Ibu Sayu Tengok Anak Terpaksa Tidur Atas Tikar Di R&R, Terpaksa Keluar Dari Rumah Sewa

Rezeki halal memerlukan usaha dan pengorbanan. Seperti kisah dikongsi seorang ibu ini, dia berasa sayu melihat anaknya yang tidak berkira

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun beralaskan tikar cuma, dan berbumbungkan langit di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Pulau Pinang, kelihatan tiga beradik tidur nyenyak di sebelah sebuah kereta uzur setelah kepenatan mencari rezeki halal.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Viral video ibu cari rezeki halal ditemani oleh anak-anaknya
  • Ujian dalam mendapatkan rezeki halal
  • Tidak rugi membantu mereka yang sedang mencari rezeki
  • Masih ramai rakyat Malaysia yang bersusah-payah

Baru-baru ini, tularnya sebuah video dari ibu kepada tiga beradik tersebut yang menyatakan kesedihannya melihat anak-anaknya tidur sekadar beralas tikar di tempat awam.

Viral video ibu cari rezeki halal ditemani oleh anak-anaknya

Dalam keterangan ibu tersebut, Nurulhafifa, 32, dia telah meminta maaf kepada cahaya-cahaya matanya, “Ya Allah, ya Tuhanku, kasihan pada anak-anakku along, angah dan adik. Mama minta maaf sebab tak dapat nak bagi anak-anak mama tidur dengan selesa.”

Nurulhafifa yang tidak sangka video kenangan tentang kesusahan mencari rezeki halal bersama anak-anaknya akan tular.

Nurulhafifa mendedahkan bahawa dia sekeluarga telah keluar dari rumah sewa sejak empat bulan yang lepas setelah mereka tidak mampu lagi menampung tunggakan rumah sewa selama lima bulan, termasuklah tunggakan bil eletrik dan air selama setahun yang berjumlah kira-kira RM4,000.

Oleh itu, dia sekeluarga mula menjadikan kawasan R&R tersebut sebagai tempat berteduh, dan bukanlah sekadar tempat persinggahan.

Kadang-kala, mereka sekeluarga juga akan berehat dan tidur di R&R Gurun, seraya mencari rezeki halal di tempat tersebut.

Ujian dalam mendapatkan rezeki halal

Menyayat hati, Nurulhafifa pernah menjadi seorang ibu tunggal selama 11 tahun sebelum berkahwin dengan mekanik berusia 38 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun begitu, suami Nurulhafifa tidaklah menjana pendapatan yang stabil, terutamanya di musim Covid-19 di mana bengkel suaminya terpaksa ditutup.

Sejak dari itu, mereka telah beralih kepada penjualan tisu, dari Pulau Pinang hinggalah ke R&R Sungai Buloh, dan pergi dari kereta ke kereta meminta tolong mereka membeli tisu supaya mereka boleh menampung kos minyak dan tol.

Nurulhafifa juga berkongsi bahawa dia pernah berniaga di gerai menjual air balang dan buah potong, namun ekoran pandemik Covid-19, sumber pendapatannya dari ini juga terjejas.

Terlalu banyak kerja yang telah dialami oleh Nurulhafifa sekeluarga: menjadi penghantar menggunakan kereta wira uzur yang dipinjam oleh abang ipar, manakala si suami mengumpul tin-tin kosong untuk dijual dan dikitar semula.

Tidak rugi membantu mereka yang sedang mencari rezeki 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lantaran tularnya video Nurulhafifa yang dimuatnaik sebelum ini pada Jumaat malam dengan lebih 1.4 juta tontonan, ramai pihak yang tampil untuk memberi bantuan.

Seorang pengusaha butik, Nazuha M Ariffin, 31 ialah salah seorang yang berbaik hati ingin membantu Nurulhafifa sekeluarga. Beliau telah menemui Nurulhafifa di R&R Bagan Ajam di Butterworth, Pulau Pinang pada Sabtu lalu, dan telah membawa keluarga tersebut membeli barang keperluan.

Tambah Nurulhafifa, ada juga yang telah membantu mereka membayar tunggakan rumah sewa berserta tunggakan bil eletrik dan air, membolehkan keluarga itu kembali tinggal dalam rumah sewa tersebut.

Kini, Nurulhafifa tidak lagi menjual tisu tetapi dia dan suami mula mencari kotak dan tin buruk untuk dijual di kedai besi buruk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dua dari tiga anak Nurulhafifa juga telah masuk ke sekolah tahfiz atas bantuan seorang ustaz. Nurulhafifa juga kini sedang berusaha untuk kembali berniaga tetapi sedang mencari modal. Kami berharap urusan Nurulhafifa dipermudahkan!

Masih ramai rakyat Malaysia yang bersusah-payah

Berkaitan dengan isu kepayahan hidup yang kian menular di Malaysia kini, sebagai rakyat Malaysia, kita semua perlu sentiasa membantu satu sama lain. Kalau kita tidak tolong sesama kita, siapa lagi yang hendak bantu?

Terutamanya dengan musim hujan dan bencana alam banjir yang kerap kali berlaku pada tahun ini. Pada awal tahun, Malaysia sudah digemparkan dengan berita banjir teruk di kawasan Shah Alam, tidak termasuk kawasan-kawasan di negeri lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kini, pada bulan Mac ini, banjir teruk sekali lagi tiba di negeri sebelah Pantai Timur, terutamanya di Terengganu di mana lumpur-lumpur mencecah hingga ke atap rumah! Oleh itu, ringankanlah beban mereka yang kesusahan dengan membantu mereka dari segi fizikal, atau dari segi kewangan.

Terdapat banyak tabung bantuan yang diwujudkan, termasuklah tabung-tabung bagi setiap negeri jadi anda boleh memberi bantuan dengan mudah.

Jadi, sekiranya anda mendapati ada rakyat yang kesusahan dan memerlukan bantuan, janganlah kita terus menilai kerana kita tidak tahu bagaimana mereka bersusah payah mencari rezeki halal, dan juga bersusah untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Budak Miskin Gigih Siapkan Kerja Sekolah, Sambil Jual Kuntuman Bunga Di Atas Jejantas

Baca juga: Anak Sanggup Berhujan & Berpanas Teman Ayah Jual Aiskrim, Tertidur Kerana Kesejukan

Baca juga: Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain- Ini Tips Ajar Anak Bantu Orang Susah Sejak Kecil 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan