Ini Adalah Umur Yang Terbaik untuk Mempunyai Anak, Menurut Sains

Anda mungkin terkejut melihat saranan umur yang ideal untuk mempunyai anak pertama, seperti yang direkomenkan oleh pakar!

Apabila merancang untuk mempunyai anak, ia boleh menjadi agak mengelirukan terutamanya apabila ia berkenaan dengan bilakah masa untuk mendapatkannya.

Ada yang menyatakan bawah mempunyai anak pada usia 20-an adalah lebih baik kerana badan anda secara biologikalnya lebih bersedia untuk memenuhi kehendak serta tanggungjawab keibubapaan.

Pada masa yang sama, mempunyai anak pada usia semuda ini mungkin bermakna yang kerjaya atau pendidikan anda terpaksa ditangguhkan, sekurang-kurangnya untuk sementara.

Anda juga mungkin lebih kurang bersedia dari segi kematangan untuk mengatasi cabaran keibubapaan.

Ramai yang menasihatkan untuk mempunyai anak apabila anda meningkat usia, malah ia juga bagus pada usia 40-an. Anda telah matang dan berkemungkinan untuk lebih stabil dari segi kewangan dan emosi yang diperlukan dalam membesarkan seorang anak.

Tetapi, isu kesihatan apabila mempunyai anak pada usia ini juga boleh menjadi satu kelemahan, berserta beberapa isu lain.

Jadi, bilakah umur terbaik untuk seorang wanita mempunyai anak?

Menurut satu keputusan kajian yang diketuai oleh Dr. John Mirowsky, seorang ahli sosiologi di Universiti Texas, umur terbaik untuk para wanita mempunyai anak adalah pada usia 34 tahun.

Pada usia ini, Dr. Mirowsky menyatakan yang badan wanita berada pada tahap kesihatan yang optimal di mana ia bersedia untuk mengandung dan membawa anak yang sihat secara penuh.

Dia menjalankan temubual dengan hampir 1,800 orang ibu, bertanyakan mereka soalan tentang keadaan kesihatan semasa mereka.

Kemudian, selepas mengambil kira data kematian dan membuat pelarasan atas tujuan akademik, dia menyimpulkan bahawa untuk kesihatan dan daya hidup jangka masa panjang, umur 34 tahun adalah umur optimal untuk mendapatkan anak pertama.

Para pakar lain bersetuju, menambah bahawa wanita pada usia ini biasanya berada dalam hubungan yang lebih kukuh, mempunyai jumlah tenaga yang sesuai dan cukup matang untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam melahir dan mendewasakan seorang insan yang kecil.

Malah, mereka juga lebih stabil dari segi kewangan (ataupun sedang menuju ke arah keadaan ekonomi yang stabil) pada usia pertengahan 30-an.

Jadi, begitulah – umur yang terbaik untuk hamil mengikut sains! Kami ingin mendengar pendapat tentang hal ini dari anda, jadi sila taipkan komen di ruangan di bawah dan kongsikannya dengan kami!