Suami Isteri WAJIB Buat Perkara Ini Selepas Aksi Kelamin, Barulah Rumah Tangga Bahagia!

Anda mahukan hubungan suami isteri yang sihat dan bahagia? Cuba semak sama ada anda buat atau tidak 6 perkara ini selepas seks. Kalau anda tak buat, jom buat ia mulai sekarang!

Menurut seorang pakar terapi seks dalam rumah tangga, Dr. Pushkar Gupta, untuk memiliki hubungan suami isteri yang sihat, setiap pasangan tidak boleh terus tidur lepas berhubungan intim.

Ini kerana selepas seks adalah masa yang paling sesuai untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ia mampu menyihatkan hubungan. 

Jadi kalau anda tak boleh terus tidur lepas berhubungan intim, apa yang kalian harus buat untuk mengeratkan hubungan suami isteri? Bukankah seks itu sendiri sudah cukup “mengeratkan” pasangan?

Anda salah. Sebenarnya, ada pasangan yang melakukan hubungan intim atas dasar “tanggungjawab” dan ia bukannya satu aktiviti yang sihat

Sebab itu untuk hubungan suami isteri yang sihat dan perkahwinan yang bahagia, anda digalakkan buat 6 perkara ini selepas seks.

6 benda selepas seks pasangan harus buat untuk hubungan suami isteri yang sihat

1. Memuji satu sama lain

hubungan suami

Kredit: Freepik

Selepas seks ialah masa yang paling sesuai untuk anda suami isteri mula memuji di antara satu sama lain. Almaklumlah, baru lepas beraksi, kan?

Sebenarnya, lelaki ini suka apabila mendengar dan mengetahui yang mereka berjaya memuaskan anda. Menurut Dr. Judy Kuriansky, lelaki cenderung selalu risau tentang prestasi mereka di ranjang.

Jadi apabila anda memuji mereka, mereka akan tahu yang mereka melakukan perkara yang betul. 

Jika mereka tak berjaya memuaskan anda pun, anda boleh menggunakan masa selepas seks ini untuk bagi “hint” apa yang anda suka. Dengan ini, hubungan suami isteri akan lebih kukuh!

2. Mandi bersama-sama

Suami Isteri WAJIB Buat Perkara Ini Selepas Aksi Kelamin, Barulah Rumah Tangga Bahagia!

Kredit: Glamour

Kan lebih segar jika anda mandi selepas berhubungan intim? Untuk mengeratkan hubungan suami isteri lagi, apa kata kalian mandi sama-sama? 😛

Gunakan masa ini untuk lebih dekat dengan pasangan. Mana tahu kalian boleh cuba “beraksi” dalam bilik air pula? 

Lagipun, air panas mampu merangsang lebih banyak pengaliran darah. Kesannya, pasangan akan lebih mudah terangsang!

3. Makan atau pesan makanan dari luar

Selepas berhubungan intim, anda dan pasangan pasti akan lapar, kan? Tapi kadang-kadang malas pula nak bangun ke dapur menyediakan makanan.

Tak payah susah-susah, order saja makanan dari luar. Tapi order awal-awal lah, sebab pesanan terakhir mungkin akan tutup tepat pukul 10 malam.

4. Urut satu sama lain

hubungan suami isteri. hubungan intim suami isteri. seks suami isteri, hubungan seks. hubungan seks suami isteri, seks dengan isteri, seks dengan suami, selepas seks,

Siapa kata urutan hanya untuk foreplay? Sebenarnya, ketika beraksi di ranjang, anda menggunakan tenaga dan menekan otot untuk bekerja.

Jadi, selepas seks ialah masa paling sesuai untuk relaks dan bertenang. Gunakanlah masa ini untuk mengurut pasangan anda! 

Pasti hubungan suami isteri kalian akan lebih rapat selepas ini.

5. Rangsang pasangan untuk pusingan ke-2

Tak ada istilah terlebih rangsangan! Jadi kalau anda inginkan pusingan ke-2, apa kata anda cuba merangsang pasangan kembali?

Tapi jangan beri tekanan pada pasangan anda. Perlahan-lahan sentuh dan rangsang badannya. 

6. Saling bermanja dan berpelukan

Suami Isteri WAJIB Buat Perkara Ini Selepas Aksi Kelamin, Barulah Rumah Tangga Bahagia!

Kredit: Freepik

Tiada yang lebih enak selain berpelukan dan bermanja selepas hubungan intim. Jadi, apa kata anda gunakan teknik bermanja ini untuk merapatkan hubungan suami isteri?

Pasti suami akan bertambah sayang dengan anda, percayalah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Singapore

Baca juga: Psstt Ini Tips Nak Eratkan Kembali Hubungan Dengan Suami Melalui Seks!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!