''Ibu Masak Nasi Je, Lauk Belum Lagi, Lepas Tu Dia Mati,'' Kisah Sedih Anak Menyaksikan Ibu Meninggal Dunia

''Ibu Masak Nasi Je, Lauk Belum Lagi, Lepas Tu Dia Mati,'' Kisah Sedih Anak Menyaksikan Ibu Meninggal Dunia

Siapa sangka seorang ibu meninggal dunia ketika dia menyediakan makanan untuk keluarga. Difahamkan dia baru siap masak nasi dan ajalnya datang menjemput

Perkara yang paling menyedihkan dalam hidup adalah terpaksa menerima takdir ibu meninggal dunia. Mana tidaknya, insan inilah yang berjuang dari hari pertama mengandung 9 bulan sehinggalah proses membesarkan anak-anak tanpa pernah mengeluh.

Dalam hidup anak-anak, ibu ayahlah orang yang paling dipercayai dan akan disayangi sepenuh hati mereka. Namun, bahagia manapun sesebuah keluarga pastinya akan ada berakhir dengan airmata tatkala terpaksa menerima takdir ajal menjemputnya.

Kisah ibu meninggal dunia ketika menyediakan hidangan untuk keluarga

Berkongsi kisah yang menimpa arwah ibu saudaranya, Khairunnisa Hamzah tidak mungkin melupakan kejadian pahit berlaku pada tahun 2005 lalu.

''Ibu sempat masak nasi je. Lauk ibu tidak masak lagi. Selepas itu ibu mati.'' Itulah kata-kata yang keluar dari mulut anak arwah yang membuatkan tetamu datang ziarah keluarganya menangis teresak-esak.

kisah ibu meninggal dunia credit to sources

Setiap kali saya masak nasi, hati mesti berdebar-debar bertanyakan diri sendiri adakah masih ada waktu untuk aku masak lauknya?

Sebelum pemergian wanita berkenaan, Khairunnisa mengatakan bahawa ibu saudaranya yang dipanggil sebagai makcik, dalam keadaan sihat. Tiada apa-apa kecemasan, tetapi sebaik takdir memanggilnya pulang, pulanglah dia ketika usianya 39 tahun.

Ketika sudah selesai Hajinya.

Ketika sudah mendidik anak-anaknya dengan baik, no.1 dalam kelas setiap tahun.

Ketika dia sedang taat pada suami.

Ketika dia sudah menjelajah serata dunia.

Mengimbas kembali hari pemergiaannya dalam pukul 11 pagi, macam biasa makcik akan menelefon ibu saya dan mereka berborak bertanyakan juadah apa yang akan dimasak pada tengah hari itu.

Namun tatkala menerima panggilan dari suaminya pada jam 3 petang yang menyatakan makcik sudah tiada, mana ibu saya nak percaya!

Anak menjadi saksi pemergian ibunya

ibu mati sempat masak nasi credit to sources

Kemudian mereka terus ke rumah arwah. Kelihatan ambulans sudah sampai dan ibu masuk sekali dalam kenderaan tersebut. Ibu bantu gosok-gosokkan tapak kaki adiknya supaya darah mengalir semula.

Tapi Allah Maha Penyayang. Diambilnya makcik juga.

''Ibu makan buah oren. Lepas itu ibu sakit perut. Ibu naik atas dan ambil balm untuk sapu di bahagian perut. Lepas tu ibu mati.''

Apabila kami tanya dia sudah makan?

Lalu dia menjawab, ''Ibu sempat masak nasi sahaja. Lauk ibu tak masak lagi. Lepas tu dia dah mati.''

Allahuakbar. Al fatihah buat arwah makcik saya, Sabariah binti Mohd.

Andai kata hari ini kita kena masak untuk keluarga, masaklah dengan ikhlas dan gembira kerana ia mungkin akan menjadi kali terakhir mereka merasakan air tangan kita.

Amalan anak-anak untuk ibu ayah yang pergi menghadap Ilahi

Setiap yang hidup pastinya akan merasai mati. Ia tetap datang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur apabila dijemput oleh Allah SWT bertemunya di alam barzakh.

Jadi sebagai anak, apakah hadiah dan bantuan terbaik yang dapat anda berikan sebagai tanda kasih sayang terhadap kedua ibu bapa?

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, ada seorang sahabat Nabi SAW bertanyakan apakah jasa yang boleh dilakukan sebaik ibu bapa meninggal dunia:

''Sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapa kamu.”

ibu meninggal dunia selepas masak nasi credit to sources

Lelaki yang bertanya tadi masih tidak faham akan jawapan yang di berikan oleh Rasulullah SAW, lantas dia meminta baginda menerangkan sekali lagi.

Rasulullah SAW  tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda yang bermaksud:

“Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu:

  • Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.
  • Ilmu yang dimanfaatkan 
  • Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.''

Berdasarkan hadis di atas, terdapat beberapa amalan lain boleh dilakukan oleh seorang anak setelah orang tuanya meninggal dunia iaitu:

  • Sembahyangkan untuk mereka
  • Mohon keampunan untuk mereka
  • Laksanakan wasiat yang telah mereka tinggalkan.
  • Eratkanlah silaturrahim dengan orang-orang yang mereka lakukan
  • Muliakanlah teman-teman mereka
  • Doakan kepada mereka. (Setiap kali selepas solat fardhu untuk memohon keampunan dosa-dosa ibu ayah)
  • Banyakkan sedekah jariah niatkan untuk mereka
  • Sentiasa sedekahkan al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka.

Sumber: Khairunnisa Hamzah, Indahnya ayat-ayat al quran

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner