Ibu menyusu yang makan pedas ada anak yang kurang cerewet makan!

lead image

Ada yang kata ibu menyusu makan pedas akan bawa kesan buruk pada anak. Tapi kajian ini mendapati jika ibu menyusu makan pedas, anak akan kurang cerewet! Kenapa ya?

Jika anda tertanya-tanya sama ada boleh ke ibu menyusu makan pedas, anda tidak perlu ragu-ragu lagi.

Walaupun terdapat perkongsian yang mengatakan anda tidak patut makan makanan pedas, namun pakar berpendapat sebaliknya!

Dr. Jennifer Wider, merupakan penasihat perubatan untuk Society for Women’s Health Research. Beliau berkata tiada bukti saintifik yang mengatakan ibu menyusu makan pedas akan menyebabkan kesan buruk pada bayi mereka.

Malah ibu menyusu makan pedas mampu membantu ada anak yang kurang cerewet makan!

Merangsang deria rasa bayi apabila ibu menyusu makan pedas

Sebenarnya, menurut Dr. Jennifer, diet ibu menyusu akan menyumbang kepada bagaimana jenis pemakan anak mereka nanti.

Ibu menyusu yang makanan pelbagai jenis makanan termasuk makanan pedas akan membantu merangsang deria rasa bayi mereka.

pedas 2 Ibu menyusu yang makan pedas ada anak yang kurang cerewet makan!

Susu ibu bukanlah terus datang dari sistem pencernaan seseorang ibu itu. Tetapi ia melalui darahnya.

Ini bermakna, jika ibu itu makan sayur yang berangin, nutrien sayur tersebut akan diserap ke dalam susu namun bahagian berangin itu tidak akan memberi kesan kepada bayi.

Sama juga seperti kes ibu menyusu makan pedas.

National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases menyatakan secara purata, seorang ibu memerlukan 4 hingga 6 jam untuk memproses susu ibu.

Namun badan ibu boleh mempercepatkan dan memperlahankan proses ini.

Memecahkan makanan apabila ibu menyusu makan pedas 

Selepas badan ibu memecahkan makanan kepada protein, lemak, karbohidrat, mineral dan air, sebahagian dari komponen ini akan pergi ke tempat lain.

Sistem saluran badan akan menghantar nutrien-nutrien ini ke kelenjar mamari dengan molekul rasa dan bau.

pedas 1 Ibu menyusu yang makan pedas ada anak yang kurang cerewet makan!

Mereka kurang cerewet

Proses yang sama juga terjadi ketika kehamilan. Semasa bayi berada dalam rahim ibu, mereka menyerap nutrien dari makanan yang ibu makan.

Jadi, jika ibu menyusu makan pedas, mereka hanya akan merasa satu rasa yang lebih kuat, itu menurut kata Dr. Paula Meier, seorang profesor paedeatrik di Rush University Medical Centre.

Bayi akan merasa pelbagai rasa jika ibu menyusu makan pedas

Lucy Cooke, seorang penyelidik di University College London, menyokong penemuan ini.

Menurutnya, bayi menyusu badan kurang cerewet kerana mereka telah merasa pelbagai jenis rasa di usia muda.

Ibu menyusu digalakkan makan pelbagai rasa bagi meransang deria rasa bayi mereka dan membantu bayi mereka untuk tidak cerewet makan.

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore, dailymail

Kredit gambar: tesco-baby.ie

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

7 tanda bayi anda mungkin telah terlebih minum susu (over feed)!