"Suami Nak Seks Lepas Seminggu Saya Keguguran, Tapi Saya Belum Bersedia..."

lead image

Isteri ini dipaksa untuk melakukan hubungan intim selepas keguguran, namun dia belum bersedia dan menolaknya. Kini, dia rasa sungguh bersalah....

Keguguran mungkin adalah “satu tamparan kuat” yang amat dirasai oleh ibu yang ingin hamil. Mana tidaknya, satu saat, ada insan dalam kandungan anda.

Tapi satu saat kemudian, anda kehilangan bayi yang dicintai itu. Pastinya kes keguguran ini akan menjejaskan badan, malah fikiran dan emosi si ibu.

Apa yang diperlukannya sekarang adalah masa untuk benar-benar sembuh dari segala-galanya.

Antara perkara yang paling tidak difikirkan oleh ibu yang kehilangan bayi dalam kandungan ini adalah hubungan intim selepas keguguran.

Tapi, bagaimana jika suami tidak memahami tentang kesedihan ini dan memaksa ibu melakukan hubungan intim selepas keguguran?

Suami paksa isteri melakukan hubungan intim selepas keguguran

Perkara inilah yang terjadi pada seorang ibu (tanpa nama) ini. Dia masih belum bersedia untuk melakukan hubungan intim selepas keguguran.

Namun, suaminya yang kegersangan dan tidak sensitif itu berkeras tidak memahami dirinya dan tidak mahu menanti selepas pantang

Ibu ini terpaksa menceritakan kisahnya itu di sebuah forum online terkenal di UK untuk meminta pandangan para ibu yang lain.

src=https://asianparent assets sg.dexecure.net/wp content/uploads/sites/12/2018/11/mumsnet 5 1.jpg Suami Nak Seks Lepas Seminggu Saya Keguguran, Tapi Saya Belum Bersedia...

Tak mahu hubungan intim selepas keguguran – Apa pandangan anda?

Menurut ibu ini, seminggu selepas keguguran, dia masih belum bersedia untuk bersetubuh. Malah, nafsu seksnya juga semakin menurun. 

Ini bukanlah kali pertama dia keguguran. Namun, suaminya seakan tidak faham kesedihan yang dia lalui, dan berani meminta isterinya itu melakukan seks oral padanya walaupun isterinya itu menolak!

Selepas bertanya pendapat di forum online terbabit, ternyata ramai yang menyokong tindakan ibu terbabit. 

src=https://asianparent assets sg.dexecure.net/wp content/uploads/sites/12/2018/11/miscarriage2.jpg Suami Nak Seks Lepas Seminggu Saya Keguguran, Tapi Saya Belum Bersedia...

Suaminya tidak harus memaksa dia melakukan hubungan intim selepas keguguran. Apa yang penting sekarang ialah saling memahami, saling bantu-membantu dan memeluk isteri sekuatnya.

Kenapa suami paksa melakukan hubungan intim selepas keguguran?

Namun, ada juga ibu yang menjelaskan perspektif berbeza dari pandangan lelaki tentang isu ini.  Menurut ibu terbabit, lelaki biasanya akan jadi kurang sensitif selepas anda keguguran.

Hal ini kerana kaum lelaki tidak memiliki emotional attachment yang terlalu kuat dengan kandungan pada awal kehamilan. 

Menurut Dr. Lori A. Carillo, seorang pakar O&G, ramai pasangan suami isteri menghadapi konflik selepas keguguran kerana suami tidak bersedih dengan cara yang sama dilakukan si isteri.

Si suami ini akan kelihatan tidak kisah dan tidak bersedih langsung selepas isterinya keguguran. Ia mungkin kerana mereka membina “mekanisma” ini untuk melindungi diri mereka sendiri.

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/10/web 8 feb.jpg Suami Nak Seks Lepas Seminggu Saya Keguguran, Tapi Saya Belum Bersedia...

Maksudnya di sini, para suami tidak bersedih sama seperti si isteri kerana mereka “perlu kuat demi isteri mereka”. 

Dari segi hubungan intim selepas keguguran pula, para isteri akan melihat hubungan seks sebagai satu “beban” dan “perbuatan yang salah pada waktu ini”.

Namun, suami mungkin melihatnya sebagai “satu cara untuk merapatkan hubungan dan menghadapi kehilangan” ini. 

Apa yang perlu dilakukan suami isteri selepas kes keguguran?

Masa dan kesabaran adalah kuncinya. Jangan lupa untuk bercakap dengan pasangan agar kalian boleh memberitahu apa yang dirasai dan bagaimana anda ingin menghadapi kesedihan itu.

src=https://asianparent assets sg.dexecure.net/wp content/uploads/sites/12/2018/11/miscarriage.jpg Suami Nak Seks Lepas Seminggu Saya Keguguran, Tapi Saya Belum Bersedia...

Ibu, jangan paksa dan tekan diri anda selepas keguguran

  • Jangan simpan semua benda seorang diri. Kongsikan apa yang anda rasa pada pasangan, tak kiralah ia kecil atau besar.
  • Jangan fikir diri anda adalah satu beban
  • Pilih orang lain untuk menyampaikan berita keguguran ini pada orang lain
  • Cakap tentang kehilangan ini hanya apabila anda sudah bersedia
  • Berehat
  • Buat aktiviti lain yang mampu mengalihkan perhatian seperti sertai aktiviti kebajikan atau buat hobi yang telah lama ditinggal

Suami, jangan minta hubungan intim selepas keguguran, sebaliknya, cuba buat benda ini:

  • Akui yang anda faham isteri tengah bersedih di atas kehilangan itu (ia amat penting)
  • Dengar dan benarkan isteri anda bersedih. Beri dia masa dan waktu, tapi pastikan dia tahu anda sentiasa bersamanya
  • Kongsi rasa anda sendiri tentang keguguran ini. Ia satu proses untuk menghadapi kehilangan. Bercakap dengan terbuka
  • Galakkan isteri untuk dapatkan sokongan (mungkin dari ibu yang pernah keguguran juga)
  • Jangan menghukum dan menyalahkan isteri
  • Sayangi isteri sedalam-dalamnya ketika ini

Tolong jangan buat perkara ini:

  • Jangan ubah subjek jika isteri ingin bercakap tentang kegugurannya
  • Jangan paksa isteri buat benda yang dia tidak selesa atau tidak suka
  • Jangan letak tempoh tertentu untuk isteri bersedih. Biar dia atur masanya sendiri. Dia akan berhenti sedih apabila dia bersedia

Tiada sesiapa yang tidak akan sedih jika keguguran. Di sinilah waktunya anda suami isteri diuji. Kalian perlu bersatu dan saling bergantung pada kedua-duanya untuk sembuh.

Dapatkan sokongan pasangan anda. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Jia Ling dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

7 pantang selepas keguguran, JANGAN pandang ringan risiko yang boleh jadi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!