Hubungan adik-beradik 8 selebriti terkenal ini "sibling goals" sangat tau!
Hollywood terkenal dengan macam ragam. Tapi ragam hubungan adik-beradik yang erat di antara 8 pelakon terkenal ini sungguh comel dan sibling goals sangat!
Hubungan adik-beradik yang erat oleh 8 selebriti terkenal
Hollywood memang terkenal mempunyai pelbagai ragam artis yang berbagai. Dari kisah rumah tangga hinggalah ke kisah kekeluargaan. Kali ini, kami akan membawakan kepada anda 8 selebriti terkenal dengan hubungan adik-beradik yang sungguh erat.
Ia sungguh memberi inspirasi dan umpama “sibling goals” sangat kepada kita! Jom tengok siapakah 8 artis tersebut.
1. Kate Hudson dan Oliver Hudson
Dua beradik yang merupakan anak kepada pelakon terkenal Goldie Hawn dan Bill Hudson ini mewarisi bakat kedua-dua ibu bapa mereka.
Aktres Kate Hudson, pemenang anugerah Oscar ini amat gemar menghabiskan masa lapangnya menonton bola sepak bersama abangnya. Comel sungguh hubungan adik-beradik ini, kan?
2. Angelina Jolie dan James Haven
Kedua-dua beradik ini sama-sama telah membuang nama bapa mereka selepas ditinggalkan olehnya.
Mereka berdua kemudiannya telah sama-sama menjaga ibu mereka yang menghidap kanser ovari. James sentiasa bersama adiknya, Angelina.
Selepas bercerai, anak-anak Angelina juga telah dijaga sepenuhnya oleh James. Kita dapat lihat betapa kuat hubungan adik-beradik ini. Mereka saling menjaga malah melindungi antara satu sama lain!
3. Mary-Kate, Ashley, dan Elizabeth Olsen
Adik-beradik Olsen ini memang terkenal dengan kecantikan mereka serta menjadi antara ikon fesyen. Kakak kembar kepada Elizabeth Olsen (Mary-Kate dan Ashley) lebih memberi fokus kepada perniagaan mereka dan jarang dilihat bersama adik mereka ini, iaitu Elizabeth.
Salah satu tujuan utama mengapa mereka menjauhkan diri agar jarang dilihat bersama adalah kerana ingin memastikan Elizabeth dapat bersinar tanpa dipengaruhi nama mereka.
Nama Elizabeth semakin naik selepas berlakon dalam filem popular The Avengers. Sweet kan apabila kakak melindungi adiknya sendiri?
4. Ben Affleck dan Casey Affleck
Sejak mula berlakon dan berjinak-jinak dalam bidang lakonan lagi, Ben dan Casey Affleck sentiasa ada untuk sesama sendiri.
Sehingga kini Casey terkenal dengan lakonannya dan Ben dengan filem arahannya. Mereka bersama-sama menempuh zaman susah hingga sama-sama senang.
Mereka berdua juga pernah digandingkan bersama dalam filem Good Will Hunting (1997), Chasing Amy (1997) dan 200 Cigarettes (1999).
5. Jake Gyllenhaal dan Maggie Gyllenhaal
Kedua-dua adik-beradik ini sama-sama telah menjulang nama dengan anugerah Oscar.
Mereka sentiasa menghadiri majlis-majlis keramaian dan pesta bersama. Jake juga selalu menceritakan bagaimana dia sentiasa memandang tinggi pada kakaknya, Maggie.
Mereka berdua pernah digabungkan dalam 3 buah filem bersama-sama iaitu filem Homegrown, A Dangerous Woman dan Donnie Darko.
6. James Franco dan Dave Franco
Siapa yang tidak kenal dengan 2 nama besar ini?
Dua adik-beradik yang sama kacak dan sama bijak ini sentiasa ada untuk satu sama lain. Mereka juga pernah berlakon bersama dan langsung tidak kisah apabila orang mempersoalkan mereka akan membuatkan orang membandingkan mereka.
Mereka percaya yang setiap dari mereka mempunyai kelebihan sendiri.
7. Luke Hemsworth, Liam Hemsworth dan Chris Hemsworth
Ehem… rasanya semua pun kenal dengan 3 aktor kacak ini kan? Luke popular sebagai pelakon di Australia, Liam dengan wataknya di dalam siri ‘The Hunger Games’ dan Chris sebagai Thor.
Semuanya berbakat di dalam bidang lakonan!
Walaupun masing-masing sibuk, tapi mereka tetap memberi sokongan terhadap satu sama lain. Sokongan itu ukan sahaja di dalam bidang lakonan tau, tetapi di dalam kehidupan seharian juga. Semasa Chris mendapat anak, Luke telah menghantar video bagaimana hendak membedung bayi baru lahir.
Comel sungguh!
8. Chris Evans dan Scott Evans
Chris memang dikenali sebagai abang yang sangat penyayang. Scott pernah memberitahu Afterelton yang dia dan abangnya adalah seperti satu orang yang sama.
Yang membezakan mereka hanyalah, seorang gay dan seorang tidak.
Scott juga pernah menyatakan hasratnya ingin berlakon sebgai adik beradik atau sahabat di dalam satu filem kerana mereka saling melengkapi satu sama lain dari segi perbualan, jenaka dan semuanya. Chris dan Scott akan saling menonton filem yang masing-masing berlakon sebagai tanda sokongan.
Sumber: theAsianParent Singapore, AfterElton.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtip-keibubapaan-dari-artis/