11 masalah kesihatan yang boleh sembuh jika anda selalu berhubungan seks

lead image

Sebenarnya, hubungan intim yang kerap antara suami isteri terbukti mampu menyembuhkan 11 masalah kesihatan ini. Tak sangka betul!

Selama ini, kita hanya tahu yang hubungan intim sesama suami isteri setiap hari mampu menambahkan keintiman hubungan, memberi klimaks yang memuaskan serta meningkatkan peluang kehamilan.

Tapi, tahukah anda — hubungan intim yang kerap juga mampu menyembuhkan pelbagai masalah kesihatan? 

Ha… jangan terkejut tapi itulah hakikatnya! Mari dapatkan penerangan lanjut dari doktor pakar.

11 masalah kesihatan yang boleh sembuh kerana hubungan intim

#1 Penuaan

hubungan intim, hubungan intim suami isteri, hubungan seks, seks, seks suami isteri, kebaikan seks, kebaikan hubungan intim, faedah seks

Dr. Amy Wechsler, seorang pakar kesihatan kulit dari Weill Cornell Medical College mengatakan — hormon yang keluar dari tubuh ketika berhubungan intim mampu membuatkan kulit anda lebih glowing dan nampak muda.

“Beta endorphin yang dikeluarkan tubuh ketika berasmara mampu melindungi kolagen dalam kulit,” ujarnya.

#2 Depresi

Hormon yang dikeluarkan tubuh ketika anda berasmara juga boleh memberi rasa yang “menenangkan” bagi otak.

Kajian mendapati, seks mampu membantu individu yang mengalami depresi. Prof. Gordon Gallop, seorang pakar psikologi di New York mengatakan, dalam air mani terdapat bahan yang berfungsi sebagai antidepresi pada wanita.

#3 Demam

Saat berasmara, tubuh menghasilkan antibodi yang melawan penyakit. Ia juga mencegah demam dari terjadi!

#4 Penyakit jantung

hubungan intim, hubungan intim suami isteri, hubungan seks, seks, seks suami isteri, kebaikan seks, kebaikan hubungan intim, faedah seks

Berhubungan seks sama dengan berjalan kaki atau naik turun tangga sebanyak 2 kali, menurut Dr. Graham Jackson.

Sementara itu, Prof. Peter Weissberg pula mengatakan hubungan seks bagus untuk kesihatan jantung. Mereka yang kerap melakukan seks akan memiliki risiko yang lebih rendah untuk terkena serangan jantung. 

Untuk wanita pula, hormon estrogen yang keluar saat seks membantu melawan penyakit jantung.

#5 Migrain

Migrain selalu buat anda rasa malas nak berasmara? Jangan begitu lagi. Kajian mendapati hubungan seks boleh mengurangkan sakit kepala dan migrain sebanyak 30%!

Bahkan, 17.5% subjek yang terlibat dalam kajian ini mengakui migrain mereka hilang selepas melakukan hubungan intim.

#6 Selesema

Kalau anda jenis yang malas makan ubat, namun mudah terkena jangkitan selesema, cubalah jalan penyelesaian ini! 

Menurut Mantres Shedlowski, seorang pakar dari Switzerland, seks mampu menyembuhkan selesema kerana sistem imun badan akan jadi lebih kuat selepas seks. 

Maka, ia mampu membunuh virus penyebab selesema.

#7 Radang sendi

hubungan intim, hubungan intim suami isteri, hubungan seks, seks, seks suami isteri, kebaikan seks, kebaikan hubungan intim, faedah seks

Kajian mendapati pergerakan sendi ketika hubungan intim mampu mengurangkan risiko penyakit radang sendi.

Dr. George E.Erlich, seorang pakar sendi di Philadephia mengatakan, seks bagus untuk penderita sakit radang sendi. 

Sebanyak 70% penderita sakit radang sendi akan merasakan sakit radang sendi mereka makin kurang selepas hubungan seks. Hal ini sebab hormon cortisone yang membantu mengurangkan radang.

#8 Kerosakan gigi

Menurut sebuah kajian, bercium dan melakukan seks oral mampu mencegah kerosakan gigi.

Hal ini kerana peningkatan produksi air liur saat anda berciuman. Ia mencegah sisi makanan terkumpul pada gigi dan menjadi plak.

#9 Hipertensi

hubungan intim, hubungan intim suami isteri, hubungan seks, seks, seks suami isteri, kebaikan seks, kebaikan hubungan intim, faedah seks

Kajian dari Universiti Michigan mendapati seks yang kerap boleh mengurangkan risiko hipertensi pada wanita berusia 57 hingga 85 tahun.

Mereka yang kerap berhubungan intim juga jarang terkena tekanan darah tinggi.

#10 Darah haid tidak lancar

Bagi anda yang mengalami masalah haid kurang teratur atau tidak lancar, apa kata rajin berhubungan seks dengan suami? Ini kerana seks mampu melancarkan kitaran menstrusi.

#11 Mencegah masalah tak tahan kencing

Anda selalu terburu-buru nak masuk tandas sebab tak tahan nak kencing? Hubungan seks yang teratur boleh membantu mencegah masalah ini!

Seks menguatkan otot di kawasan punggung, malah mengawalan pelepasan air kencing.

Ha, sekarang lepas anda tahu 11 masalah kesihatan ini boleh sembuh dari hubungan intim, pasti anda mahu cepat-cepat ajak suami “beraksi” kan?

Jangan lupa kongsikan pada pasangan anda mengenai kebaikan melakukan hubungan intim dengan kerap ini! Lagi best anda boleh terhindar dari penyakit.

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit gambar: Map & Compass Photography

Artikel ini ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk penterjemahan

Baca juga:

Seks Buat Wanita Makin Cantik Dengan 13 Bukti Ini!