Ibu Mengendong Berjaya Menghalang Dua Wanita Dari Menculik Anaknya

"Wanita itu gagal mengambil anak saya, kerana dia diikat dengan selamat dalam wrap. Saya telah menjerit meminta pertolongan pada masa itu, tetapi tidak ada orang yang mendengar saya."

Anak seorang ibu yang berumur 1 tahun hampir diculik seorang wanita asing, minggu lepas di West Palm Beach, Florida.

Anak ibu tersebut berada dalam wrap (diikat di belakang ibunya dengan kain gendong) apabila kejadian tersebut berlaku.  Ibu yang sedang memvakum keretanya ketika itu, terkejut apabila melihat seorang wanita berdiri dibelakangnya.

“Saya tidak nampak muka wanita itu kerana mukanya ditutup kain. Wanita itu telah cuba untuk menarik anak saya dari belakang,” kata ibu itu.

“Wanita itu gagal mengambil anak saya, kerana dia diikat dengan selamat dalam wrap.  Saya telah menjerit meminta pertolongan pada masa itu, tetapi tidak ada orang yang mendengar saya.” hujarnya lagi.

Ibu tersebut telah lawan balik dan apabila sedar cubaan untuk menculik anak itu gagal, wanita tersebut telah melarikan diri dengan sebuah kereta, yang dipandu oleh seorang perempuan lain. Pihak berkuasa sedang mencari kedua-dua wanita tersebut.

Mengendong anak kerana ia praktikal dan selamat

sumber: imgrum.club

Mungkin ramai yang berpendapat: buat apalah nak gendong anak, sedangkan mereka sudah pandai berjalan atau main sendirian. Tetapi mungkin ibubapa yang berpendapat demikian, mempunyai ahli keluarga lain atau pembantu yang boleh tolong jagakan anak mereka.

Sebenarnya, banyak diantara ibubapa yang tinggal di bandar terpaksa menjaga anak mereka secara bersendirian. Contohnya, bapa mungkin sibuk bekerja untuk menyara hidup keluarga, ibu pula suri rumah.

Kerja rumah yang kena disiapkan oleh ibu suri rumah, pun tak kurang banyaknya. Kerja rumah seperti memasak, mencuci, dan mengemas, sambil menjaga dan mendidik anak, bukan tugas yang senang.

Dengan mengendong anak, ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban si ibu. Apabila anda mengendong anak dengam mengunakan carrier atau wrap, kedua-dua tangan si ibu bebas untuk melakukan tugas.

Disebabkan anak selamat dalam wrap dan tangan ibu bebas, ibu mangsa berjaya melawan penculik yang cuba untuk mengambil anaknya.

Malang tidak berbau

Penyerang selalu suka mencari mangsa yang lemah, contohnya: warga tua, kanak-kanak dan ibu yang mendukung anak.

Saya bukan nak menyalahkan ibubapa yang tidak menjaga anak mereka sendiri.  Ada kalanya ibubapa mungkin terbawa-bawa atau perhatian mereka terganggu kerana sebab tertentu. Tiada ibubapa yang ingin perkara yang akan memudaratkan anak mereka.

sumber : Wrapsody

Apabila keluar berseorangan untuk menguruskan apa-apa, saya rasa ia adalah lebih selamat jika anak saya berada dalam dekapan saya.

Saya tidak perlu bimbang anak saya akan main dekat eskalator dan saya tidak perlu membazir masa, asyik kejar anak di tempat membeli-belah. Saya juga tidak perlu khuatir ada orang yang akan cuba untuk melarikan anak saya.

Ia bukan niat saya untuk menyekat kebebasan anak dengan mengendong mereka. Tetapi kita selalu membaca tentang berita anak kena culik dan sebagainya. Apabila suami ajak keluar bersama, memang kedua-dua anak saya dibiarkan berjalan bebas.

Saya akan jaga seorang, dan suami saya jaga yang seorang lagi. Babywearing memang banyak memudahkan segalanya, dan saya berpendapat ini adalah cara yang paling berkesan dan selamat untuk anak saya.