Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

Perlindungan terbaik yang boleh anda berikan kepada bayi anda adalah memberikan kesemua vaksin untuk bayi. Ikuti jadual imunisasi bayi ini untuk panduan.

Apabila kita melihat wajah bayi yang baru lahir, sudah tentu kita terus diberikan naluri untuk melindungi mereka dari segala ancaman dan bahaya, kan? Sebenarnya, perlindungan yang paling baik yang kita boleh berikan pada mereka adalah memastikan mereka mendapat semua imunisasi bayi.

Sejak dunia dilanda pandemik dan banyak masalah kesihatan lain, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengambil langkah lebih berjaga-jaga dengan memperkenalkan jadual imunisasi bayi terbaharu untuk perlindungan anak-anak kecil. 

Dan bermula Disember tahun lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan bahawa vaksin Peumococal adalah wajib diambil semua bayi dan boleh didapati di Klinik Kesihatan KKM di seluruh Malaysia.

Tan Sri Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa vaksin pneumokokal konjugat (PCV) diberikan untuk mencegah pelbagai penyakit disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae atau pneumokokus yang boleh mengakibatkan penyakit radang paru-paru (pneumonia), radang sinus (sinusitis), jangkitan telinga tengah (otitis media), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis) serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia).

[JADUAL TERKINI] Imunisasi Bayi: Jadual Vaksinasi Yang Disarankan Oleh KKM.

imunisasi bayi, vaksin bayi, jadual vaksin terkini, jadual vaksin 2021

Walau bagaimanapun, bagi klinik-klinik swasta mereka cukup menggalakkan kanak-kanak untuk mengambil vaksin tambahan bagi melengkapkan perlindungan anak-anak. 

Jadual di bawah menunjukkan antara vaksin tambahan untuk ibu bapa pertimbangkan.

TERKINI: Penambahan Vaksin Pneumokokal.

Menurut kenyataan KKM, terdapat penambahan Vaksin dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan iaitu:

  • Vaksin Pneumokokal:
    • Dos 1 (4 bulan)
    • Dos 2 (6 bulan)
    • Dos + (15 bulan)
  • Ia adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya yang telah berumur 5 bulan atau lebih, jadual imunisasi pneumokokal akan disesuaikan mengikut umur oleh fasiliti kesihatan KKM.

Berikut dikongsikan Jadual Vaksin Imunisasi Terkini Bagi Bayi Dan Kanak-Kanak 2021 yang dikeluarkan KKM sebagai panduan dan rujukan semua pihak khususnya para ibu bapa.

Jadual Vaksin Imunisasi Kebangsaan KKM Bayi Dan Kanak-Kanak.

Jadual bagi tahun 2022 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berikut merupakan Jadual Vaksin Imunisasi Kebangsaan KKM (Kemaskini 25 November 2020) bagi rujukan kesemua ibu bapa di luar sana:

Jadual Vaksin Imunisasi Kebangsaan KKM Bayi Dan Kanak-Kanak.

Hepatitis B Kombinasi vaksin yang menawarkan perlindungan terhadap Hepatitis B (jangkitan hati) 0 Bulan (Dos 1). Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah katanya dalam kenyataan menegaskan supaya ibu dan bapa membuat temu janji untuk mendapatkan imunisasi anak di fasiliti kesihatan kerajaan.

Program imunisasi adalah cegahan untuk melindungi penularan wabak-wabak penyakit, salah satunya adalah human papillomavirus melalui suntikan vaksin.

Jadual Vaksin Imunisasi Tambahan.

Berikut disertakan juga jadual vaksin imunisasi tambahan yang disarankan dan boleh didapati di klinik dan hospital swasta pada kadar bayaran tertentu.

Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

Ibu bapa perlu juga mengetahui bahawa vaksin imunisasi tambahan ini disarankan agar dapat mengelak daripada penyakit yang dinyatakan seperti berikut:

#1: Rotavirus (1 bulan 15 hari – 5 bulan (2 atau 3 kali dos primer).

Vaksin yang menawarkan perlindungan terhadap Rotavirus (virus yang menyebabkan jangkitan saluran pencernaan). Diberi selang 4 minggu.

#2: Pneumococcal (2 bulan hingga 6 bulan (1 -3 dos primer) & 12 bulan (Dos Booster).

Vaksin yang memberi perlindungan bagi penyakit yang disebabkan oleh pneumokokus (boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, menigitis dan lain-lain).

#3: Influenza (6 bulan hingga 18 bulan (dos primer).

Vaksin yang menawarkan perlindungan daripada jangkitan virus pada hidung, paru-paru, dan tekak, 2 dos akan diberi selang 1 bulan bagi 8 tahun pertamaserta 1 dos setiap tahun.

#4: Meningococcal (2 Bulan ke atas (dos primer).

Vaksin yang menawarkan perlindungan bagi penyakit akibat jangkitan bakteria pada lapisan otak dan saraf tunjang yang boleh menyebabkan hilang upaya yang kekal.

#5: Hepatits A (12 bulan ke atas (dos primer).

Vaksin yang menawarkan perlindungan bagi penyakit jangkitan pada organ hati disebabkan virus hepatitis A. Diberi selang 6 bulan.

#6: Varoicella (12 Bulan ke atas (dos primer).

Vaksin yang menawarkan perlindungan bagi penyakit (cacar air)  mudah berjangkit yang menyebabkan deman dan kulit yang melepuh. Diberi sekurang-kurangnya selang 3 bulan.

Vaksin Bayi: Kenapa Ibu Bapa Disarankan Beri Imunisasi Untuk Bayi?

 

Vaksin untuk bayi penting kerana bayi mempunyai sistem imunisasi yang lemah.

Dengan memberikan vaksin untuk bayi mengikut jadual yang ditetapkan, anda boleh melindungi bayi anda dari penyakit-panyakit yang membahayakan seperti:

  • Tibi (batuk kering): Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.
  • Difteria: Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).
  • Pertusis (batuk kokol): Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.
  • Tetanus: Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).  
  • Haemophilus influenzae jenis (Hib): Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).
  • Hepatitis B: Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.  
  • Polio: Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.
  • Campak: Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).
  • Beguk: Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.
  • Rubella: Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus).
  • Pnemokokus: Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis dan darah yang teruk.
  • Rotavirus: Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan encephalitis.
  • Virus Human Papilloma: Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital.

Apa Kesan Sampingan Vaksin Untuk Bayi?

imunisasi bayi

Ramai ibu bapa yang ragu-ragu untuk memberikan vaksin untuk anak kerana ragu-ragu dengan keselamatan vaksin.

Anda perlu tahu bahawa semua vaksin yang diberikan adalah dijamin selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO). Kesan sampingannya pula bersifat ringan dan mempunyai batasannya sendiri.

Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol). Manakala kesan sampingan yang serius jarang berlaku.

Walau bagaimanapun, ibu bapa disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor jika berlaku keadaan berikut:

  • Menangis berterusan.
  • Mengantuk.
  • Pucat.
  • Berlaku kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan.
  • Berlaku ruam panas.
  • Kesukaran bernafas.

Jika anda memberikan suntikan vaksin untuk anak-anak anda, kebarangkalian untuk berlaku jangkitan adalah sangat rendah. Jadi, anda tak perlu bimbang untuk bawa anak anda keluar jika anda tahu yang semua kanak-kanak telah dilindungi.

Walau bagaimanapun, ibu bapa juga perlulah menjaga kebersihan diri, mendapatkan nasihat daripada pakar kanak-kanak tentang masalah kesihatan bayi anda dan sentiasa peka dengan persekitaran anak-anak.

Pastikan bayi anda tidak terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: MyHealth.gov, Harian Metro

Baca juga: 12 Persoalan Penting Mengenai Vaksin Yang Ibu Bapa Patut Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!