Tak datang haid lama ketika menyusu, adakah ia satu tanda bahaya?

lead image

Pernah tak anda berhadapan dengan situasi begini di mana selepas bersalin, kelewatan haid menjadi persoalan yang sering membelenggu diri.

Anda mesti selalu dengar ibu menyusu tidak datang haid. Malah ada yang lewat beberapa bulan dan ada juga yang sampai ‘makan’ bertahun. Dalam hati pasti ada terdetik,

Alamak tak subur ke aku ini? Macam mana kalau tiba-tiba mengandung? 

Inilah apa yang akan terjadi pada mereka yang bergelar ibu. Namun, situasi ibu menyusu tidak datang haid ini sebenarnya adalah normal. 

Tapi, bagaimana pula jika haid datang lebih awal selepas bersalin? Adakah ia akan menjejaskan bekalan susu? 

Untuk tidak melengahkan pembacaan anda, hari ini, kami kumpulkan beberapa persoalan tentang isu ibu menyusu tidak datang haid. Semoga info di bawah dapat membantu ibu-ibu menyusu yang musykil.

Ibu menyusu tidak datang haid, ini apa yang anda perlu tahu 

#1 Adakah penyusuan menghalang kedatangan haid? 

Ibu menyusu tidak datang haid, ibu menyusu tak datang haid, ibu menyusu tak period, ibu menyusu tidak datang bulan, menyusu, haid, darah haid, ibu tak datang haid, ibu tidak datang haid, ibu tak datang bulan, wanita subur, kesuburan wanita, tahap kesuburan wanita selepas bersalin, tak datang bulan selepas bersalin, tak datang haid selepas melahirkan anak, tak datang bulan, punca lambat haid, punca haid lewat, darah kotor

Kredit: Genki Momma

Selepas melahirkan zuriat, secara semula jadinya, ibu akan melengkapi kehidupan bayi kecil dengan menyusu. 

Situasi ibu menyusu tidak datang haid terjadi kerana hormon membantu badan menghasilkan susu yang mencukupi sehingga habis tempoh penyusuan bayi. 

Hormon yang menjalankan tugas ini dikenali sebagai hormon Prolaktin. 

Hormon ini juga berperanan dalam menangguhkan haid seseorang wanita. Sebab itu, apabila berlakunya penyusuan, hormon tersebut berada pada paras tinggi lalu menghalang kedatangan haid. 

#2 Tapi kenapa ada ibu yang datang haid cepat?

Ada sebilangan ibu yang datang haid cepat kerana selepas bersalin, berlakunya pengurangan bekalan susu, bayi sudah mula makan atau si kecil tidak menyusu di waktu malam.

Oleh sebab itu, menstruasi lewat boleh dikaitkan dengan penyusuan yang berterusan, bayi kerap menyusu dan ibu sentiasa mengikut jadual mengepam susu yang betul

#3 Bila haid pertama selepas bersalin akan datang?

cara mencegah kehamilan, cara mencegah kehamilan setelah berhubungan, cara mencegah kehamilan menurut islam, cara mencegah kehamilan tanpa ubat, cara mencegah kehamilan setelah sperma masuk, cara cegah hamil, cara cegah mengandung, cara elak mengandung, cara elak hamil, cara cegah hamil tradisional, cara cegah hamil setelah berhubungan, cara cegah hamil semulajadi, cara cegah hamil selepas pancut dalam, kaedah penyusuan sebagai perancang kehamilan, menyusu sebagai perancang keluarga, mengandung ketika menyusu, menyusu dan pil perancang, pil perancang dan menyusu, kaedah perancang keluarga untuk ibu menyusu, pil perancang boleh keringkan susu, pil perancang mana sesuai untu ibu menyusu, pil perancang semasa menyusu, pil perancang ketika menyusu, pil perancang untuk ibu menyusu, pil perancang ketika menyusu, pil perancang ketika menyusu badan, pil perancang menyusu, pil perancang menyusu badan, pil perancang ibu menyusu, pil perancang semasa menyusu, pil perancang untuk menyusu badan

Biasanya, sebelum haid, tubuh akan mengalami kekejangan atau gejala PMS. Anda mungkin akan merasainya dalam masa seminggu atau sebulan sebelum tibanya darah haid. 

Jika keadaan tersebut berlaku, bersedialah, kitaran haid anda bakal bermula. Namun, jika berlakunya pendarahan, warna darah akan kelihatan sedikit merah gelap dan berbeza dengan haid. 

Sebaiknya anda sentiasa menukar lampin wanita bagi mengelak jangkitan.

Akan tetapi jika ada rasa aliran darah yang keluar itu luar biasa dari sebelumnya beserta dengan kesakitan, segera dapatkan nasihat pakar sakit puan untuk kesahihan. 

#4 Adakah haid akan menjejaskan penyusuan saya? 

Dalam tempoh haid, anda mungkin tak dapat mengesan apa-apa perubahan tapi sebilangan ibu akan mengalami perubahan seperti berikut: 

  • Kelembutan puting semasa tempoh menyusu atau ketika ovulasi. 
  • Penurunan bekalan susu dalam beberapa hari sama ada sebelum atau semasa haid. 
  • Selepas menyusu, bayi kerap mengantuk 
  • Bayi sering rasa lapar kerana penurunan bekalan susu 

Sekiranya anda melihat perubahan ini, jangan risau. Ia berlaku disebabkan tahap hormon yang berubah-ubah.

#5 Patut tak saya cerai susu dengan bayi setelah datang haid?

Apabila ibu mula datang haid semasa menyusu, mereka sering fikir untuk menghentikan penyusuan.

Sebenarnya, ia tak patut berlaku kerana bayi anda masih belum cukup enam bulan. Sedangkan tempoh penyusuan yang terbaik adalah selama dua tahun! 

Tempoh haid tidak mendatangkan kemudaratan pada anda atau bayi yang menyusu. Bahkan, khasiat susu tetap sama bezanya, hanyalah bekalan sedikit menurun. 

Langkah terbaik adalah dengan menguruskan stok susu ibu sepanjang tempoh tersebut supaya ia mencukupi untuk bayi. 

#6 Adakah bekalan susu akan menurun setelah haid? 

Ibu menyusu tidak datang haid, ibu menyusu tak datang haid, ibu menyusu tak period, ibu menyusu tidak datang bulan, menyusu, haid, darah haid, ibu tak datang haid, ibu tidak datang haid, ibu tak datang bulan, wanita subur, kesuburan wanita, tahap kesuburan wanita selepas bersalin, tak datang bulan selepas bersalin, tak datang haid selepas melahirkan anak, tak datang bulan, punca lambat haid, punca haid lewat, darah kotor

Kredit: Harian Metro

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, anda akan melihat kekurangan dalam bekalan susu semasa tempoh haid. Tetapi, ia boleh diurus dengan mengamalkan suplemen semula jadi atau milk booster.

Selain itu, banyakkan diet yang kaya dengan karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral. 

Malah, tidak ada salahnya jika anda makan lebih sedikit dan gabungkan 500 kalori tambahan setiap hari bagi ibu yang menyusu bayi. Anda juga boleh menambahkan makanan penggalak susu ibu dalam diet seharian.

Persediaan terhadap bekalan susu badan 

  • Sebagai persediaan, pam dan simpan susu ibu terlebih dahulu. 
  • Terdapat dua cara untuk mengumpul susu ibu. Pertama melalui penggunaan pam susu. Kedua, manual guna tangan
  • Sejuk dan bekukan dengan betul. Melainkan anda terus menyusukan bayi dengan segera. 

Sebagai alternatif, jika anda tidak dapat membekukan susu segar dengan segera, pastikan ia disimpan di tempat yang sejuk.

Susu yang baru diperah, kemudian disimpan pada suhu bilik boleh tahan selama empat hingga enam jam.

#7 Adakah saya akan mengandung jika masih menyusu? 

Banyak mitos kehamilan mengatakan menyusu adalah salah satu kaedah mengawal kelahiran berikutnya. Namun pakar menyatakan sebaliknya

Dr Priyanka Mehta, pakar sakit puan di New Delhi menjelaskan 

“Penyusuan boleh menundakan haid. Tapi ia tidak menjamin anda bebas risiko untuk hamil lagi,” katanya. 

#8 Bagaimana saya boleh elak hamil ketika menyusu?

Ibu menyusu tidak datang haid, ibu menyusu tak datang haid, ibu menyusu tak period, ibu menyusu tidak datang bulan, menyusu, haid, darah haid, ibu tak datang haid, ibu tidak datang haid, ibu tak datang bulan, wanita subur, kesuburan wanita, tahap kesuburan wanita selepas bersalin, tak datang bulan selepas bersalin, tak datang haid selepas melahirkan anak, tak datang bulan, punca lambat haid, punca haid lewat, darah kotor

Kredit: Sirap limau

Oleh itu, apakah cara yang wajar dilakukan supaya dapat mengelak kehamilan dari berlaku? 

  • Pastikan bayi anda sentiasa menyusu
  • Dapatkan pil mini yang wajib dimakan untuk mengelak kehamilan
  • Jangan beri susu formula pada bayi
  • Tidak ‘ceraikan’ susu badan dengan bayi 
  • Menyusukan bayi secara berbaring 
  • Sentiasa memastikan bayi menyusu dengan betul 

Hal ini bukan hanya mengurangkan risiko kehamilan, tetapi haid anda juga boleh tertunda sehingga 14 bulan. 

Namun begitu, setiap ibu mempunyai kondisi tubuh yang berbeza dari yang lain. Dengar isyarat badan anda, perhatikan perubahan fizikal dan psikologi.

Dapatkan maklumat tentang tahap kesihatan anda dengan sewajarnya. Luaskan artikel ini bersama rakan anda yang lain. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Deepshikha Punj. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga

Period tapi positif mengandung?!! Ini 3 sebab kenapa anda period tapi hamil…