Ibu Bapa Mempertahankan David Beckham Selepas Kritikan Kerana Cium Mulut Anak Perempuannya

Baru-baru ini, David Beckham menerima kritikan daripada sesetengah netizen apabila mencium bibir anak perempuannya dan menyiarkan gambar tersebut di akaun IG. Nasib baik ada ibu bapa lain yang mempertahankan perbuatan bekas pemain bola ini!

David Beckham telah menyertai barisan ibu-ibu dan bapa yang telah dimalukan di khayalak ramai – hanya kerana cium mulut anak perempuannya, Harper.

Nasib baik ada rakan-rakannya, yang juga ibu bapa, sudi untuk membelanya.

Semasa bercuti di Tanzania, bintang bola sepak yang telah bersara ini telah menyiarkan gambar dirinya mencium anak perempuannya yang berusia 5 tahun pada bibirnya di Instagram.

Dalam kapsyen gambar tersebut, beliau menulis:

David Beckham Cium Mulut Anak 

“Ciuman untuk Ayah.”

https://www.instagram.com/p/BUzluYFBQJG/

Gambar itu di-Like oleh lebih 1.8 juta orang di Instagram, dan bahagian komen pula dipenuhi dengan mesej positif kepada si ayah.

Tetapi, ada juga beberapa reaksi negatif.

“Menjijikkan” “Bukankah mencium bibir anak perempuan adalah sedikit pelik?”

Di atas adalah beberapa contoh daripada komen negatif yang diterima David Beckham.

“Ini adalah tidak betul,” seorang lagi mengulas.

“Menjijikkan! Bapa jenis apa yang tidak waras mencium seorang gadis kecil? Gadis itu, tidak akan mempunyai hubungan dengan seorang lelaki; dia hanya akan melihatnya sebagai satu jenis eksploitasi.”

Isu cium bibir anak

Sebagai tindak balas kepada perkataan pedas itu, ibu bapa lain membalas balik.

“Saya mencium anak-anak saya sepanjang masa! Itulah bagaimana mereka tahu bahawa mereka disayangi! Gambar ini sangat cantik! “seorang pengomen mengulas.

Orang yang melihat ini sebagai sesuatu yang salah mempunyai pemikiran yang tidak sihat. Saya masih mencium anak saya berumur 6 tahun di bibir,” tulis pengomen yang lain.

“Sangat cantik. Ayah kepada anak perempuan saya menciumnya sepanjang masa. Ia dipanggil ‘menunjukkan kasih sayang’, “kata yang lain.

Beckham dan isterinya, Victoria, mempunyai empat orang anak – Brooklyn berusia 18 tahun, Romeo berusia 14 tahun, Cruz berusia 12 tahun dan Harper yang berusia 5 tahun.

Serangan netizen ini berlaku hampir setahun selepas isterinya dikecam kerana berkongsi foto yang sama.

Para pengulas komen negative itu telah menggambarkan foto bekas ahli kumpulan Spice Girl itu sebagai “sangat menjijikkan” dan “meninggalkan parut emosi.”

https://www.instagram.com/p/BHrJmVwB1hZ/

Hillary Duff juga pernah terkena tempias isu mencium bibir anak

Pada bulan Disember yang lalu, Hilary Duff telah membalas kembali kepada pemberi komen yang memalukan beliau hanya kerana telah mencium anak lelakinya yang berusia 4 tahun itu di bibir.

https://www.instagram.com/p/BN8Oa9vBwGS/

“Bagi sesiapa yang mengulas bahawa ciuman pada bibir dengan anak saya yang berumur empat tahun adalah ‘tidak sesuai’, sila klik “unfollow” dan pergi main jauh dengan minda anda yang sesat dan sikap suka menilai perbuatan orang lain itu,” tulisnya.

Hmm…bolehkah kita semua berhenti dari menilai satu sama lain?

Rencana diterjemah daripada Yahoo.

Gambar daripada laman Instagram David Beckham.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!