Apabila Ibu Kemurungan, Kanak-kanak Boleh Cedera Dengan Tidak Sengaja

Share this article with other mums

Sebuah kajian telah dilakukan di UK dimana mereka mendapati kanak-kanak dibawah umur 5 tahun lebih cenderung untuk cedera jika ibu mereka menghadapi kemurungan atau keresahan (anxiety)

Sebuah kajian telah dilakukan di UK dimana mereka mendapati kanak-kanak dibawah umur 5 tahun lebih cenderung untuk cedera jika ibu mereka menghadapi kemurungan atau keresahan (anxiety).

200,000 kanak-kanak dan ibu mereka telah dikaji

Dalam kajian ini, Ruth Baker (seorang penulis), dan rakan-rakan sekerjanya, telah membuat analisis catatan hospital untuk 200,000 orang kanak-kanak. Mereka telah mengikuti kehidupan kanak-kanak ini dari bayi hingga mereka berumur 5 tahun.
Setiap kes kemurungan dan keresahan yang dilalui ibu-ibu mereka juga telah dikenalpasti dan dicatatkan dalam buku rekod setiap ibu. Senarai preskripsi ubat anti-depressants dan ubat untuk mengawal keresahan yang telah diberikan juga dicatatkan.

Keputusan kajian tersebut menunjukkan kadar keracunan kanak-kanak yang telah berlipat ganda, dimana ibu-ibu kanak-kanak tersebut mengalami kemurungan.

Mereka juga telah mendapati bahawa 1/4 daripada ibu-ibu yang dikaji, telah mengalami kemurungan atau keresahan lebih dari 1 kali, dan kecederaan yang tidak disengajakan adalah lebih tinggi semasa tempoh ini.

sumber gambar: nobodyaskedpodcast

Kemurungan dan keresahan Ibu adalah perkara biasa

Tetapi ia tidak bermakna ia sesuatu yang patut dipandang ringan. Cuba tengok nasib anak ini akibat kemurungan.

Seorang ibu yang menghadapi kemurungan tidak dapat berfungsi secara normal. Rumah mungkin akan berada dalam keadaan yang tidak terjaga. Benda-benda yang merbahaya, beracun atau tajam mungkin tidak akan disimpan dengan cara yang betul dan kadang-kala keadaan di rumah pun kurang selamat.
Oleh kerana ini, kanak-kanak kecil boleh bermain di kawasan berbahaya di rumah seperti tangga dan tingkap. Mereka boleh terminum cecair yang beracun atau bermain dengan benda-benda yang tajam.
Malangnya, banyak kecederaan seperti ini mungkin tidak dilaporkan. Ramai juga ibu yang mungkin mempunyai penyakit kemurungan tetapi tidak disahkan oleh doktor.
Seorang ibu yang menghadapi kemurungan bukan secara sengaja nak memudaratkan anak mereka. Sebenarnya, merekalah yang memerlukan pertolongan dari kami. Penyakit kemurungan perlu dikenalpasti dan diberikan diagnosis yang betul, sebelum rawatan dapat diberikan.

Sumber: Star2

Kesihatan