam air panas mendidih selama beberapa mini. Jika anda perlu menggunakan pad ini untuk cold compression, anda hanya perlu memasukkannya ke dalam freezer sekurang-kurangnya selama 1 jam sahaja.

Apa yang kami suka:

  1. Saiznya yang kecil dan nipis, jadi tak makan ruang yang banyak untuk anda sentiasa simpan di dalam peti sejuk setiap masa.
  2. Selepas disejukkan, ia boleh digunakan seperti Cool Fever patch di atas kepala anak semasa demam.
  3. Boleh digunakan sebagai pemanas atau penyejuk makanan apabila diletakkan di dalam insulated lunch bag.

Reusable Therapy Ice Hot Bag

Hot pack terbaik dengan penutup tidak mudah tumpah

hot water bag jenis bunjut

Berbentuk seakan bunjut kain, hot water bag adalah flexible dan ini akan bergerak mengikut bentuk kawasan badan yang sedang dituam. Semua kawasan yang sakit akan dapat rasa sejuk atau panas dengan sekata.

Hot water bag ini mempunyai bukaan mulut yang besar, mudah untuk anda isikan dengan air berisi ais atau air panas setiap kali hendak menggunakannya. Kain yang digunakan adalah jenis kalis air, jadi bunjut kain ini tidak akan menjadi basah.

Apa yang kami suka:

  1. Sangat sesuai untuk digunakan sebagai menstrual heat pad semasa datang bulang.
  2. Mudah untuk dilekatkan pada bahagian badan yang sakit hanya dengan menggunakan bandage.
  3. Boleh menyimpan suhu (sejuk / panas) selama 15-20 minit.

Chargeable Hot Pack

Hot pack terbaik boleh caj semula

hot water bag seakan bantal

Heating pad jenis boleh caj semula dalam bentuk bantal kecil ini datang sekali dengan kabel untuk caj semula. Bahan pemanas yang digunakan dalam bag ini ialah air. Tetapi selepas pembelian, ia akan diposkan kepada anda tanpa air dan anda perlu isi sendiri.

Cara menggunakan produk ini adalah sangat mudah dan selamat. Anda hanya perlu pasangkan plug selama 8-12 minit untuk memanaskannya dan ia sedia digunakan. Tahap kepanasan heating pad ini memang buat anda rasa selesa selepas menuam bahagian badan yang sakit dan lenguh-lenguh.

Apa yang kami suka:

  1. Corak kain sarung comel yang buat orang sekeliling tak perasan yang itu sebenarnya adalah heating pad.
  2. Mempunyai ciri keselamatan penting iaitu berhenti caj secara automatik jika terlalu panas.
  3. Ruang kecil untuk untuk masukkan tangan semasa di tempat sejuk seperti di pawagam dan pejabat.

ISITA Soft Electric Blanket

Hot pack terbaik dengan pelaras suhu dan pemasa

Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Senggugut Dan Sakit Badan

Sesuai dengan namanya, heating pad atau lebih tepat, heating blanket ini datang dalam saiz yang sangat besar. Produk ini datang dengan ciri yang canggih seperti penyelaras suhu dan pemasa. Anda boleh menetapkan kedua-dua fungsi ini dengan alat kawalan yang disediakan.

Namun, ibu mengandung harus berhati-hati semasa menggunakan selimut pemanas ini kerana dikhuatiri saiznya yang besar ini boleh meningkatkan suhu badan ibu. Peningkatan suhu badan ibu mengandung boleh memberikan kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan. 

Apa yang kami suka:

  1. Cukup besar untuk membalut kaki dan lengan yang lenguh.
  2. Tidak mudah jatuh jika anda bergerak-gerak semasa selimut pemanas ini diletakkan di badan.
  3. Sarung yang datang sekali dengan selimut ini boleh dicabut dan dibasuh di dalam mesin basuh.

Perbandingan Harga

Jenama  Harga (RM)
Hot Water Bag Heat Pillow  RM19.87
Tungku Moden Magnet Elektrik  RM13.00
Microwave Reusable Hot/Cold Water Bag  RM5.45
Reusable Therapy Ice Hot Bag  RM11.50
Chargeable Hot Pack  RM18.41
ISITA Soft Electric Blanket  RM57.61

Cara Hilangkan Senggugut Selain Guna Hot Water Bag

Hot Water Bag Dan Heating Pad Terbaik Untuk Senggugut Dan Sakit Badan

Bagi sesetengah orang, senggugut yang datang sebulan sekali ini tidak terlalu teruk dan tahap kesakitan yang dirasai masih boleh ditahan. Tetapi, ada sesetengah wanita yang terpaksa melalui rasa sakit yang amat sangat semasa diserang senggugut.

Hal ini tidak boleh dianggap remeh kerana boleh menyebabkan jadual harian seseorang itu terbantut sementara menunggu rasa sakit itu reda. 

Jika anda sendiri atau anda kenal sesiapa yang mempunyai masalah senggugut yang serius, cuba amalkan cara hilangkan senggugut ini di rumah:

1. Gunakan hot pack pada bahagian perut dan belakang

Cara ini bukan saja dapat melancarkan perjalanan darah, tetapi juga dapat melegakan sakit dan lenguh. Pastikan ianya tidak terlalu panas dan buat anda rasa selesa, bukan melecur!

2. Ambil Panadol Menstrual untuk kurangkan sakit

Ada juga ubat tahan sakit lain yang anda boleh dapatkan di farmasi atau di klinik. Tetapi Panadol Menstrual ini lebih mudah didapati kerana ada dijual di kebanyakkan kedai runcit.

3. Bersenam mengikut kemampuan

Benar, anda sedang kesakitan. Tetapi menurut kajian, bersenam juga merupakan cara hilangkan senggugut yang berkesan. Apabila bersenam, badan akan menghasilkan hormon endorphine yang akan mengurangkan sakit.

4. Banyakkan minum air dan makan makanan berkhasiat 

Biasanya semasa period, wanita akan mempunyai craving untuk makan coklat dan junk food lain. Amalan ini tidak bagus sebenarnya kerana badan anda perlukan real food yang berkhasiat tinggi pada masa ini untuk kekal bertenaga dan pulih.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rasa Tidak Sedap Badan & Mual, Take Noted Beberapa Tanda Nak Period Vs Hamil Ini!

Baca juga: Cara Cara Mengatasi Masalah Badan Berbau Ketika Hamil : Pastikan Anda Cukup Minum Air

Baca juga: 14 Jenis Ujian Pranatal & Saringan Penyakit Genetik Yang Ibu Hamil Digalak Ambil