Anak Aktif Bercakap & Sering Emosi Antara Bukti Anda Adalah Ibu Bapa Yang Terbaik

undefined

Siapa ibu bapa yang baik? Tentulah anda, kan! Tapi jika anda ada 7 tanda-tanda ini, ini lebih mengukuhkan bukti yang anda adalah ibu bapa yang baik.

Siapakah ibu bapa yang baik? Tentulah anda! Tapi tidak dapat dinafikan, ibu bapa moden kini meletakkan tekanan yang terlalu tinggi untuk menjadi seorang ibu bapa yang baik.

Semua orang bergelut memikirkan bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak. Adakah kita telah membuat yang terbaik? Adakah kita mengecewakan anak-anak?

Semua insan ingin menjadi ibu bapa yang baik

Ibu bapa zaman sekarang tidak dapat mengelak dari membandingkan diri mereka dengan ibu bapa yang lain. Sama ada dengan kawan, saudara, atau ibu bapa di media sosial.

Kita harus berhenti melihat pencapaian orang lain sebagai paras ukur untuk menentukan sama ada kita adalah ibu bapa yang baik atau tidak.

Sebaliknya kita harus melihat anak kita sendiri. Bagaimana emosi mereka, bagaimana fizikal mereka, bagaimana mental mereka. Ini yang sepatutnya mengajdi penanda aras pencapaian kita sebagai ibu bapa.

Menurut seorang pakar psikologi, Nadene van der Linden terdapat 7 tanda menunjukkan kita adalah ibu bapa yang baik. Berikut adalah tanda-tandanya:

7 tanda anda adalah ibu bapa yang baik untuk anak

1. Anak anda menunjukkan pelbagai emosi

ibu ayah yang baik

Anak kecil memang berbolak-balik emosinya kerana mereka sendiri sedang mengenali dan mengendali emosi mereka.

Kadang-kala, mereka memang sukar untuk dilayan. Namun jika anak anda rela menunjukkan semua emosi merkea tidak kira sama ada gembira, sedih, marah atau takut, itu adalah tanda yang baik.

Ini kerana mereka tahu anda sentiasa ada untuk mereka tidak kira bagaimana emosi mereka. Ibu bapa harus risau sekiranya anak takut untuk menunjukkan emosi mereka. Ini tanda mereka percaya penerimaan anda dengan emosi mereka. 

Jadi, jangan sesekali memperlekehkan apa yang mereka rasa. Hargai setiap emosi mereka dan terangkan kepada mereka jika apa yang mereka tunjukkan itu salah.

2. Jika ada masalah, anda orang pertama yang mereka cari

Anda adalah zon selesa mereka. Jadi apabila mereka ada apa-apa masalah, anda adalah orang pertama yang mereka akan rujuk.

Ini bermakna anda telah membina ikatan yang sangat kuat dengan anak anda.

Anda boleh menggalakkan anak anda untuk pergi kepada anda dengan sentiasa menerima setiap situasi yang dihadapi oleh anak anda itu dengan tangan yang terbuka.

Dengar pendapat mereka, dengar penjelasan mereka. Jika perkara kecil juga anda ambil berat, mereka tidak akan risau akan perkara besar.

3. Anak akan berkongsi pendapat dan perasaan dengan anda

Perbuatan ini bermakna anda dan anda mempunyai hubungan yang terbuka dan sentiasa menerima sesuatu dengan terbuka. Sesetengah ibu bapa tidak boleh menerima anak mereka membuat kesalahan atau memberi pendapat yang bercanggah. 

Apabila si anak memberi pendapat, ibu bapa berakhir dengan mempersendakan pendapat anak itu atau menyuruh mereka diam. Hasilnya anak akan memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu diperkecilkan.

Jadi sekiranya mereka memberitahu sesuatu yang anda tidak boleh terima, tanya dahulu mengapa. Kemudian terangkan pendapat anda pula.

4. Anda tidak mengkritik atau melabel dalam menasihati

tanda ibu bapa yang baik

Ibu bapa yang baik adalah ibu bapa tahu bila masa yang sesuai untuk mengkritik. Ibu bapa memang kadang-kala terdorong untuk memarahi atau menasihati anak dengan menggunakan label seperti ‘nakal’, ‘tamak’, ‘malas’, ‘jahat’.

Begitu juga label yang stereotaip seperti terlalu ‘perempuan atau girly‘ atau terlalu ‘lelaki atau boyish‘.

Sebenarnya dengan memberikan label sebegini terhadap anak anda, ini akan menyebabkan mereka menjadi seperti apa yang anda ucapkan. Elakkan menekan anak dengan label dan kritikan sebegini kerana ini boleh menyebabkan mereka memendam rasa.

Jika anak telah membuat kesalahan seperti memecahkan pasu, beritahu dia itu adalah perbuatan yang salah. Bukannya memberitahunya dia adalah nakal.

5. Ibu bapa yang baik menggalakkan bakat dan minat anak

ciri ibu bapa yang baik

Sesetengah ibu bapa telah menetapkan apa yang harus dipilih oleh anak mereka untuk dicapai apabila mereka besar kelak. Sedangkan sebenarnya, setiap anak itu mempunyai minat dan bakat tersendiri. 

Dengan menggalakkan bakat dan minat mereka, anda membantu mereka lebih yakin dengan diri mereka dan tidak rasa dikawal. Asalkan apa yang mereka minat itu bukanlah sesuatu yang tidak baik, apa salahnya galakkan mereka.

Jangan jadikan anak sebagai lesen untuk anda mencapai impian anda yang belum tercapai sebelum ini. Memaksa mereka boleh menyebabkan mereka tertekan untuk memenuhi kehendak anda.

6. Ibu bapa yang baik akan mencipta sekatan 

Sekatan atau had, bukanlah sesuatu yang negatif. Ia boleh jadi sesuatu yang positif jika diletakkan di tempat yang betul.

Contohnya, meletakkan had yang anak anda tidak boleh mengambil hak orang. Begitu juga orang tidak boleh mengambil haknya. Ini adalah 2 contoh sekatan.

Sekatan atau had seumpama ini membantu membina moral dan peribadi mereka. Juga membentuk mereka dikemudian hari nanti.

7. Perbaiki kesilapan

Kerelaan anda untuk mengakui dan memperbaiki kesilapan anda adalah tanda anda adalah seorang ibu bapa yang baik.

Anda menunjukkan kepada anak-anak anda yang anda lebih menghargai mereka lebih dari ego anda. Jadi jika anda terbuat salah atau silap, akuinya dan perbaiki.

Bercakap dengan anak anda, akui kesilapan anda dan beritahu mereka yang anda ingin meminta maaf. Anda juga boleh bertanya pendapat mereka apa yang anda patut buat. Mereka akan rasa penting di dalam anda membuat keputusan.

Jika kita teliti apa yang disenaraikan, dapat dilihat satu persamaan dalam semua ciri-ciri atau tanda ibu bapa yang baik iaitu: KOMUNIKASI.

Ya, di dalam apa hubungan sekalipun, komunikasi memainkan peranan yang penting. Tidak kira dengan siapa anda berkomunikasi.

Ini hanyalah perkongsian, apa yang baik, kita praktikkan. Selitkan di dalam perjalanan anda ‘bertugas’ sebagai seorang ibu dan bapa kerana anak adalah amanah kita.

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent SingaporeMotherly

Kredit foto: google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperanan-ibu-bapa-membesarkan-anak/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!