Ibu tikam anak usia 6 tahun kerana anaknya dikatakan layak dibunuh??!!

lead image

Ibu tikam anak ini dijumpai sedang baring di atas katil bersama anaknya yang lain dengan badan berlumuran darah selepas menikam anaknya.

Baru-baru ini berita mengenai ibu tikam anak telah tular di sosial media dan berita antarabangsa. Apa yang menyebabkan ibu ini melakukan perkara sedemikian dan mengapa dia mengatakan yang anaknya layak untuk ditikam?

Bagaimana seorang ibu boleh tergamak tikam anak sendiri?

Ibu tikam anak: Kenapa ia berlaku?

Nemoria Villagomez dituduh menikam anaknya yang berumur 6 tahun dengan kejam di rumahnya sendiri. Bayangkan perasaan jiran Nemoria apabila mereka menemui anak jiran mereka yang berumur 6 tahun merayu meminta bantuan mereka.

Menurut laporan, budak lelaki tersebut yang basah dengan darah dan luka gara-gara ditikam beberapa kali, pergi ke rumah jirannya untuk mendapatkan bantuan dan mengatakan yang ibunya cuba untuk bunuh dirinya.

Jiran tersebut terus menelefon polis dan memastikan budak tersebut selamat sehingga polis sampai.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/06/nemoria lead.jpg Ibu tikam anak usia 6 tahun kerana anaknya dikatakan layak dibunuh??!!

Budak itu kemudiannya dikejarkan ke hospital berhampiran dan dipindahkan ke hospital yang lain apabila mereka menyedari yang budak lelaki tersebut mempunyai kecederaan yang boleh meragut nyawa.

Kejadian ngeri ibu tikam anak ini berlaku di Oregon A.S. Orang ramai tertanya-tanya mengapa ibu ini ingin membunuh anaknya sendiri.

Ibu tikam anak: Polis dakwa atas kesalahan serang dan cubaan membunuh

Pihak berkuasa telah menahan ibu tikam anak sendiri itu dan dia didakwa atas dakwaan menyerang dan cubaan membunuh.

Mereka menemui Nemoria sedang berbaring di atas katil bersama anak lelakinya yang berusia 14 bulan dengan darah di lengan, kaki dan tangan.

Suspek juga cuba untuk mencekik anaknya dan memaksa anaknya untuk makan dadah methamphetamine, kata pihak berkuasa.

Ibu itu juga mengaku telah mencederakan anaknya yang berusia 6 tahun dan mengatakan yang anaknya “layak ditikam”. Polis belum menemui motif perbuatan suspek ini.

Budak berusia 6 tahun tersebut telah diisytiharkan berada dalam keadaan stabil dan kini dalam proses penyembuhan. Dia ditempatkan di jagaan kerajaan selepas kejadian ini.

Suspek sebelum ini pernah dijatuh hukuman penjara atas tuduhan serangan darjah keempat dan dihukum penjara selama 30 hari pada tahun 2016. Kini, suspek ditahan di Penjara Lincoln County dengan jaminan sebanyak 1.1 juta dolar (RM 4.4 juta).

Walaupun kejadian ini berlaku jauh dari kita, ketagihan dadah (ibu ini disuspek mempunyai ketagihan dadah) boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

Banyak kejadian yang kita dengar tentang penagih dadah bertindak kasar hingga membunuh di berita-berita dalam negara.

Jadi jika anda kenal sesiapa yang mempunyai masalah dadah, tolong hubungi pihak berkuasa untuk mereka dapatkan rawatan lanjut.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Gambar: WWLP.com

Baca juga:

Gara-gara hutang keliling pinggang, ibu sanggup bunuh dan bakar anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!