5 benda lucu saya buat sembunyi-sembunyi bila anak tak nampak

lead image

Setiap ibu yang hebat pasti akan menyembunyikan sesuatu dari anak, kan? Contohnya saya buat 5 benda lucu ini bila anak tak lihat. Syhhh, diam-diam ya!

Kalaulah anak saya tahu apa yang saya buat bila dia tak tengok, pasti dia takkan anggap saya sebagai ibu yang hebat lagi. Pasti dia takkan dengar cakap saya lagi!

Anak-anak kita selalu ingat yang mereka paling pandai buat benda “dalam diam-diam” tanpa pengetahuan kita.

Tapi mereka tak tahu, kitalah pakar yang menumpahkan perangai itu pada mereka, haha! Kita lagi pandai sorok-sorok buat sesuatu daripada mereka.

Ini antara 5 rahsia penting yang disorok oleh setiap ibu yang hebat apabila anak mereka tidak lihat.

5 benda ibu yang hebat akan buat bila anak tak pandang

#1 Makan coklat dengan sepuas hati

ibu yang hebat, ibu bapa sorok dari anak, perbuatan ibu bapa, perangai seorang ibu, perangai ibu, sikap ibu, sorok dari anak

Rasanya, anak perempuan saya “hantu” coklat sebab maknya. Saya pun hantu coklat! 

Tapi sejak anak sudah pandai buka peti ais, susah betul nak sorokkan coklat darinya. Jadi, saya sorok semuanya dalam kabinet dapur.

Setiap kali anak tak nampak, saya akan makan coklat yang saya ada dengan sepenuh hati, hahaha!

#2 Tonton rancangan TV tanpa henti

Dua minggu lepas, saya tinggalkan anak-anak saya pada ibu mertua saya sebab mereka sudah lama tak jumpa cucu mereka itu. 

Tapi selepas saya tinggalkan mereka, satu hari itu saya tonton rancangan TV yang saya nak tanpa henti!

Namun bila anak-anak sudah balik, saya cakap yang sibuk menguruskan rumah satu hari. Tipu sunat sekali sekala tak mengapa, kan?

#3 Mengeluarkan kata-kata kesat

ibu yang hebat, ibu bapa sorok dari anak, perbuatan ibu bapa, perangai seorang ibu, perangai ibu, sikap ibu, sorok dari anak

Sebagai ibu yang hebat (hebatlah sangat!), saya tahu kalau sangkut dalam kesesakan lalu lintas, waktu itulah anak pun nak menguji kesabaran kita.

Jadi jalan penyelesaian saya? Saya pasangkan CD lagu kegemaran mereka dalam kereta. Sementara mereka seronok bernyanyi, saya yang stres ini boleh memaki hamun trafik tanpa mereka dengar!

#4 Ketawa macam orang gila

Kanak-kanak ini selalu buat benda di luar jangkaan, kan? Kadang-kadang kalau dapat anak yang bijak bercakap, macam-macam benda lawak dia cakap!

Sampai kita nak marah pun tak sampai hati. Apatah lagi nak tahan gelak ketika nak marah mereka! 

Selalu apa yang saya buat bila anak tak lihat ialah dengan ketawakan perangai mereka. Lucu juga anak-anak aku ini!

#5 Merungut pasal sekolah anak

ibu yang hebat, ibu bapa sorok dari anak, perbuatan ibu bapa, perangai seorang ibu, perangai ibu, sikap ibu, sorok dari anak

Bila anak masuk fasa ke sekolah, lain pula ragamnya. Kerja sekolah anak bermaksud kerja sekolah kita juga.

Kalau anda tak suka matematik atau sains, pasti menyumpah dan merungut dalam hati bila nak tolong anak buat kerja sekolah, kan?

Nasiblah kita ibu yang hebat dan kita bijak melakukannya di belakang anak. Kalaulah anak tahu apa yang kita buat!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga:

20 Bohong Sunat Paling Popular Disebut Ibu Bapa. Anda Punya Yang Mana?