Kecewa Suami Kahwin Satu Lagi, Ibu Ini Ajak 3 Anaknya Bunuh Diri...

Tragik kisah ibu bunuh diri ini. Semuanya kerana si suami nekad untuk kahwin satu lagi, lalu si isteri yang murung mengajak 3 anaknya bunuh diri bersama!

Ibu bunuh diri dengan 3 anaknya

Seorang ibu yang berasal dari Jombang, Indonesia didapati nekad membunuh diri malah mengajak 3 anaknya untuk turut serta mengakhiri hidup mereka! Ibu bunuh diri bersama anaknya itu dikenali sebagai Evy Suliastin Agustin, 26 tahun.

Evy cuba mengakhiri hidupnya bersama  3 anak beliau dengan cara menelan ubat nyamuk jenis cecair. Akibat meminum ubat nyamuk tersebut, 3 anak Evy maut di tempat kejadian.

Manakala Evy pula masih terlantar di hospital dalam keadaan kritikal. Ketiga-tiga anak Evy baru saja berusia 6 dan 4 tahun. Anak ketiga pula baru berusia 4 bulan. 

ibu bunuh diri

Mereka dijumpai di dalam bilik mandi hari Isnin lepas. 

Dugaan mengapa ibu bunuh diri dengan 3 anaknya

Menurut laporan Koperal Jombang, AKBP Agung Marlianto, 3 tahun lalu, Evy pernah duduk sebumbung dengan suaminya, F di Surabaya sebelum ini. Suaminya itu merupakan pelajar pondok di kota tersebut.

Evy merupakan isteri kedua F yang dinikahinya sejak 7 tahun lalu. Isteri pertama F telah diceraikannya. 

Sejak 2 bulan lalu, Evy telah membawa anak-anaknya pulang ke rumah orang tuanya di Jombang. Semuanya terjadi kerana si suami telah berkahwin satu lagi. 

Selepas menerima berita itu, Evy dilanda kemurungan dan depresi. Menurut teman rapat dan ahli keluarganya, Evy  seorang pendiam dan gemar berahsia. Dia tak pernah berterus-terang jika menghadapi masalah.

Evy menyimpan semua masalahnya dengan sendiri. Namun kadang-kadang, dia melepaskan masalahnya itu dengan memarahi anaknya tanpa sebab.

Cubaan membunuh diri ini bukanlah cubaan yang pertama buat isteri yang kemurungan ini. 4 tahun lalu, Evy juga pernah minum ubat nyamuk selepas dilanda masalah rumah tangga.

Mencegah kes ibu bunuh diri dengan anak daripada berulang

ibu bunuh diri

Malyn Cristobal, seorang kaunselor di Living Free Foundation menegaskan terdapat beberapa tanda yang wajar kita awasi untuk mencegah kes seperti ini daripada berulang. 

Ada pelbagai sebab mengapa seorang ibu boleh mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat hidupnya, malah riwayat hidup anak-anaknya juga! Antara sebab tersebut termasuklah:

  • memang pernah ingin membunuh diri
  • ada anggota keluarga yang juga membunuh diri
  • pernah diganggu secara seksual semasa kecil
  • situasi hidup yang semakin menekan
  • berpendidikan rendah, hilang pekerjaan dan sudah lama menganggur
  • bercerai atau berpisah
  • masalah kewangan
  • kurang mendapat sokongan sosial

Dek beberapa sebab di atas, tidak mustahil untuk seseorang ibu membunuh diri dan meragut nyawa anaknya sendiri.

Untuk memastikan kes seperti ini daripada berulang, masyarakat perlu lebih peka dengan tanda-tanda yang seseorang itu ingin membunuh diri.

Ada beberapa tanda yang jelas, tapi ada juga tanda-tanda yang samar. Mari semak ia.

Tanda-tanda jelas yang seseorang ingin membunuh diri

  • mengatakan hasrat untuk membunuh diri secara lisan
  • mencari akses ke senjata atau ubat-ubatan yang berbahaya
  • membuat persiapan dengan mengasingkan barang atau mengucapkan selamat tinggal

Tanda-tanda kurang jelas yang seseorang ingin membunuh diri

  • Paranoid 
  • Memikirkan sesuatu secara berterusan
  • Cemas secara keterlaluan
  • Berasa bersalah dan terjebak dengan sesuatu
  • Putus asa
  • Mengasingkan diri dari orang lain
  • Sering marah tanpa sebab
  • Hati berubah-ubah
  • Suka bertindak melulu tapi penuh nekad

Jika ada ibu-ibu di luar sana yang menghadapi cabaran berat, cuba untuk menceritakannya pada seseorang. Memang orang lain tak boleh menyelesaikan masalah anda, tapi dengan meluahkan, ia sebenarnya cukup membantu. 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk kita semua.

 

 

 

Sumber rujukan: DetikVivatheAsianparent Singapura

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!