Ibu sanggup campak anak luar tingkap kerana marah bekas suami
Gara-gara terlalu marah dengan bekas suami, seorang ibu campak anak dari tingkap tingkat 4! Apa yang terjadi? Bagaimana ingin kawal kemarahan?
Macam-macam boleh terjadi kalau kita tak dapat mengawal kemarahan. Contohnya seperti kes dari Hong Kong ini. Kes ini melibatkan seorang ibu campak anak luar tingkap apabila terlalu marah selepas bergaduh dengan bekas suaminya.
Menurut laporan New Straits Times, kanak-kanak itu jatuh setinggi 15 meter selepas ibu campak anak dari tingkat 4. Ibu terbabit yang berusia 35 tahun kini ditahan untuk siasatan.
Ibu campak anak kerana marah pada bekas suami
Pasangan ini dilaporkan baru saja bercerai. Mengikut undang-undang, si ibu memperoleh hak penjagaan untuk anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun.
Manakala si suami mendapat hak penjagaan untuk anak yang berusia 4 tahun.
Tapi si bekas suami membenarkan bekas isterinya itu meluangkan masa dengan kedua-dua anak mereka. Namun ketika ingin mengambil anaknya, mereka mula bergaduh.
Gara-gara terlalu marah, ibu tersebut mengambil langkah drastik dengan mencampak anaknya ke luar tingkap.
Nasib baiklah kanak-kanak itu terjatuh di atas kabel elektrik dan kotak. Akan tetapi, pendarahan terjadi di belakang kepalanya. Kanak-kanak itu kini dirawat di hospital.
Sekarang, siasatan masih dijalankan.
Ibu campak anak luar tingkap: Belajar kawal kemarahan anda
Kalau kita terlalu mengikut hati dan amarah yang membuak-buak, memang banyak benda bahaya yang boleh terjadi.
Oleh sebab risau perbuatan seperti ini mungkin boleh berulang, kami bawakan kepada anda bagaimana ibu bapa boleh belajar mengawal emosi dan amarah tanpa membahayakan anak-anak.
Tips ini datangnya dari Dr. Laura Markham yang aktif menulis di Psychology Today. Berikut antara caranya:
1. Tetapkan had kemarahan anda
Kalau anda sendiri suka marah-marah dan buat perangai, anak akan melihat perkara ini sebagai benda yang normal. Jadi jika anda marah, cuba fikir jalan penyelesaiannya.
Jangan menjerit pada anak. Kalau anda rasa mahu menjerit, cuba keluar dari bilik dan dapatkan ketenangan sebentar untuk “memproses” perasaan marah anda.
2. Bawa bertenang
Sebelum anda meluahkan segala amarah yang dirasa, cuba fikir, patut ke marah ini dilepaskan? Cuba kira sampai 10, tarik nafas dalam-dalam dan jangan fikir terlalu banyak.
3. Berusaha sehabis baik
Akhir sekali, jangan terlalu menekan diri anda sendiri. Namun, cuba sehabis baik untuk mengawal kemarahan anda demi anak-anak.
Memang ada masa anda kecewa dengan kehidupan, anak-anak atau suami. Tapi, ambil kawalan daripada perasaan itu. Cuba belajar sehabis baik mengawal emosi. Lama-lama anda akan menjadi seorang ibu bapa yang tenang.
Dari situ anak-anak pula belajar bagaimana cara mengawal emosi dengan sihat.
Kami di theAsianparent mengharapkan kejadian seperti ini tidak lagi berulang. Sama-samalah kita cuba menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: New Straits Times, Psychology Today
Kredit gambar: Daily Express
Baca juga:
Tragik, ibu ini ajak 3 anak bunuh diri bersamanya lepas suami kahwin satu lagi