Hmm…Enaknya ikan kod kukus resepi dari Chef Sam Leong ini, pasti anak-anak suka!

Minggu ini kami kongsikan hidangan dari Selebriti Chef Sam Leong. Beliau telah memasak untuk Menteri Lee Kuan Yew, Ratu Elizabeth II dari England dan Presiden AS George Bush dan Bill Clinton.

Ikan kod adalah sejenis makanan laut yang paling lazat. Ia sangat popular dan menjadi pilihan utama kepada ibu-ibu yang ingin memperkenalkan anak kepada makanan laut. Oleh sebab itu, kami membawakan kepada anda resepi ikan kod kukus yang hebat dan lazat dari salah seorang chef selebriti terkenal Singapura, Sam Leong ini.

Ikan kod kukus : Apakah kandungan nutrisi ikan kod? 

Rasa ikan kod lembut, manis dan mengandungi nutrisi yang baik. Ia sememangnya menjadi hidangan sempurna untuk seisi keluarga dan sesuai untuk makanan buat bayi yang baru belajar merasai makanan pejal.

Ikan kod mempunyai sumber protein yang luar biasa. Hidangan 4 potongan ikan kod terkandung 21 gram nutrisi.

Selain, ikan kod ini juga turut mengandungi lemak B12, Choline dan lemak omega 3 yang penting untuk keseluruhan kesihatan yang baik dan perkembangan otak anak kecil.

ikan kod kukus, ikan kod omega 3, ikan kod, ikan kod resepi anak-anak, ikan kod resepi enak, ikan kod sajian terbaik

Resepi ikan kod kukus berkuah kicap

Mari semak resepi ikan kod kukus yang disediakan oleh chef terkenal ini. Bolehlah anda mencubanya kelak!

Hidangan untuk 4 orang.

Bahan utama: ikan kod – 4 keping

Bahan-bahan ikan kod kukus:

  • 320 ml stok ayam atau air rebusan
  • 70 ml sos soya
  • 20 ml gula batu
  • Kicap hitam
  • 2 biji bawang
  • 5 biji halia dihiris halus
  • 2 tangkai daun ketumbar

Bahan untuk menghias

  • Rebus sayur choi sum
  • Bawang dicincang halus

Langkah-langkah memasak:

ikan kod kukus, ikan kod omega 3, ikan kod, ikan kod resepi anak-anak, ikan kod resepi enak, ikan kod sajian terbaik

  1. Gaulkan kepingan ikan kod dengan sebiji telur putih, ¼ sudu garam, ¼ sudu gula, 1 sudu minyak bijan dan 2 sudu tepung jagung.
  2. Ambil ikan kod dan masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 8 minit.
  3. Sediakan kicap ikan kod kukus
  4. Rebus bawang merah di atas ikan kod dan tuangkan minyak panas di atasnya.
  5. Hiaskan pinggan dengan helaian choi sum dan letakkan ikan kod di atasnya.
  6. Tuangkan sos panas di atas ikan kod dan taburkan bawang.

Tips memasak ikan kod kukus:

  • Berapa lama ikan kod dikukus adalah bergantung kepada peralatan dan saiz kepingan ikan kod. Kemudian, rasa dahulu keenakan ikan kod tersebut dan harus diingatkan jangan terlebih masak! Nanti kandungan nutrisi akan hilang.

Cara menyedia sos soya ikan kod kukus

  1. Panaskan minyak jagung dan rebus sayuran.
  2. Masukkan halia, bawang dan hirisan halia.
  3. Apabila naik haruman, masukkan stok ayam atau air.
  4. Tuangkan sos ketumbar yang telah direndam selama ½ jam.

Semoga resepi ikan kod kukus ini berguna untuk anda sekeluarga!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber :theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Resipi snek untuk anak: Nugget pisang yang anak pasti berselera makan!