Mitos Ibu Hamil Perlu Makan Untuk Dua Orang

undefined

Anda percaya yang wanita hamil perlu makan untuk dua orang? Ha... kajian telah membuktikan ia hanya mitos, tahu? Jom semak macam mana nak makan dengan sihat!

Mitos Perlu Makan Untuk Dua

Tahukah anda yang amalan ibu hamil perlu makan untuk dua orang hanya mitos sahaja? Rupa-rupanya ramai wanita masih tidak tahu cara pemakanan yang betul apabila mereka hamil!

Kajian yang dilakukan ke atas 2100 wanita di UK mendapati ramai yang masih menganggap mereka perlu makan sekurang-kurangnya 300 kalori tambahan sehari!

61% daripada 140 wanita hamil yang disoal menjawab yang makanan tambahan diperlukan apabila masuk trimester pertama dan kedua.

Hanya satu pertiga daripada ibu hamil yang menjawab jawapan betul dan ini mengesahkan bahawa ibu-ibu hamil tidak menerima informasi yang tepat untuk pemakanan mereka!

ibu hamil perlu makan untuk dua orang

Ibu hamil yang menggunakan alasan makan untuk dua untuk makan sesuka hati

Mengikut saranan The National Institute for Health and Care Excellence (NICE), wanita hamil sebenarnya tidak memerlukan kalori tambahan untuk 6 bulan pertama kehamilannya.

Walau bagaimanapun, pada trimester terakhir mereka akan memerlukan 200 kalori tambahan sehari. 200 kalori adalah bersamaan dengan dua keping roti whole grain yang disapu dengan mentega minyak zaitun.

Baca juga: 

Berapa Berat Badan & BMI Ideal Untuk Ibu Hamil Agar Tidak Menjejaskan Diri & Janin?

Kini, The National Charity Partnership (NCP), yang terdiri daripada Diabetes UK, British Heart Foundation dan Tesco ingin bekerjasama dengan Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (RCOG) untuk membanteras mitos ini agar wanita hamil boleh menerima informasi keperluan diet yang mudah difahami.

Ketua Pencegahan NCP, Alex Davis berkata,

Wanita hamil perlu mengamalkan pemakanan yang sihat sebelum, semasa dan selepas kehamilan untuk meningkatkan peluang mengandung secara semula jadi. Ia juga boleh mengurangkan risiko kehamilan, komplikasi kelahiran dan mencegah masalah kesihatan seperti kencing manis dan penyakit jantung untuk jangka masa panjang.”

Jadi berapa banyak yang perlu saya makan?

maternal milk origins

Seorang wanita biasanya memerlukan 2,000 kalori sehari termasuk makanan dan minuman. Tetapi wanita hamil dalam trimester terakhir kehamilan, perlu makan 200 kalori tambahan sehari.

Wanita hamil tidak memerlukan kalori tambahan untuk enam bulan pertama kehamilannya.

Apa yang patut saya makan?

  • Amalkan diet yang seimbang dengan memakan pelbagai makanan dari 5 kumpulan makanan utama seperti:
ibu hamil perlu makan untuk dua orang

Gambar menunjukkan cara pemakanan seimbang

  1. Karbohidrat – nasi, roti, pasta, oat dan kentang,
  2. Tenusu – susu, keju keras dan yoghurt
  3. Protein – kekacang, ikan, telur dan daging,
  4. Buah dan sayur-sayuran
  5. Lemak dan gula
  • Sediakan sarapan pagi yang sihat setiap hari untuk mengelak diri dari makan makanan berlemak atau makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi
  • Makan 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari
  • Pastikan satu pertiga dari makanan anda terdiri dari karbohidrat. Karbohidrat adalah sumber tenaga yang penting
  • Pasti anda makan makanan berprotein setiap hari
  • Makan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan seminggu. Pilih ikan yang berminyak seperti ikan salmon atau pun tenggiri
  • Pilih produk tenusu rendah lemak
  • Hadkan makanan dan minuman yang mempunyai lemak dan gula yang tinggi seperti minuman bergas dan biskut
  • Pilih makanan ringan seperti salad sayur-sayuran, hummus, dan sup sayuran

Sumber rujukan: BBC 

Baca juga:

34 Benda Pelik (Dan ‘Menjijikkan’) Semasa Mengandung Yang Dialami Ibu Hamil

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!