5 Perkara Yang Hanya Boleh Difahami Ibu Hamil Trimester Tiga

undefined

Makin besar kandungan, makin banyak suka dukanya. 5 perkara berikut ini, cuma ibu hamil trimester akhir yang paling tahu rasanya!

Walaupun ia adalah satu pengalaman yang indah, kehamilan juga datang dengan pelbagai keluhannya. Apalagi jika anda sudah mula memasuki trimester terakhir.

theAsianparent bertanya pada sejumlah ibu-ibu hamil dan inilah antara kisah suka duka yang hanya difahami oleh para ibu trimester akhir. Adakah anda juga merasakannya?

1. Susah tidur

“Waktu baru mengandung, susah sangat hendak tidur kerana loya dan muntah-muntah. Sekarang, susah tidur kerana sesak dan panas!”

Begitulah pendapat ibu-ibu tentang kesukaran untuk tidur ketika kehamilan sudah memasuki bulan-bulan akhir.

Apalagi jika si kecil dalam kandungan itu sering memilih untuk mengajak ibunya bermain dengan menendang-nendang di malam hari.

2. Menukar posisi tidur

Ketika mata sudah terpejam, ada suatu perkara yang sering dirasakan ibu hamil iaitu kesukaran menukar posisi tidur.

Pusing kanan, susah. Pusing kiri, perut terasa sesak. Menelentang? Tidak mungkin!

Kalau sudah begini seksanya untuk tidur, kehadiran bantal pregnant khas untuk ibu hamil biasanya dapat membantu!

3. Cepat kenyang

Ibu hamil trimester ketiga sering merasa lapar tetapi cepat pula rasa kenyang bila makan.

Baru sahaja makan dua suap, sudah merasa penuh padahal mulut masih ingin mengunyah.

Ini disebabkan oleh rahim yang semakin membesar dan ia menekan organ pencernaan.

Jadi, ia membuatkan para ibu jadi mudah kenyang bila makan.

Penyelesaiannya, makanlah dengan portion yang kecil, namun sekerap mungkin agar perut tidak terlalu penuh dan ibu tidak merasa loya.

Ada ibu mengandung mengatakan, dia terasa macam nak “tinggal” dalam toilet sahaja. Kenapa ya? Lihat di halaman selanjutnya!

4. Merasa ‘besar’

Dalam keadaan hamil, banyak ibu-ibu yang semakin kurang keyakinan diri dek perubahan bentuk badannya.

Mereka merasa yang tubuh mereka amat besar sehingga perlu memakai baju dan seluar khas untuk wanita hamil.

Apa lagi kalau duduk di tempat umum, sampai boleh ‘makan tempat’ yang seharusnya diduduki oleh dua orang!

Kita semua faham akan keadaan ini. Tetapi, pengaruh hormon dan kepercayaan diri ibu sendiri yang membuat mereka merasa begitu; terlebih sensitif.

Bertenang sahaja ya, sebentar lagi si kecil akan lahir dan anda pun boleh memakai kembali seluar jeans lama anda!

5 Perkara Yang Hanya Boleh Difahami Ibu Hamil Trimester Tiga

ilustrasi: Line Severinsen

5. Sering nak ke toilet

Kerana rahim yang semakin membesar dan semakin menekan pundi kencing, ibu hamil trimester terakhir sangat sering buang air kecil.

“Saya buang air setiap 30 minit, rasanya ingin tinggal sahaja dalam toilet!” begitu keluhan salah satu ibu yang sedang sarat mengandung.

Supaya anda tidak dehidrasi kerana terus menerus mengeluarkan urin, jangan lupa mengimbangkan dengan minum banyak air kosong ya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!