Jom Sama-Sama Doakan Baby Cempaka Kuat! 4 Tanda Anak Mungkin Ada Masalah Jantung

undefined

Perkongsian Farah Natasha mengenai anaknya yang baru berusia lapan hari dilahirkan tanpa injap jantung dan jantungnya berpusing mendapat perhatian netizen.

Siapa saja tidak tersentuh melihat bayi kecil terbaring dengan pelbagai jenis wayar berselirat di badan, apatah lagi ibunya sendiri. Bayi tanpa injap jantung ini kelihatan sangat tenang.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jadi tidak hairan jika beliau minta kepada semua yang melihat postingnya agar mendoakan anaknya sihat.

Perkongsian seorang ibu di laman sosial Facebook, Farah Natasha menarik perhatian netizen. Beliau berkongsi mengenai anaknya yang baru berusia lapan hari yang dilahirkan tanpa injap jantung dan jantungnya berpusing.

Polosnya wajah bayi itu, dia kelihatan terlalu lena dalam tidurnya, tenang seolah-olah tiada sebarang kesakitan ditanggung. 

Injap jantung tiada, ibu mohon doa baby Cempaka kuat, sihat

injap jantung

Kredit Foto: Farah Natasha

Kita tak tahu doa siapa yang akan diangkat ke langit dan dimakbulkan Allah. Jadi usaha saja titipkan doakan untuk bayi ini supaya dia kuat dan sihat seperti sedia kala.

Menerusi perkongsiannya, ibu itu berkongsi bahawa selain tidak mempunyai injap jantung dan jantungnya berpusing, difahamkan anak bongsunya itu mempunyai jantung sebelah kecik dan sebelah besar.

“Ank bongsu ksygn papa mama.. Allah cipta bby ini tanpa injap jantung n jantung nya berpusing, jantung nya sebelah kecik sebelah besar.”

Beliau turut memaklumkan bayi kecil itu perlu menjalani empat pembedahan sehingga dia berumur lima tahun. 

“Bby cempaka shigga umur die 5tahun akn menjalani pembedahan 4kali. Semoga dipermudah kn.”

Beliau menerangkan walaupun sudah menjalani empat pembedahan nanti, jantung anaknya tidak akan sama dengan jantung orang lain.

“Semoga dipermudah kn. Walau buat pembedahan 4kali jantung bby cempaka xsama mcm smua org.”

Beliau dan suaminya akan sedaya upaya menyelamatkan anak mereka dan percaya bahawa takdir Allah ini adalah hikmahnya. Apa yang diharapkan adalah doa daripada semua yang membaca postingnya agar anaknya itu diberi kesembuhan. 

Dalam posting itu beliau turut memaklumkan hanya mengetahui bahawa bayi itu tidak sihat selepas anaknya berusia lapan hari. 

4 tanda anak mungkin ada masalah jantung

injap jantung

Kredit foto: Hipwee

Benda paling penting perlu anda buat adalah sentiasa memantau kesihatan anak anda. Jika terdapat sebarang kelainan atau anda musykil dan pelik dengan keadaannya jangan bertangguh. Terus rujuk kepada doktor supaya jika ada sebarang penyakit ia boleh dikesan dari awal.

Bayi yang mempunyai sebarang kecacatan jantung biasanya akan menunjukkan tanda-tanda seperti

#1. Mempunyai deruan jantung (murmur)

Bunyi ini dihasilkan oleh gangguan atau tubulasi aliran darah contohnya apabila terdapat lubang pada jantung atau laluan injap jantung yang sempit.

Bunyi ‘murmur’ ini tidak begitu ketara semasa lahir malah biasanya hanya boleh dikesan apabila anak sudah agak besar dan kelihatan sihat.

#2. Kebiruan (cyanosis)

Tanda ini jelas. Bayi anda mungkin kelihatan agak kebiruan sejak lahir. Ini disebabkan kanudngan darah tanpa oksigen yang tinggi dalam darah.

Jika nampak bayi anda kebiruan, usah bertangguh teruslah berjumpa doktor. Hati ibu lebih kuat dan tahu jika ada sesuatu tidak kena pada anaknya. 

#3. Sukar bernafas

Kegagalan jantung dan bayi mungkin bernafas secara kencang atau sesak nafas ketika rehat atau menyusu. Paling ketara ketika menyusu dia akan kelihatan terlalu penat dengan nafas kencang.

#4. Tumbesaran terganggu

Anak boleh jadi lambat membesar dan tidak sama dengan bayi atau kanak-kanak seusianya kerana tumbesaran akan terganggu disebabkan oleh kegagalan jantung atau kekurangan oksigen disebabkan oleh sakit jantung. 

Jenis kecacatan jantung

injap jantung

#1. Jantung berlubang tanpa kebiruan

  • Ventricular septal defect (VSD) : terdapat lubang di antara dinding ventrikel kiri dan kanan 
  • Atrial septal defect (ASD) : terdapat lubang di antara atrium kanan dan kiri.
  • Atrio-ventricular septal defect (AVSD): biasanya dikaitkan dengan sindrom Down.
  • Patent ductus arteriosus (PDA) : terdapat saluran darah menghubungkan aorta dan arteri pulmonary. 

#2. Sakit jantung jenis biru (cyanotic heart defects)

  • Transposition of great arteries (TGA): pembuluh darah aorta dan pulmonari arteri bertukar tempat dan keluar dari ventrikal secara salah. Ia menyebabkan pengaliran darah terbalik di mana darah yang kembali dari badan tidak pergi ke paru-paru malah kembali ke badan semula menyebabkan bayi mengalami kebiruan.
  • Fallot tetralogy : Ia membabitkan VSD dan penyempitan injap pulmonari yang menyebabkan kekurangan pengaliran darah ke paru-paru. 

#3. Kecacatan jantung jenis sumbat

  • Pulmonary stenosis (PS) : Terjadi apabila berlaku penyempitan di injap atau di arteri pulmonary. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan belon yang dikembangkan di tempat tersempit ini atau pun secara pembedahan.
  • Aortic stenosis (AS): Saluran atau injap aorta yang sempit yang akan memberi bebean ke atas ventrikal kiri.

Sumber: Farah Natasha, myhealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comdetak-jantung-janin-lemah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!