6 Ibu Selebriti Malaysia Yang Dicontohi

Selebriti Malaysia bukan sekadar muka yang cantik. Generasi selebriti sekarang haruslah menjadi contoh yang baik. Ibu-ibu selebriti di Malaysia pula, adalah rajin, cantik, dan selalu mementingkan keluarganya.

#1 Scha Al-Yahya

 

"turning too soon"

A photo posted by Scha Alyahya (@schaalyahya) on


Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (33 tahun) atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara serta peragawati di Malaysia.

Beliau terkenal melalui lakonannya sebagai Dania di Awan Dania. Beliau kemudiannya mengahwini Awal Ashaari di tahun 2012 dan dikurniakan anak perempuan bernama Lara Alana di tahun 2014 yang menjadi selebriti di Instagram dengan 2 juta mengikut.

#2 Vivy Yusof

 

Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin from us. #exceptformariam #thatonemaybetakikhlas

A photo posted by Vivy Yusof (@vivyyusof) on


Vivy Sofinas Yusof atau lebih kenali sebagai Vivy Yusof yang memiliki jenama Fashion Valet.net; kedai online yang menjadi hab pereka- pereka tempatan serta jenama skarfnya; dUck yang sering habis dijual. Beliau juga adalah ibu kepada satu anak lelaki (Daniel) dan anak perempuan (Mariam).

Beliau sangat mengagumkan kerana berjaya menjadi graduan jurusan undang-undang di London School of Economic di UK, Berjaya dalam bidang perniagaan selepas mengharungi pelbagai dugaan kerana beliau tidak berpengalaman dan juga membesarkan kedua-dua anaknya.

#3 Elizabeth Lee Shen-Lyn

 

Thank you all for coming to my ONE-derland party filled with ONE-derful people! #BlakeAzalee #turns #one

A photo posted by Elizabeth Lee Yong (@elizabethshenlyn) on


Walaupun Elizabeth Lee adalah warganegara Australia, beliau sangat aktif di Malaysia selepas mengahwini suaminya Benjamin Yong, ahli perniagaan yang memiliki BIG Group yang terdiri daripada ben’s, BIG Grocer, Plan B, dan sebagainya. Beliau juga memiliki perniagaan aksesori dengan kakaknya Lee Shen-Tel yang berjenama Bowerhaus.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Blake Azalee – Yong di tahun 2015. Blake juga menjadi model bayi untuk cekak rambut berjenama Sereni & Shentel yang dimiliki oleh kakaknya. Walaupun Blake tidak memiliki akaun Instagram, ibunya sering memuat naik gambar anaknya yang comel dan putih gebu.

#4 Lee Shen-Tel

 

You are my sunshine.

A photo posted by shen-tel lee (@shentel) on


Kakak kepada Elizabeth Lee, beliau juga adalah warganegara Australia tetapi menetap di Kuching, Sarawak bersama suaminya; Bobby Ting, seorang ahli perniagaan dalam bidang hartanah.

Selain perniagaan aksesori Bowerhaus degan adiknya, beliau juga adalah pereka cekak rambut bersama kawan baiknya, Sereni Linggi berjenama Sereni & Shentel. Beliau menjalani rawatan IVF untuk kedua-dua anak lelakinya; Benjamin dan Kingston Ting. Shen –Tel amat dicontohi kerana beliau mampu berkerja pelbagai kerjaan sambil membesarkan kedua anak beliau.

#5 Rozita Che Wan

 

#aaisyahdhiaranatour #cordoba #spain #zsrcwtour #2016 Photoby @qmlrl

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta adalah pelakon dan duta pelbagai produk. Anak perempuannya dengan pelakon Zain Saidin; Aaisyah Dhia Rana sering menjadi tumpuan kerana kecomelannya bergayakan jenama jenama seperti beg Chanel, baju Stella McCartney, Dolce Gabbana, kasut boots Marc Jacobs dan lain lain.

Selain itu, kedua-dua akaun Instagram peminat Aaisyah juga mendapat 158 ribu pengikut dan 201 pengikut masing masing. Beliau adalah ibu yang dicontohi kerana beliau sangat berjaya dalam perniagaan beliau dan membesarkan anak-anak beliau.

#6 Marion Caunter

 

That was the best we could manage for our family picture! Selamat Hari Raya!

A photo posted by marioncaunter (@marioncaunter) on


Beliau adalah sangat popular sebagai hos tv dalam program “Biggest Loser Asia Season 2” dan “E! News Asia” dan isteri kepada SM Nasaruddin; Pengerusi Naza Group of Companies. Beliau adalah ibu kepada 3 anak; 2 anak perempuan bernama Leia Rose dan Lana Rose and seorang anak lelaki.

Beliau adalah ibu tercontoh kerana beliau memainkan peranan yang sangat aktif dalam dunia ketiga-tiga anak beliau. Beliau juga sangat mementingkan keluarga dari akaun Instagram beliau yang diikuti oleh 335 ribu orang.