Restless Legs Syndrome - Penyebab Mengapa Ibu Hamil Susah Tidur

lead image

Anda selalu rasa tak selesa di bahagian kaki? Masalah restless legs syndrome (RLS) selalu menyerang wanita hamil trimester ketiga sampai mereka susah nak tidur! Jom semak apa itu RLS.

Masalah wanita hamil susah untuk tidur

Masalah tidur tidak lena pada wanita hamil bukanlah sesuatu yang asing lagi.

Malah, ia sangat normal dan sering kita dengar. Tapi. perkongsian kami di theAsianparent kali ini ialah tentang Restless Legs Syndrome (RLS) yang menjadi penyebab utama kepada masalah ini.

Sebelum anda mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyebab utama kenapa anda susah untuk tidur, jangan lupa juga untuk baca apa yang anda harus lakukan dengan masalah susah tidur ini seperti di bawah, okay?

Kaitan

Remedi Untuk Ibu Hamil Yang Susah Tidur

Restless Legs Syndrome itu apa?

RLS ialah keadaan di mana rasa tak selesa dan tak menyenangkan pada kaki seseorang wanita hamil.

RLS juga akan menyebabkan rasa ingin sentiasa menggerakkan kaki. Sindrom ini membuatkan wanita hamil tidak boleh tidur atau lebih buruk lagi mengakibatkan tidur tak berkualiti hingga kelesuan di waktu siang!

RLS diklasifikasikan sebagai gangguan tidur kerana ia akan menyerang apabila kaki direhat atau ketika seseorang itu hendak tidur.

Jadi ketika hendak tidur, untuk mengelakkan rasa tidak selesa ini, wanita hamil tersebut terpaksa menggerakkan kaki mereka dan ini akan mengganggu tidur.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/restless leg syndrome 2.jpg Restless Legs Syndrome   Penyebab Mengapa Ibu Hamil Susah Tidur

Kajian membuktikan hubungan antara RLS dengan masalah gangguan tidur

Malah kajian menunjukkan hubungan yang positif antara sindrom RLS yang teruk dengan gangguan tidur.

Ketua penyelidik, Levi Dunietz dari Universiti Michigan berkata yang RLS dianggap sebagai perkara biasa pada wanita hamil. 

Namun apa yang lebih mengejutkan, RLS mungkin di tahap teruk bagi sesetengah wanita hamil hingga mereka terpaksa mengalaminya lebih daripada empat kali seminggu!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/restless leg syndrome 1.jpg Restless Legs Syndrome   Penyebab Mengapa Ibu Hamil Susah Tidur

Kajian tersebut telah menganalisa 1563 wanita hamil dengan purata umur dalam lingkungan 30 tahun, dan kesemua wanita hamil tersebut berada di trimester ketiga

Data demografik diambil dari rekod medikal dan informasi tentang tidur mereka diambil melalui kaji selidik. Namun, tiada bukti kaitan antara RLS dan kes komplikasi beranak.

Menurut penulis kajian, pegawai medikal tak akan melayan kes tidur terganggu pada wanita hamil. Ini kerana pada mereka, masalah tidur buat wanita hamil adalah normal dan ia berpunca dari keadaan fizikal yang berubah

Namun, data kajian menunjukan yang RLS menambah punca kepada masalah ini!

Konklusi kajian juga mencadangkan yang pengenalan serta rawatan terhadap RLS wajar diketengah untuk membantu wanita hamil.

Ini mungkin akan membantu mengurangkan masalah tidur pada wanita hamil. 

Masalah ketika hamil sememangnya pelbagai. Malah, banyak juga yang dianggap biasa hingga tidak diberi perhatian.

Semoga anda sentiasa menjaga kesihatan diri anda okay, wanita hamil semua? Ingat – kesihatan anda penting untuk bayi dalam kandungan.

Semoga semuanya selamat saja!

Sumber rujukan: MediIndia

Baca juga:

Penemuan: Demam Ketika Hamil Tingkatkan Risiko Autisme Pada Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!