Ini Hukum Serta Pandangan Islam Tentang Vaksin Untuk Kanak-kanak

JAKIM dan KKM telah mengeluarkan kenyataan berkaitan imunisasi menurut Islam kerana ramai ibu bapa yang masih ragu-ragu untuk memberi suntikan vaksin.

Ramai yang mempersoalkan tentang imunisasi menurut Islam. Adakah ia dibolehkan atau tidak?

Oleh itu, untuk merungkai persoalan tersebut supaya dijawab dengan tertib, kami akan berkongsi petikan artikel dari Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur ini bagi membincangkan perihal imunisasi menurut Islam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu ayah di luar sana.

Imunisasi Menurut Islam: Apa Itu Vaksin?

imunisasi menurut islam, imunisasi pada anak, imunisasi pada bayi, imunisasi anak, imunisasi bayi, vaksin, vaksinasi, vaksin bayi, jadual vaksinasi anak, jadual vaksinasi bayi, jadual imunisasi, vaksinasi menurut islam, vaksinasi berdasarkan islam dan fatwa, vaksinasi atau imunisasi

Vaksin berasal dari Bahasa Latin “vacca” (sapi) dan vaccinia (cacar sapi).

Ia merupakan bahan antigenik yang digunakan bagi menghasilkan kekebalan aktif terhadap sesuatu penyakit sehingga dapat mencegah dan mengurangi infeksinya.

Pemberian vaksin adalah untuk merangsang sistem imunologi tubuh bagi membentuk antibodi spesifik hingga dapat melindungi tubuh dari serangan penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin.

Vaksin dihasilkan dari kuman atau bahagian dari tubuh kuman. Sebagai contoh, vaksin campak dihasilkan dari virus campak dan lain-lain.

Imunisasi Menurut Islam Di Malaysia.

Imunisasi atau vaksin telah memberi kesan yang sangat besar terhadap kesihatan kanak-kanak dan merupakan cara mencegah penyakit yang paling berkesan. Pemberian imunisasi di Malaysia telah bermula sejak pemerintahan British pada tahun 1868 lagi.

Pada masa itu, hanya ada imunisasi mencegah cacar.

Ia bermula di negeri-negeri Selat dan diberikan oleh guru besar dalam komuniti Melayu. Kemudian pada 1950, ia diperluaskan ke seluruh negara. Jika ada yang gagal melakukannya, anda akan dikenakan denda sebanyak RM1,000.

Dengan pemberian vaksin tersebut, ia menurunkan bilangan kes serta wabak cacar pada tahun 1980. 1990 pula diperkenalkan pula vaksin untuk difteria dan tetanus.

imunisasi menurut islam, imunisasi pada anak, imunisasi pada bayi, imunisasi anak, imunisasi bayi, vaksin, vaksinasi, vaksin bayi, jadual vaksinasi anak, jadual vaksinasi bayi, jadual imunisasi, vaksinasi menurut islam, vaksinasi berdasarkan islam dan fatwa, vaksinasi atau imunisasi

  • 1961: imunisasi BCG diperkenalkan bagi mencegah tuberculosis.
  • 1972: Imunisasi poliomyelitis dimulakan. Pada tahun yang sama KKM memulakan Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan secara tersusun dengan kerjasama WHO.
  • Kini: Imunisasi di bawah program Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah bagi mencegah 12 jenis penyakit. Perkhidmatan tersebut diberi secara percuma di kesemua Klinik Kesihatan Kerajaan.

Manakala, perkhidmatan imunisasi di klinik swasta meliputi lebih banyak penyakit. Namun ibu bapa perlu membayar sendiri kos tersebut.

Jenis-jenis Vaksin.

#1: Live attenuated vaccine.

Vaksin hidup yang dibuat dari bakteri atau virus yang sudah dilemahkan daya virulensinya dengan cara kultur dan perlakuan yang berulang-ulang, namun masih boleh meningkatkan reaksi imunologi yang seripa dengan infeksi alamiah.

#2: Inactivated vaccine (Killed vaccine)

Vaksin dibuat dari bakteria atau virus yang dimatikan dengan zat kimia (formaldehid) atau dengan pemanasan, dapat berupa seluruh bahagian dari bakteri atau virus, atau bahagian dari bakteria atau virus atau toksoidnya sahaja.

#3: Vaksin toksoid

Vaksin yang dibuat dari beberapa jenis bakteria yang menimbulkan penyakit dengan memasukkan racun dilemahkan ke dalam aliran darah.

#4: Vaksin Acellular dan Subunit

Vaksin yang dibuat dari bahagian tertentu dalam virus atau bakteria dengan melakukan kloning dari gen virus atau bakteria melalui kombinasi DNA, vaksin vektor virus dan vaksin antiidiotipe.

Kenyataan Akhbar Oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia & Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkaitan Imunisasi.

KKM dan JAKIM menyedari ada ibu ayah yang ragu-ragu untuk beri suntikan vaksin pada bayi ekoran tersebar khabar angin menyatakan vaksin mengandungi bahan haram dan membahayakan kesihatan manusia.

Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan ia boleh mendedahkan anak-anak dan masyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit merbahaya yang boleh mengancam nyawa.

Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan telah dijalankan oleh kerajaan sejak tahun 1950. Ia bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu.

Kematian kanak-kanak telah menurun sebanyak 85% bagi tempoh 1970 hingga 2000, antaranya hasil dari peningkatan skop perkhidmatan kesihatan termasuk imunisasi.

Ini Hukum Serta Pandangan Islam Tentang Vaksin Untuk Kanak-kanak

Kredit: MIMS Malaysia

Imunisasi juga telah berjaya membasmi cacar (small pox) dari dunia ini. Manakala polio telah berjaya dibasmi di kebanyakan negara di dunia, termasuk Malaysia. Imunisasi bukan saja melindungi penerimanya tetapi juga menghalang penyebaran penyakit tersebut.

Vaksin tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan tubuh manusia. Ia mengandungi bahan aktif dari bakteria atau virus iaitu antigen yang membantu tubuh manusia menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit apabila dijangkiti.

Vaksin juga mengandungi komponen lain seperti bahan pengawet serta adjuvant. Setiap komponen dan bahan ini memainkan peranan penting dalam pengawalan kualiti, keberkesanan vaksin serta keselamatannya.

Semua vaksin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Vaksin ini telah dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.

Kesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding dengan kesan jangkitan penyakit itu sendiri.

Imunisasi Menurut Islam: Hukum Penggunaan Vaksin.

Ini Hukum Serta Pandangan Islam Tentang Vaksin Untuk Kanak-kanak

Kredit: The Economic Times

Dalam hal ini, jika vaksin tersebut diperbuat dari bahan yang bersih dan suci, maka ia diharuskan.

 Tetapi, jika ia diperbuat daripada bahan najis. Ia terbahagia kepada dua iaitu:

  1. Jika ada alternatif lain, maka tidak boleh menggunakan vaksin najis tersebut.
  2. Jika di sana tidak ada alternatif yang lain, ia dibolehkan kerana ia termasuk dalam perkara darurat.

Ulama bersepakat bahawa makanan termasuk ubat-ubatan yang dibenarkan dalam Islam bagi tujuan perubatan mestilah terdiri daripada bahan yang baik dan halal serta tiada unsur yang mendatangkan kemudaratan pada kesihatan tubuh manusia.

Keistimewaan Pencegahan Penyakit Dalam Islam.

Menurut al-Qudah (1987) bahawa prinsip pencegahan penyakit dalam Islam mempunyai beberapa keistimewaan antaranya ialah1:

#1: Peneraju.

Prinsip pencegahan penyakit dalam Islam adalah bersumberkan kepada wahyu Allah dan sunnah Rasulullah SAW. Jika direnung kembali, prinsip tersebut merupakan beberapa hukum syarak yang sentiasa diamalkan oleh muslim tanpa mengira adanya kemanfaatan dari segi perubatan kesihatan.

Terdapat beberapa tamadun ketika muncul Islam di Semenanjung Tanah Arab. Tanah Arab di kelilingi oleh dua tamadun yang besar ketika itu; Rom dan Parsi. Namun jika dilihat dari kesan peninggalan kedua-dua tamadun ini tentang satu sistem penjagaan kedihatan sebagaimana yang diatur oleh Islam, boleh dikatakan tiada rujukan yang menunjukkan kea rah perkara tersebut.

Tuntas, Islam adalah peneraju kepada prinsip pencegahan penyakit.

#2: Kredibiliti.

Islam tidak memerlukan kepada apa-apa petunjuk untuk membenarkan segala ajaran yang ada di dalamnya. Namun dengan perkembangan sains dan teknologi, kebenaran tentang ajaran Islam semakin terserlah.

Ini dapat dilihat berkenaan prinsip pencegahan penyakit yang ada dalam Islam adalah selari dengan penemuan sains pada masa kini. Justeru menambahkan lagi keimanan umat Islam terhadap kebenaran Islam.

#3: Sederhana dan Mudah.

Prinsip pencegahan pencegahan penyakit dalam Islam merupakan amalan yang mudah dilaksanakan. Ia tidak memerlukan kepada bajet kewangan yang besar dan waktu yang panjang untuk direalisasikan dalam masyarakat.

Kesimpulannya.

Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia.

Sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta.

Menurut fuqaha’, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.

Semoga dengan pencerahan ini, ibu ayah di luar sana tidak ragu lagi dalam mengizinkan penggunaan vaksin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk diberikan kepada anak-anak.

Mufti Wilayah Persekutuan (Hukum Vaksin Daripada Perspektif Islam)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!