Tunjuk Penghargaan Sambutan Hari Bapa Dengan Idea Menu Lazat Ini, No #4 Mudah Sangat!

Tunjuk tanda penghargaan anda kepada suami atau bapa sempena Hari Bapa nanti dengan menyediakan makanan lazat. Lihat idea menu mudah & penuh perisa ini!

Seperti seorang ibu, bapa juga memainkan peranan penting dalam perkembangan emosi anak-anak malah kajian dapati bahawa bapa yang penyayang dan selalu memberi sokongan pada anak akan melahirkan anak yang berkeyakinan tinggi. Jadi sempena Hari Bapa ini, ucap terima kasih padanya dengan idea menu yang mudah dan lazat ini!

Dengan penularan pandemik sekarang, amat digalakkan untuk semua duduk sahaja di rumah. Oleh sebab itu, selain memberikan bapa atau suami anda hadiah sempena Hari Bapa, anda juga boleh sediakan hidangan istimewa.

Pasti dia akan rasa lebih dihargai kerana ini air tangan anda sendiri!

Idea Menu Sempena Hari Bapa

1# Pasta Salad Mudah Bersama Sayur Segar

idea menu

Kredit: Cooking Classy

Bahan-bahan:

  • 1 kotak rotini pasta
  • 1 tomato anggur, dibelah dua
  • 1 1/2 cawan timun Inggeris, dipotong dadu
  • 1 1/2 cawan bunga kecil brokoli, dicincang
  • 1 cawan lada benggala kuning, dicincang
  • 1 cawan buah zaitun, dihiris
  • 3/4 cawan lobak kecil, dihiris halus
  • 1/3 cawan bawang merah, dicincang
  • 1/2 cawan keju parmesan yang dikisar halus
  • 1 1/3 cawan Italian salad dressing

Langkah memasak:

  1. Masak pasta mengikut arahan bungkusan. Tuskan dan dengan hingga air sejuk.
  2. Tuangkan pasta ke dalam mangkuk, masukkan tomato, brokoli, lada benggala, buah zaitun, timun, lobak, bawang merah dan parmesan.
  3. Tuangkan dressing dan gaulkan sehingga rata.
  4. Tutup dan sejukkan sekurang-kurangnya 30 minit (atau sehingga 1 hari). Tambah sedikit dressing jika perlu.

2# Idea menu Hari Bapa: Piccata Ayam Berkrim

idea menu

Kredit: Cooking Classy

Bahan-bahan:

  • 2 keping dada ayam,dibelah dua
  • 1/3 cawan tepung serba guna
  • Garam dan lada hitam yang baru digiling
  • 2 1/2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar bawang putih, dicincang
  • 1 1/4 cawan + 1 sudu besar air rebusan ayam rendah sodium
  • 1 1/2 sudu teh tepung jagung
  • 2 sudu besar jus lemon segar
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/4 cawan heavy cream
  • 3 sudu besar pasli segar, dicincang
  • 2 sudu besar kaper, dibilas

Langkah memasak:

  1. Setelah memotong ayam, biarkan pada suhu bilik 10 minit. 
  2. Di dalam mangkuk kecil, pukul bersama tepung, 1/4 sudu kecil garam dan 1/4 sudu kecil lada.
  3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali di atas api sederhana tinggi. Salut kedua-dua belah potongan ayam dalam campuran tepung kemudian masukkan ke dalam kuali.
  4. Layurkan ayam, hingga kecoklatan di bahagian bawah, kira-kira 4 – 5 minit kemudian balikkan ayam dan masak bahagian atas sehingga coklat keemasan dan masak kira-kira 4 – 5 minit. Pindahkan ayam ke pinggan dan ketepikan.
  5. Masukkan bawang putih ke dalam minyak lebihan di dalam kuali, tumis hingga keemasan.
  6. Tuangkan 1 1/4 cawan air rebusan ayam dan didihkan. Biarkan kuah mendidih, kira-kira 4 – 5 minit.
  7. Pukul bersama baki air rebusan ayam 1 sudu besar dengan tepung jagung, kemudian tuangkan campuran ke dalam kuah dalam kuali bersama jus lemon. Biarkan hingga mendidih hingga pekat sedikit kemudian angkat dari api.
  8. Kacau mentega dan tuangkan heavy cream. Perasakan dengan garam jika perlu dan lada. 
  9. Sedia untuk dihidang.

3# Ayam Marsala

idea menu

Kredit: Cooking Classy

Bahan-bahan:

  • 1 1/4 cawan air rebusan ayam tanpa garam
  • 2 keping dada ayam tanpa kulit & tulang, dibelah dua, ditumbuk hingga rata
  • Garam dan lada hitam yang baru digiling
  • 1/3 cawan tepung serba guna
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 8 oz cendawan, dihiris
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 sudu kecil thyme segar, dicincang
  • 1 sudu kecil oregano, dicincang segar
  • 1 1/2 sudu teh tepung jagung digaul dengan 1 sudu besar air rebusan ayam (dalam mangkuk kecil hingga digabungkan)
  • 1/3 cawan heavy cream
  • 1 sudu besar pasli segar, dicincang

Langkah memasak:

  1. Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk sederhana. Panaskan di atas api sederhana-tinggi, didihkan. Kemudian kurangkan api hingga sederhana dan biarkan mendidih perlahan kira-kira 15 minit.
  2. Sementara itu perasakan kedua-dua belah ayam dengan garam dan lada. Salut dengan tepung.
  3. Cairkan 1 sudu besar mentega dengan 1 sudu besar minyak zaitun dalam kuali di atas api sederhana-tinggi. Masukkan kepingan ayam dan biarkan hingga masak kedua-dua bahagian, kira-kira 10 – 12 minit.
  4. Pindahkan ayam ke pinggan. 
  5. Kurangkan suhu ke api sederhana. Cairkan baki 1 sudu besar mentega dengan 1 sudu besar minyak zaitun, tambah cendawan.
  6. Tumis cendawan, sehingga cendawan mengecil dan berwarna coklat keemasan, kira-kira 8 minit. Masukkan bawang putih selama 1 minit terakhir untuk tumis.
  7. Alihkan kuali dari api kemudian tuangkan marsala, thyme dan oregano.
  8. Alih semula pada api, didihkan kemudian kacau dalam campuran air rebusan ayam bersama tepung jagung. Kacau hingga pekat.
  9. Tutup api dan gaul heavy cream bersama, perasakan dengan garam dan lada secukup rasa.
  10. Tuangkan sos ke atas ayam tadi. Taburkan dengan pasli dan hidangkan segera.

4# Idea menu Hari Bapa: Pizza Roti Perancis

idea menu

Kredit: Cooking Classy

Bahan-bahan:

  • 1 roti roti Perancis 
  • 1/4 cawan minyak zaitun
  • 1 cawan sos pizza
  • 1 3/4 cawan keju mozzarella yang diparut
  • 1/4 cawan keju parmesan yang dikisar halus
  • Topping yang diinginkan

Langkah memasak:

  1. Panaskan oven hingga 425 darjah. Lapiskan loyang dengan aluminium foil.
  2. Potong roti perancis separuh sama rata. Potong setiap bahagian menjadi dua (buat jumlah empat keping) dan letakkan di atas loyang.
  3. Sapu kedua-dua belah dengan minyak zaitun. Letak menegak dan bakar dalam ketuhar yang dipanaskan selama 4 minit.
  4. Sapu sos pizza ke atas setiap bahagian, taburkan rata dengan keju mozzarella dan parmesan, kemudian akhiri dengan topping yang diinginkan.
  5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan hingga keju cair sepenuhnya, kira-kira 10- 13 minit.
  6. Sedia untuk dihidang!

5# Salmon Parmesan Panggang 

idea menu

Kredit: Cooking Classy

Bahan-bahan:

  • 4 fillet salmon tanpa kulit
  • 3/4 cawan serbuk roti
  • 3/4 cawan parmesan, diparut halus
  • 2 1/2 sudu besar pasli segar, dicincang
  • 3/4 sudu kecil serbuk bawang putih
  • Garam dan lada hitam segar, secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji telur besar
  • 4 keping lemon

Langkah memasak:

  1. Panaskan ketuhar hingga 425 darjah. 
  2. Di dalam mangkuk, masukkan serbuk roti, parmesan, pasli, serbuk bawang putih, garam dan lada. Titiskan minyak zaitun dan gaul hingga rata.
  3. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga sebati.
  4. Salut kepingan salmon dengan telur, kemudian gaul bersama dengan campuran serbuk roti. 
  5. Pindahkan ke rak dawai yang sudah siap di atas loyang. Ulangi proses dengan baki 3 bahagian salmon. 
  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan hingga salmon hampir masak, kira-kira 10 – 15 minit
  7. Hidangkan dengan kepingan lemon. Lemon juga boleh diperah untuk tambah rasa masam pada salmon.

6# Idea menu Hari Bapa: Tortellini Bersama Tomato Bayam Berkrim 

Tunjuk Penghargaan Sambutan Hari Bapa Dengan Idea Menu Lazat Ini, No #4 Mudah Sangat!

Kredit: Cooking Classy

Bahan-bahan:

  • 1 paket keju tortellini pasta
  • 3 sudu besar mentega
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 3 sudu besar tepung serba guna
  • 1 sudu kecil serbuk bawang
  • 1 1/4 cawan susu
  • 1/2 cawan heavy cream
  • 1 tomato, dipotong dadu kecil
  • 1 1/2 cawan bayam segar, dicincang
  • 3 sudu besar basil
  • 2 sudu kecil oregano segar, dicincang
  • Garam dan lada hitam yang baru digiling
  • 1/2 cawan keju parmesan, diparut halus
  • Empingan lada, untuk hiasan

Langkah memasak:

  1. Masak tortellini mengikut arahan yang tertera pada bungkusan.
  2. Sementara itu, dalam kuali atau periuk besar, cairkan mentega di atas api sederhana. Masukkan bawang putih, tepung dan serbuk bawang. Masak dan kacau sentiasa, 1 minit.
  3. Semasa gaul, perlahan-lahan tuangkan susu dan krim, kemudian gaul hingga sebati.
  4. Masak dan kacau terus, hingga campuran hampir reneh dan pekat, kemudian masukkan tomato, bayam, basil, oregano dan parmesan. Perasakan dengan garam dan lada secukup rasa.
  5. Kurangkan api sedikit dan masak beberapa minit lebih lama sehingga sos pekat dan keju cair. Alihkan.
  6. Masukkan tortellini yang dimasak dan gaul ke dalam campuran sos.
  7. Hidangkan dan boleh hiaskan dengan keju parmesan tambahan dan empingan lada.

7# Pesto Pasta Udang Bersama Asparagus

Tunjuk Penghargaan Sambutan Hari Bapa Dengan Idea Menu Lazat Ini, No #4 Mudah Sangat!

Kredit: Cooking Classy

Bahan-bahan: 

  • 2 cawan daun basil
  • 1/2 cawan daun pasli 
  • 1/3 cawan keju parmesan yang dikisar halus
  • 2 sudu besar kacang pain (bakar atau panggang)
  • 1 ulas bawang putih, dikupas
  • Garam dan lada hitam yang baru digiling
  • 6 sudu besar minyak zaitun
  • 280 gram pasta linguine kering
  • 450 gram asparagus, potong bahagian keras dan dikukus
  • 450 gram udang besar, dikupas dan dikisar
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar jus lemon segar

Langkah memasak:

Untuk pesto:

  1. Di dalam pengisar makanan, masukkan basil, pasli, parmesan, kacang pain, bawang putih dan perasakan dengan garam dan lada secukup rasa.
  2. Kisar hingga halus, kemudian turunkan kelajuan pengisar dan perlahan-lahan tuangkan minyak zaitun dan biarkan beberapa saat sehingga sebati.

Untuk pasta:

  1. Rebus pasta dalam air masin mengikut arahan pada bungkusan, simpan 1/3 cawan air pasta.

Untuk memasak udang:

  1. Sementara pasta masak, panaskan 1 sudu besar minyak zaitun dalam kuali di atas api sederhana-tinggi. Masukkan udang, perasakan dengan garam dan lada dan masak, aduk sekali-sekala sehingga bahagian luar berwarna merah jambu, kira-kira 3 – 4 minit.
  2. Tuangkan jus lemon ke atas udang dan toskan. Masukkan pasta dan asparagus ke dalam periuk dengan udang dan masukkan sambil perasakan dengan garam dan lada secukup rasa.
  3. Biarkan sejuk selama satu minit, tambahkan pesto dan gaul sehingga rata. Sedia dihidang!

8# Idea menu Hari Bapa: Ayam Bersama Sos Tomato Berkrim

Tunjuk Penghargaan Sambutan Hari Bapa Dengan Idea Menu Lazat Ini, No #4 Mudah Sangat!

Kredit: Cooking Classy

Bahan-bahan:

  • 4 keping dada ayam tanpa kulit tanpa tulang 
  • 2 1/2 sudu besar minyak zaitun
  • Garam dan lada hitam yang baru digiling
  • 3 sudu besar bawang merah, dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 1/3 cawan + 1 sudu besar air rebusan ayam rendah sodium
  • 2 1/2 sudu kecil tepung jagung
  • 1/2 cawan tomato kering, dibelah dua
  • 1/4 cawan heavy cream
  • 1/3 cawan keju parmesan yang dikisar halus
  • 3 sudu besar basil segar

Langkah memasak:

  1. Tumbuk ayam hingga setebal rata. Perasakan kedua bahagian ayam dengan garam dan lada.
  2. Panaskan 1 1/2 sudu besar minyak zaitun dalam kuali di atas api sederhana tinggi.
  3. Masukkan ayam dan masak kira-kira 4 – 5 minit setiap sisi.
  4. Pindahkan ke atas foil dan balut agar tetap hangat, ketepikan.
  5. Panaskan baki 1 sudu besar minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang merah dan tumis hingga hampir lembut, lebih kurang 3 minit, masukkan bawang putih dan tumis 1 minit lebih lama.
  6. Tuang dalam 1 1/3 cawan air rebusan ayam.
  7. Dalam mangkuk kecil pukul bersama 1 sudu besar air rebusan ayam dengan tepung jagung kemudian tuangkan ke dalam kuali. Masukkan tomato kering, perasakan dengan garam dan lada secukup rasa.
  8. Didihkan dan biarkan selama 1 minit, kacau selalu. Masukkan heavy cream dan parmesan, kacau hingga parmesan cair.
  9. Alihan dari api, masukkan ayam ke dalam kuali. Hiaskan bahagian atas dengan basil dan sedia untuk dihidang.

Mudah sahaja idea menu Hari Bapa kan? Jadi apa anda tunggu lagi! Segera ke pasar raya berdekatan untuk membeli semua barang-barang ini dan masak untuk suami atau bapa tercinta.

Semoga berjaya!

Sumber: Cooking Classy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Ayah Sentiasa Menjadi HERO Kepada Anak, Hargailah Dia Selagi Masih Ada

Baca juga: Betulkah Untuk Jadi Bapa Terbaik, Perlu Ada 6 Sifat Ini?

Baca juga: 5 Tips Berguna Buat Suami Yang Berdebar & Risau Bakal Menjadi Bapa Tidak Lama Lagi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!