Ibu Muda Anak 5 Meninggal Selepas Doktor Gagal Membuat Diagnosis Awal Kanser Payudara

Share this article with other mums

Seorang ibu muda kepada lima orang anak, Melanie Bray, meninggal dunia akibat kanser payudara terminal selepas doktor gagal membuat diagnosis awal yang betul pada 2010.

Melanie Bray merupakan seorang ibu kepada 5 orang anak. Pada bulan Mac yang lalu, ketika  usia semuda 33 tahun, Melanie meninggal dunia selepas tewas bertarung dengan kanser payudara.

Yang menyebabkan kematian Melanie ini menjadi tragis adalah dia sebenarnya sudah mengetahui ada sesuatu yang tidak kena pada payudaranya seawal tahun 2010, tetapi doktor telah menafikannya.

Kegagalan Doktor Memberikan Diagnosis Tepat Tentang Keadaan Payudaranya

Pada tahun itu, dia dapat merasai ketulan pada payudaranya. Berasa tidak sedap hati dengan keadaan itu, dia pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Dua pemeriksaan telah dibuat dan kedua-dua doktor yang memeriksanya meminta dia pulang, menyatakan semuanya baik belaka.

melanie bray died of terminal cancer

Source: Dailymail.co.uk

Doktor menyatakan yang, pada usia semuda itu (27 tahun pada 2010) dan tanpa sebarang rekod keluarga yang mempunyai kanser, tidak mungkin ketulan itu adalah kanser. Doktor hanya menyatakan yang ia hanyalah simptom daripada proses menyusu lima orang anaknya.

Pemeriksaan Berulang Kali pada 2013 Akhirnya Mengesahkan Kanser Payudara

Melanie Bray tidak mampu untuk tidak menghiraukan ketulan di dadanya. Malah, pada tahun 2013, dia sekali lagi pergi ke hospital untuk mendapatkan semula pemeriksaan doktor. Kali ini, dia mengesan lagi satu ketulan pada sebelah lagi payudaranya.

Pada tahun itu, selepas terdapat dua ketulan pada kedua-dua payudaranya, barulah doktor mengesahkan apa yang ditakuti oleh Melanie selama ini. Dia akhirnya disahkan positif  HER2-kanser payudara.

Yang lebih menyedihkan adalah kanser jenis ini adalah kanser terminal yang serius yang membawa kepada maut.

Melanie, Ibu kepada Lima Orang Anak, Bertarung Kanser Terminal

Menurut doktor yang merawatnya, kanser yang dihadapi oleh Melanie bukanlah sejenis kanser yang diwarisi secara keturunan.

Melanie Bray wrong cancer diagnosis

Source: Babyology.com.au

Jadi, pada 2013, ketika mempunyai lima orang anak – Shona (18 tahun), Caitlin (14 tahun), Chloe (14 tahun), Harley (11 tahun), Elisa (9 tahun) – Melanie bertarung dengan kanser terminalnya itu.

“Dia sangat tabah dan sangat menerima keadaan dirinya. Dia tabah untuk anak-anaknya. Sepanjang tempoh dia sakit, saya hanya nampak dia menangis tiga kali sahaja,” kata ibu Melanie, Janet Willoughby.

Melanie menghabiskan baki hari-harinya dengan mengadakan kempen kesedaran tentang kanser payudara.  Kempen itu menggalakkan para wanita di luar sana untuk terus berusaha mendapatkan diagnosis yang betul sekiranya mereka benar-benar rasa yang ada sesuatu tidak kena pada payudara mereka, walaupun diagnosis doktor menyatakan yang sebaliknya.

Malah, ketika berkempen, dia masih sempat mengumpul dana sebanyak USD20,000 untuk para pesakit kanser yang lain.

Para Wanita Sekalian, Kenali Badan Anda dan Buat Pemeriksaan Doktor jika Anda Rasa Ada yang Tidak Kena

So, my dear ladies, jika ada hari-hari yang anda rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan badan anda, seperti contohnya di bahagian payudara, segeralah buat pemeriksaan doktor.

Jangan mengabaikannya. Malah, jika diagnosis doktor pada pemeriksaan pertama atau kedua tidak memuaskan hati anda, dapatkan beberapa pendapat yang lain dari doktor yang berlainan.

Melihat kepada situasi malang yang berlaku kepada anaknya apabila doktor gagal memberikan diagnosis yang betul kepada Melanie, Janet menyatakan:

“Melanie tahu! Dia tahu ada benda yang tidak kena pada badannya, tetapi mereka (doktor) tidak mahu mendengarnya. Jangan sesekali abaikan perkara itu. Jika anda tidak gembira dengan diagnosis anda, pergi semula. Pergi semula dan berulang kali. Teruskan untuk mendapatkan jawapan yang sebenar dari doktor anda!”

Bahasa Melayu Berita In the news Kesihatan