Idea 5 hadiah hari ibu yang unik dan sesuai untuk ibu-ibu di luar sana!

lead image

Tak kiralah sama ada untuk Hari Ibu atau hari jadi ibu, kita pasti tercari-cari hadiah untuk ibu, kan? Ini 5 benda yang sesuai lagi unik untuk ibu anda.

Kita bakal menyambut sambutan hari ibu di bulan Mei yang bakal menjelang tidak lama lagi. Tentunya anda ingin mencari hadiah yang sesuai lagi unik untuk dijadikan hadiah untuk ibu, kan?

Ibu anda mempunyai minat yang tersendiri yang bagaimana? Untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi antara 5 idea unik bagi hadiah untuk ibu. Hadiah untuk ibu ini sesuai diberi sempena Hari Ibu mahupun pada hari jadi.

Para suami, hadiah buat isteri juga sangat digalakkan, ya! 🙂 

5 idea hadiah untuk ibu yang unik dan menarik

Hadiah untuk ibu #1: Cenderamata drama siri atau filem

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/58fa59692600004500c4700e.jpeg Idea 5 hadiah hari ibu yang unik dan sesuai untuk ibu ibu di luar sana!

Foto ehsan: Huffingtonpost

Mereka pasti mempunyai drama siri atau filem kegemaran bukan? Mereka pasti sangat menghargai cenderamata khas yang mengingatkan mereka kepada drama atau filem tersebut.

Ia pasti menyeronokkan! Antara filem dan drama yang popular ialah Harry Potter, Game of Thrones, Star Wars dan CSI. Kalau ibu anda sukakan drama Indonesia atau Filipina, cuba dapatkan baju dengan muka artis utama pun sudah cukup buat ibu excited!

Hadiah untuk ibu #2: Pakej SPA

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/download 2.jpg Idea 5 hadiah hari ibu yang unik dan sesuai untuk ibu ibu di luar sana!

Foto ehsan: Euromedspa

Ini pasti membuatkan mereka tersenyum lebar! Tiada wanita yang tidak suka apabila diri mereka dimanjakan dengan pelbagai rawatan di spa. Mereka dapat relaks dan menyegarkan diri dengan pakej rawatan yang anda hadiahkan!

Jadi, apa kata anda hadiahkan pakej spa sebagai hadiah untuk ibu? Pelbagai jenis pakej menarik dan berbaloi  yang anda boleh tempah buat wanita istimewa di dalam hidup anda itu.

Pilih sahaja mana yang menepati bajet anda dan dekat dengan rumah. Bila sudah tiba masa temujanji itu nanti, tolong hantar dan ambil ibu juga, ya!

Hadiah untuk ibu #3: “Charm bracelet”

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/T2eC16FzoE9s5nc3nCBRYKcS BQ  35.jpg Idea 5 hadiah hari ibu yang unik dan sesuai untuk ibu ibu di luar sana!

Foto ehsan: Ebay

Ini idea hadiah untuk ibu yang sangat menarik. “Charm bracelet” merupakan gelang tangan yang mempunyai pelbagai hiasan yang boleh ditambah.

Setiap tahun, anda boleh menambah hiasan baru sebagai hadiah untuk ibu. “Charm bracelet” yang lebih moden zaman sekarang ialah seperti jenama Pandora di mana ia diperbuat dari emas dan pelbagai jenis batu permata.

Jika nada memilih ‘charm bracelet’ yang bukan diperbuat daripada emas, mereka juga boleh menjadikan ia sebagai rantai kunci beg sebagai hiasan.

Hadiah untuk ibu #4:  Produk kesihatan/kecantikan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/organic beauty products.jpg Idea 5 hadiah hari ibu yang unik dan sesuai untuk ibu ibu di luar sana!

Foto ehsan: Fashionlady

Tahukah anda wanita sangat gemarkan produk kesihatan dan kecantikan diri? Mereka akan rasa lebih dihargai.

Ibu-ibu biasanya akan ‘kedekut’ dengan diri sendiri untuk membeli produk seperti ini. Ia kerana, mereka lebih mengutamakan anak-anak berbanding diri sendiri.

Sebab itulah produk kecantikan atau kesihatan adalah hadiah untuk ibu yang paling sesuai. Berikan perhatian lebih kepada mereka dengan memberikan sesuatu yang istimewa.

Terdapat banyak pilihan produk kesihatan dan kecantikan yang bersifat organik, bebas kimia serta dipakejkan dalam paket yang menarik.

Hadiah untuk Hari Ibu #5: Barangan buatan sendiri

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/diy mothers day gifts intro.jpg Idea 5 hadiah hari ibu yang unik dan sesuai untuk ibu ibu di luar sana!

Foto ehsan woman’sworld

Ini merupakan pilihan personal saya. Sesuatu yang dibuat sendiri sangatlah memberi makna yang besar. Tidak kira apapun ia. Boleh jadi kad ucapan, video, barangan penjagaan diri (sabun, pelembab bibir), sulaman pada sapu tangan…apa saja.

Terdapat banyak video tutorial yang boleh diikuti di internet. Pilih satu dan ikut sahaja. Apa pun hasilnya, percayalah, ia akan dihargai.

Bagaimana? Adakah anda sudah mempunyai idea untuk dihadiahkan kepada wanita istimewa di dalam hidup anda? Kongsikan idea anda.

 

 

 

Baca juga:

8 Hadiah Untuk Bayi Yang Baru Lahir