Nak Anak Berjaya Dalam Hidup? Kita Mungkin Beri 6 Nasihat Yang Salah

Pakar membuktikan kita mungkin telah beri nasihat yang salah pada anak-anak tentang bagaimana ingin berjaya dalam hidup! Jom tengok apa yang patut kita buat.

Berjaya Dalam Hidup

Semua ibu bapa nak anak-anak mereka berjaya dalam hidup, kan? Sebab itu kita ajar mereka pelbagai sikap yang kita percaya boleh buat mereka berjaya kelak.

Tapi, pakar baru-baru ini mendedahkankita mungkin telah ajar dan beri nasihat yang salah pada anak-anak!

Kaitan: 8 Ayat Pakar Psikologi Tak Galakkan Anda Sebut Pada Anak-Anak

Jom tengok apakah 6 nasihat kejayaan dalam hidup yang telah terbukti “merosakkan” anak-anak berbanding buat mereka berjaya.

tip anak berjaya dalam hidup

1 – Kita ajar anak untuk fokus pada masa hadapan

Ya, mereka perlu fokus untuk berjaya. Tapi, kajian mendapati manusia tak boleh fokus sepanjang masa. Malah, kita akan berangan sebanyak 50% selepas bangun tidur!

Apabila anda sering memaksa anak-anak untuk fokus pada masa hadapan, mereka akan lebih mudah cemas dan ketakutan, punca stress

Stress boleh jadi pembakar semangat, tapi dalam jangka masa yang panjang – ia boleh menjejaskan tumpuan dan memori anak-anak. 

Apa patut kita buat?

Ajar mereka untuk hargai masa sekarang – live in the moment, bak kata Buddha. Kanak-kanak akan lebih berjaya jika mereka lebih gembira dengan apa yang mereka ada sekarang.

Kegembiraan buat mereka lebih produktif! Emosi yang positif boleh mengatasi stress dan kemurungan, lalu mereka boleh menghadapi semua cabaran.

Memang bagus suruh mereka ada matlamat. Tapi, apa kata anda ajar mereka untuk fokus pada sesuatu yang mereka sedang lakukan “sekarang”?

2 – Kita ajar anak yang stress tak boleh dielak. Mereka kena kuat!

Penyelidikan mendapati kanak-kanak sekarang lebih mudah bimbang berbanding kanak-kanak ketika era 1950-an. Kenapa? 

Mereka terlalu risau tentang prestasi mereka di sekolah. Semuanya sebab kita! Lihatlah… kita sendiri selalu stress dan bertungkus lumus setiap hari kerana kerja. 

Ini bukan gaya hidup yang sihat untuk dicontohi anak-anak. Sebab itu, kajian mendapati kanak-kanak dengan ibu bapa yang selalu stress akibat kerja akan cenderung untuk “buat perangai” di sekolah!

Apa patut kita buat?

Ajar mereka untuk bertenang. Ya, stress tak boleh dielak, tapi kita boleh mengendali stress dengan kaedah yang lebih berkesan.

3 – Kita paksa mereka untuk sentiasa sibukkan diri

Di Malaysia, kanak-kanak biasanya menghabiskan masa selama beberapa jam di sekolah, sebelum kembali ke rumah untuk mandi… dan sambung buat sesuatu!

Mungkin anak dipaksa melakukan aktiviti kurikulum pula selepas itu. Kita nak mereka selalu sibuk, sedangkan ia bukan bagus pun! 

Apa patut kita buat?

Tak salah pun jika mereka tak buat “apa-apa”. Kajian mendedahkan minda manusia akan mengeluarkan idea bijak ketika mereka tak sibuk.

Jadi, beri anak anda masa untuk bermain, membaca atau sebagainya. Biar mereka rileks.

tip anak berjaya dalam hidup

4 – Kita suruh mereka fokus pada kekuatan!

Ibu bapa selalu memberi fokus pada kekuatan anak-anak hingga mereka lupa yang anak-anak terbuka untuk mencuba pelbagai perkara baru.

Bila anda membentuk mindset anak anda bagus hanya pada sesuatu, mereka akan lebih tertekan dan takut untuk mencuba benda baru.

Mereka fikir jika mereka gagal, tiada apa yang boleh membantu mereka.

Sedangkan… mereka patut belajar dari kesilapan, betul tak?

5 – Kita sering ajar anak kutuk diri sendiri

Self-sabotage atau self-criticism adalah perkara yang tak sihat! Ia boleh menurunkan keyakinan diri, lalu anak anda akan takut untuk gagal.

Jangan beri terlalu banyak tekanan pada mereka.

Apa patut kita buat?

Ajar mereka untuk menyayangi diri sendiri. Dari situ, mereka akan lebih menghargai diri mereka dan mereka tahu kekuatan malah kelemahan mereka! 

Kajian juga membuktikan kanak-kanak yang lebih optimistik tentang diri mereka akan lebih berkeyakinan untuk menghadapi cabaran, dan tidak akan membuat keputusan yang buruk.

tip anak berjaya dalam hidup

6 – Kita ajar mereka yang semua orang jahat

Bila kita ajar anak-anak yang semua orang jahat… mereka akan lebih fokus pada diri sendiri.  Ya, memang ada orang jahat di luar sana. Tapi bukan semua orang!

Apa patut kita buat?

Ajar anak-anak untuk lebih bersimpati pada insan yang memerlukan. Jika mereka memiliki empati untuk memahami orang lain, mereka akan lebih mudah berjaya.

Mereka akan faham yang bersatu padu adalah kunci kejayaan.

Kaitan: Rahsia Prinsip Bersatu Padu Yang Mark Zuckerberg Amalkan Untuk Berjaya

Apa yang penting, untuk membesarkan anak-anak yang sihat lagi berkeyakinan dan bakal berjaya dalam hidup – anda sebagai ibu bapa tak boleh mementingkan diri sendiri.

Mungkin ada sesetengah cara berkesan untuk kita dulu. Tapi, zaman sudah berubah.

Kita perlu lebih prihatin dengan apa yang perlu diajar kepada anak-anak. Mereka pembentuk masa hadapan!

Sumber rujukan: Quartz Media, Science, Social Market Foundation, American Psychological Association, dan Science Daily

Baca juga:

Ibu Bapa Yang Kerap Main Telefon Mungkin Punca Anak Buat Perangai!