Ibu Mengandung 8 Bulan Maut Dilanggar Kereta Sendiri Yang Dimain Anaknya!
Ramai orang selalu mengambil senang kepentingan menggunakan brek tangan/pedal brake sebagai langkah keselamatan tambahan apabila memandu kereta automatik. Jom ketahui tentang keselamatan kereta apabila anak kita berada di dalamnya.
Shannon MacLeod seorang ibu yang mengandung lapan bulan, telah meninggal dunia apabila anaknya yang berumur 6 tahun telah melepaskan gear kereta dan dengan tidak sengaja melanggarnya.
Pada hari kejadian, Shannon sekeluarga sedang beriadah ditepi pantai. Shannon dikatakan sedang mengemaskan barang-barang di belakang kereta ketika mereka bersiap sedia untuk balik ke rumah.
Shannon telah dilanggar oleh keretanya sendiri, apabila ia bergerak ke belakang dengan tiba-tiba.
Pihak kecemasan bergegas ke tempat kejadian di Steilacoom, Washington, selepas mendapat berita seorang wanita hamil telah dilanggar kereta.
Apabila tiba disitu, mereka mendapati Shannon yang dihimpit di bawah kenderaannya telah mengalami kecederaan yang serius.
Sepasukan anggota bomba berjaya mengangkat kenderaan tersebut dan Shannon dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia semasa dalam perjalanan akibat kecederaan teruk.
Walaupun begitu, doktor di hospital berjaya menyelamatkan bayi Shannon melalui pembedahan kecemasan.
Ramai orang selalu mengambil mudah kepentingan menggunakan brek sebagai langkah keselamatan tambahan apabila memandu kereta automatik.
Malah ada yang membiarkan anak-anak mereka bermain dengan kereta tanpa pengawasan.
Tetapi kereta bukanlah mainan, dan kanak-kanak tidak patut dibiarkan bermain di dalam kereta seorangan, lebih-lebih lagi kalau enjin kereta itu masih hidup.
Jangan kita lupa yang anak-anak sangat pandai meniru dan sentiasa memerhati apa yang dilakukan oleh kita.
Sebenarnya, ia agak senang bagi kanak-kanak untuk menukar gear kereta.
Bayangkan senario ini: Jika anda mempunyai tabiat tidak menggunakan brek tangan, kereta itu dimatikan pada gear lain yang bukan P, kereta berada di jalan masuk rumah dengan cerun, dan anda lepaskan brek kaki.
Apa yang akan berlaku? Apa yang akan terjadi kalau ada anak kecil yang bermain di belakang kereta?
Kereta itu boleh bergerak ke belakang dan melanggar sesiapa sahaja yang berada di belakang kereta tersebut!
Memandangkan cuaca di Malaysia panas sepanjang tahun, saya pasti ada ibu bapa yang akan menghidupkan enjin kereta dahulu supaya penghawa dingin boleh menyejukkan kereta.
Jadi ini mungkin bukan sebab kecuaian tetapi lebih kepada gangguan lain yang mengalih perhatian ibu bapa untuk meninggalkan dan anak-anak mereka dalam kereta hidup tanpa pengawasan.
Jadi janganlah ambil senang tabiat tidak memasukkan gear ke P dan gunakan brek tambahan.
Langkah-langkah keselamatan lain untuk kereta automatik yang patut ibu ayah semua tahu adalah:
- kereta tidak boleh dimulakan jika gear tidak berada dalam P
- kunci kereta tidak boleh dikeluarkan kecuali gear berada dalam P
Sekurang-kurangnya jika brek tambahan digunakan, ia bertindak sebagai langkah keselamatan yang boleh menghidar dari berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Sumber: Mirror