Ibu Hamil Tidak Boleh Buat Aktiviti Sebarangan, Ini Pantang Larang Mengandung Yang Anda Perlu Tahu

Jangan mengeluh untuk mengikut pantang larang semasa mengandung ini kerana kepentingan menjaga kesihatan tubuh ibu dan bayi adalah sangat penting selama sembilan bulan itu

“Eh.. eh Ecah, kau kan ibu mengandung. Ada pantang larang mengandung sebelum dan selepas bersalin tau kau kena tahu!”

Alamak terkedu sekejap. Biar betul ibu mengandung yang tengah sarat pun ada pantang larang yang perlu diikut? Ingatkan selepas bersalin saja yang ada.

Ha… jangan buat-buat tak tahu pula. Ibu hamil pun perlu ikut peraturan pantang larang demi memastikan kesihatan dan keselamatan diri malah juga bayi dalam kandungan. Ia harus dipatuhi sama ada sebelum dan selepas bersalin

Pantang larang di zaman nenek moyang dahulu diakui berkesan dan membuatkan wanita pada zaman dahulu lebih sihat dan cergas. Sebab itu, kita tidak boleh pandang sebelah mata pantang larang orang dulu-dulu ini. Jom kita tengok apakah pantang larang ibu mengandung mengikut trimester seperti yang dikongsikan di bawah ini:

Pantang larang mengandung di trimester pertama (1-3 bulan)

pantang larang mengandung

Kredit: iStock

Biasanya, ibu mengandung pada peringkat ini akan terkena morning sickness atau mual dan muntah-muntah. Ia sekaligus menyebabkan tubuh rasa kurang selesa.

Ini antara pantang-larang yang anda WAJIB IKUT ketika trimester pertama: 

  • Elakkan makanan yang meloyakan seperti susu dan makanan berlemak.
  • Jangan ambil makanan dan minuman yang menambah ketagihan seperti kopi, teh, milo, coklat,merokok, minuman beralkohol dan pengambilan dadah. 
  • Ubat yang meragukan harus dihentikan jika tiada kebenaran doktor seperti jamu. 
  • Hindari makan atau minum yang bersifat tajam, bimbang anda boleh mengalami keguguran. Antara makanan ini seperti ikan pari, air tebu, nenas, peria dan air kelapa muda.
  • Tidak digalakkan berjumpa dengan orang yang menghidap penyakit berjangkit. 
  • Ibu yang mengalami pendarahan ketika di awal kehamilan, kurangkan aktiviti lasak dan banyakkan rehat.

Baca juga: Kaki Bengkak Ketika Hamil, Ini Punca & Cara Mengatasinya

Pantang larang mengandung di trimester kedua (3 hingga 6 bulan)

Ibu Hamil Tidak Boleh Buat Aktiviti Sebarangan, Ini Pantang Larang Mengandung Yang Anda Perlu Tahu

Kredit: freepik.com

  • Stabil dari segi emosi dan fizikal.
  • Jika alami lenguh dan sengal bahagian pinggang. Itu adalah normal dan tidak serius. 
  • Senaman ringkas dan ringan boleh dilakukan supaya ibu lebih berstamina. 

Pantang larang mengandung di trimester ketiga (6 hingga 9 bulan) 

pantang larang mengandung

Kredit: iStock

Pada waktu ini, perut ibu mengandung semakin membesar dan bayi juga berkembang dengan sempurna. Antara pantang yang anda wajib ikut ialah:

  • Melakukan aktiviti ringan seperti berjalan-jalan dan menghirup udara segar.
  • Pengambilan air yang cukup supaya tubuh tidak terhidrat. Sekaligus, bekalan air ketuban akan sentiasa mencukupi.
  • Makan dalam jumlah kuantiti yang sedikit tapi kerap. Ia bertujuan mengelakkan ibu dari termuntah atas faktor kedudukan ruang perut yang semakin berisi.

Ada lagi tak pantang larang lain yang diamalkan untuk setiap trimester ini? Jangan lupa tinggalkannya di laman komen. Semoga bermanfaat! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sirap Limau

Baca juga: Membaca Buku Ketika Mengandung Boleh Lahirkan Anak Bijak?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!