Ibu ini menulis sepucuk surat yang menyentuh hati buat kepayahan ketidak suburannya

lead image

Pendapatnya, Tuhan telah menjadikan dirinya sebagai perantara untuk mereka yang mempunyai kisah sepertinya.

Desiree Fortin, merupakan seorang penulis blog. Menerusi blognya, ourjourneytoparenthoodblog, beliau menceritakan kesukaran yang dilalui oleh dirinya dan suami sepanjang 6 tahun berumah tangga cuba mendapatkan cahaya mata.

Pada 1 Ogos 2015, Desiree telah melahirkan dua orang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan. Ya! Kembar tiga!

Beliau telah didiagnos mempunyai Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS dan telah melalui pelbagai kesukaran mental, fizikal yang banyak untuk mempunyai cahaya mata.

Tidak lupa beribu duit yang telah habis. Baru-baru ini Desiree telah menulis sepucuk surat buat ketidaksuburan yang dilaluinya.
Lihat apa yang telah diluahkan oleh Desiree;

Di dalam suratnya itu, beliau menceritakan bagaimana menjadi tidak subur ‘mencuri’ dan ‘menghancurkan’ impiannya ingin menjadi seorang ibu. Beliau juga menceritakan bagaimana menjadi tidak subur telah membawa banyak air mata ke dalam hidupnya. Namun beliau tidak membenci menjadi tidak subur kerana beliau yakin, Tuhan berikan hikmah selepas kesukaran itu.

Dua tahun yang lalu, Desiree Berjaya ‘melawan’ ketidak suburan dan berjaya hamil dan Desiree bersyukur yang ini adalah ceritanya. Beliau dapat merasakan dirinya menjadi lebih kuat umpama wirawati.

Di dalam suratnya lagi, Desiree telah menceritakan bagaimana dengan menjadi tidak subur, telah mengajarnya untuk lebih percaya dengan aturan Tuhan. Pendapatnya, Tuhan telah menjadikan dirinya sebagai perantara untuk mereka yang mempunyai kisah sepertinya.

Apakah itu PCOS?

Polycystic Ovary Syndrome terjadi apabila hormone wanita tidak seimbang. Ia akan mengganggu haid dan juga mengurangkan peluang untuk hamil.

Antara tanda-tanda seseorang itu mempunyai PCOS ialah:

  • Haid tidak teratur : ini mungkin kedengaran biasa namun, mereka yang mempunyai PCOS, melalui haid melebihi 35 hari malah berpanjangan hingga lebih 4 bulan.
  • Endrogen berlebihan : hormone lelaki yang berlebihan akan menyebabkan perubahan fizikal pada wanita. Antaranya ialah bulu roma yang berlebihan pada muka atau badan, endrogenik alopecia (botak seperti lelaki) atau jerawat yang kritikal
  • Polycystic ovary : polycystic ovary di keliling telur membesar dan mempunyai cecair di dalamnya.

Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu symptom dan prihatin untuk hamil, dapatkan pendapat doktor di klinik atau hospital. Jangan risau kerana mengesan lebih awal adalah lebih baik dan sekiranya tidak ada apa-apa, anda tidak perlu risau lagi.
Sumber: mayoclinic