theAsianparent Logo

Setiap anak perempuan PERLU melihat ibu mereka telanjang bulat, ini sebabnya

Beberapa ibu percaya jika mereka bogel depan anak, lebih-lebih lagi anak perempuan, oa boleh membuatkan anak mereka berasa yakin dengan tubuh mereka. Apa pendapat anda?

Patutkah anda bogel depan anak perempuan? Penulis yang berkempen tentang tubuh mengatakan ya, setiap anak perempuan perlu melihat ibu mereka bogel.

Taryn Brumfitt berkata semua anaknya sudah biasa melihat dirinya bogel dan selesa dengan keadaan tubuhnya. Katanya, beliau melakukan benda ini untuk kepentingan anak perempuannya.

"Sebagai perempuan, adalah penting untuk anak saya lihat tubuh saya. Tubuh wanita bertukar sepanjang masa, jadi saya mahu perbincangan berterusan mengenai tubuh wanita."

Mengapa perlu bogel depan anak perempuan?

Mempercayai yang tubuh wanita sempurna dengan pinggang yang kecil dan payudara yang tegang adalah tidak sihat untuk anak perempuan.

Tinjauan oleh penjagaan anak professional mendapati perempuan mengalami ketidakpuasan terhadap tubuh mereka seawal usia 8 tahun dan kurang dari separuh perempuan berusia 10-17 tahun menyukai tubuh mereka.

Taryn berkata dengan imej tubuh yang dipaparkan di media sosial kini, kita sebagai ibu perlu menunjukkan kepada mereka yang setiap tubuh adalah berbeza dan kita patut bangga dengan tubuh badan kita.

ibu bogel depan anak, ibu bogel, bogel, anak tengok ibu bogel, anak nampak ibu bogel

Pakar psikologi Dr Amanda gummer berkata, ibu adalah representasi normal untuk anak perempuan. Mereka belajar melalui pemerhatian mereka.

Jika mereka melihat anda selesa dengan tubuh anda, mereka akan membesar dan merasa selesa dengan tubuh mereka juga.

Ibu bogel depan anak: Adakah anda rasa anak anda patut lihat anda bogel?

5 penulis mendedahkan sama ada mereka bersedia untuk bogel dihadapan anak-anak mereka. Ini antara pandangan mereka.

ibu bogel depan anak, ibu bogel, bogel, anak tengok ibu bogel, anak nampak ibu bogel

Lauren Libbert, mengakui dia sudah biasa bogel depan 2 anak lelakinya. Semakin mereka membesar, mereka mempunyai banyak soalan tentang tubuh badan.

Saya menjawab soalan mereka berdasarkan fakta tetapi saya ada peraturan. Mereka tidak boleh menyentuh; tubuh kita tidak memalukan tetapi kita patut menghormatinya.

ibu bogel depan anak, ibu bogel, bogel, anak tengok ibu bogel, anak nampak ibu bogel

Lucy Cavendish pula berkata, saya tidak pernah berjalan bogel keliling rumah, tetapi dari mereka bayi saya tidak kisah untuk berbogel depan mereka.

Kini mereka sudah besar dan jika mereka masuk bilik saya semasa saya sedang bersiap atau mandi ia adalah perkara biasa.

Selepas 4 anak, badan saya mempunyai banyak parut dan menggelebeh. Dengan dunia sekarang yang penuh dengan gambar yang telah disunting, adalah penting untuk mereka memahami rupa tubuh wanita sebenar.

ibu bogel depan anak, ibu bogel, bogel, anak tengok ibu bogel, anak nampak ibu bogel

Kathryn Knight pula berkata, saya memang dikenali sebagai 'perempuan yang tidak kisah'. Kesemua rakan saya sudah biasa melihat tubuh saya dan ini berterusan sehingga saya mendapat anak.

Apa yang saya tahu, saya mempunyai tubuh yang sihat dan saya berharap dengan melihat saya yakin dengan tubuh saya, anak saya akan mempunyai perasaan yang sama walaubagaimanapun tubuhnya nanti.

Bagaimanapun, 2 penulis di bawah ini pula merasakan yang mereka tidak bersedia untuk berbogel depan anak-anak mereka.

Ibu yang tidak setuju kita patut bogel depan anak

ibu bogel depan anak, ibu bogel, bogel, anak tengok ibu bogel, anak nampak ibu bogel

Tessa Cunningham yang menjalani pembedahan mastektomi berkata, kehilangan payudara kanan saya merupakan tamparan hebat buat saya. Saya tidak mahu membuat pembedahan plastik kerana saya tidak sanggup untuk menghadapi pembedahan lagi.

Saya tunjukkan yang saya tiada masalah dengan tubuh saya tetapi hakikatnya saya merasa tidak sempurna. Jadi saya rasa saya mempunyai hak untuk melindungi tubuh saya dari dilihat oleh anak saya.

Semakin lama saya mula menerima keadaan badan saya dan saya harap apabila anak saya melihat yang saya boleh meneruskan hidup tanpa payudara, saya telah membuktikan pada anak saya yang ianya ok untuk menjalani hidup tanpa payudara.

ibu bogel depan anak, ibu bogel, bogel, anak tengok ibu bogel, anak nampak ibu bogel

Bagi Ursula Hirsckorn pula, keluarga saya menjalani kehidupan dimana mereka akan berbogel dihadapan anak-anak mereka. Ada orang berkata yang ianya semulajadi dan istimewa - pada saya ia memalukan.

Saya benci apabila saya perlu melihat ibu bapa saya berjalan bogel dihadapan saya. Pemandangan badan orang tua bogel menghantui saya seumur hidup.

Tubuh badan manusia secara keseluruhannya tidak cantik, lebih-lebih lagi tubuh orang tua. Sebab itu saya tidak akan bogel di hadapan anak-anak saya. Di rumah saya, tandas dikunci dan jika ingin masuk ke bilik, perlu ketuk terlebih dulu.

Saya membantu mereka dengan memastikan pengalaman mereka melihat perempuan bogel buat pertama kali akan jadi lebih seronok berbanding saya.

Pada Taryn, dia tetap dengan pendiriannya yang berbogel depan anak adalah satu perkara yang positif.

Dan kenyataannya turut disokong oleh Dr Lauren, ibu bogel depan anak perempuan dan menjawab segala pertanyaan mereka tentang badan anda tanpa prejudis akan mendorong mereka untuk menjadi positif tentang badan mereka dan orang lain.

Ada pelbagai cara untuk mendidik anak kita seperti tidak bercakap tentang diet di rumah, berhati-hati apabila bercakap dengan orang dan memberitahu mereka yang imej di media sosial kebanyakkannya adalah gambar yang telah disunting.

Serta menjadikan senaman sebagai satu ativiti dan bukan hukuman. Dan sudah tentunya dengan membiarkan anak anda melihat anda menerima diri anda seadanya dan yakin dengan tubuh anda.

Apa pendapat anda?

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: DailyMail

Baca juga:

 Ibu Ini Meniru Gaya Keibubapaan dari Denmark dan Mengakui Keberkesanannya