Selalu Sakit Ibu Jari Lepas Bersalin? Ibu Boleh Amalkan 6 Senaman Ringan Ini

lead image

Ada tak ibu yang mengalami sakit pada ibu jari tangan? Ha... di sini ada 6 senaman ringan yang boleh bantu pulihkan semula ibu jari yang sakit itu. Bolehlah dicuba!

Kebanyakan ibu yang baru lepas bersalin pasti akan mengalami sakit di bahagian ibu jari tangan dan kadang kala di pergelangan tangan mereka. 

Ibu yang pernah mengalaminya saja akan tahu betapa sakit di bahagian tersebut terutama ketika mengangkat bayi.

Oleh sebab itu, seorang ibu Lynn Tham, juga seorang guru kecergasan pranatal dan postnatal berkongsi senaman ibu jari tangan yang dapat meringankan kesakitan yang dialami selepas bersalin ini. 

Ibu jari tangan sakit lepas bersalin – Apa itu “mommy thumb”? 

src=http://pic.pimg.tw/chris751201/4bc6e45952707.jpg Selalu Sakit Ibu Jari Lepas Bersalin? Ibu Boleh Amalkan 6 Senaman Ringan Ini

Mommy thumb” atau nama saintifiknya De Quervain’s tenosynovitis adalah keadaan yang menyakitkan pada ibu jari tangan. Ia akan bertambah sakit bila anda melakukan pergerakan jari

Namun begitu, penyebab sebenar kenapa berlakunya sakit di bahagian tersebut tidak diketahui secara jelas.

Tapi sebarang aktiviti yang bergantung kepada ibu jari tangan seperti bermain sukan atau mengngkat bayi boleh membuatnya bertambah parah. 

Gejala “mommy thumb” atau sakit ibu jari tangan lepas bersalin

  • Sakit berhampiran pangkal ibu jari tangan.
  • Bengkak berhampiran pangkal ibu jari tangan anda.
  • Kesukaran menggerakkan ibu jari dan pergelangan tangan apabila melakukan sesuatu seperti genggam dan cubit.

Nota : Jika rawatan ditangguhkan, ia boleh merebak ke bahagian bawah lengan atau kedua-duanya. Ia sekaligus membuatkan anda bertambah sakit. 

Berikut beberapa latihan dan senaman ibu jari tangan serta petua yang dicadang oleh Lynn

Menurut Lynn, ini adalah senaman ringan bagi menguji sama ada anda mengalami “mommy thumb” atau tidak. 

Senaman ibu jari tangan #1 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/senaman 1.jpg Selalu Sakit Ibu Jari Lepas Bersalin? Ibu Boleh Amalkan 6 Senaman Ringan Ini

  • Luruskan tangan anda ke hadapan. (Kedudukan anda seolah ingin menggoncang tangan seseorang).
  • Bengkok ibu jari tangan ke dalam dan membentuk seperti penumbuk. 
  • Kemudian, bawa tangan ke bawah seperti menyiram pokok bunga. Guna tangan yang satu lagi untuk menampung tangan yang membentuk penumbuk tadi hingga anda merasakan regangan pada ibu jari. 
  • Tahan selama 15 ke 30 saat. 
  • Ulang dua hingga empat kali sehari.

Senaman ibu jari tangan #2

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/senaman 2.jpg Selalu Sakit Ibu Jari Lepas Bersalin? Ibu Boleh Amalkan 6 Senaman Ringan Ini

  • Duduk dalam kedudukan yang selesa atas lantai atau kerusi. 
  • Tutup mata anda.
  • Regangkan rahang dan otot muka anda. Tegakkan tulang belakang dan duduk secara santai. 
  • Hembus nafas secara perlahan melalui hidung.
  • Depakan tangan ke sisi. 
  • Condongkan kepala ke kiri dan rasakan regangan antara leher dan bahu.
  • Gunakan tangan kiri untuk menarik kepala supaya lebih dekat ke bahu kiri.

Senaman ibu jari tangan #3

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/senaman 3.jpg Selalu Sakit Ibu Jari Lepas Bersalin? Ibu Boleh Amalkan 6 Senaman Ringan Ini

  • Buat lekungan pada salah satu tangan sama ada kiri atau kanan (boleh tukar-tukar)
  • Tahan regangan selama 30 saat kemudian terbalikkan (lihat gambar).
  • Sekali lagi, ambil tangan kanan dan tekan pada tangan kiri. 
  • Lakukan selama 30 saat dan tiga kali setiap satu. 

Senaman tangan #4 – Guna botol 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/senaman 4.jpg Selalu Sakit Ibu Jari Lepas Bersalin? Ibu Boleh Amalkan 6 Senaman Ringan Ini

  • Pegang botol secara tegak.
  • Kemudian pegang botol dengan ibu jari menunjuk ke atas atau cengkaman biasa.
  • Gerakkan pergelangan tangan ke atas dan bawah secara perlahan-lahan.
  • Lakukan selama 10 kali. 

Senaman tangan #5 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/senaman 5.jpg Selalu Sakit Ibu Jari Lepas Bersalin? Ibu Boleh Amalkan 6 Senaman Ringan Ini

  • Pegang botol secara melintang. 
  • Bermula dengan pergelangan tangan dan turun naik secara perlahan-lahan. 
  • Bolak balik ini dilakukan 10 kali. 

Senaman tangan No. 6 – Latihan regangan dengan getah 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/senaman 6.jpg Selalu Sakit Ibu Jari Lepas Bersalin? Ibu Boleh Amalkan 6 Senaman Ringan Ini

  • Ambil satu gelung getah kecil. 
  • Letakkan di sekeliling jari anda. Kemudian perlahan-lahan tutup semua jari. 
  • Setelah itu lakukan “tutup buka” jari sebanyak 10 kali.

Semoga bermanfaat untuk anda yang mengalami masalah ini. Kongsikan artikel ini di laman FB anda. 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Jaya. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.

Baca juga:

Satu Kesan Sampingan Mengandung Yang Tidak Hilang Sampai Bertahun-Tahun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!