Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung

lead image

Tanggungjawab seorang suami adalah sebagai ketua keluarga yang sentiasa mendidik, menjaga dan memelihara isterinya setiap waktu. Ini adalah amanah yang perlu dipegang oleh suami tidak kira waktu dan ketika.

Tanggungjawab seorang suami adalah sebagai ketua keluarga yang sentiasa mendidik, menjaga dan memelihara isterinya setiap waktu. Ini adalah amanah yang perlu dipegang oleh suami tidak kira waktu dan ketika.

Namun begitu, bukan senang untuk melayan dan memahami karenah wanita terutamanya ketika mereka sedang mengandung.

Pada masa itu lah bantuan si suami amat diperlukan kerana ketika mengandung diri seseorang wanita itu tidak akan stabil dari segi fizikal dan juga emosi.

Berikut adalah cara bagaimana suami dapat membantu ketika isteri sedang mengandung:-

1. Memberi masa anda untuk bersama isteri

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2016/06/sexfeat.jpg Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung

Di saat isteri sedang mengandung itu adalah saat di mana suami amat diperlukan.

Cukuplah sekadar berada di sampingnya ketika menonton televisyen, isteri anda pasti menghargainya.

Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan yang mereka lalui. Jadi, para suami perlulah berusaha untuk meluangkan masa untuk bersama dengan isteri anda.

2. Menjaga pengambilan makanan isteri

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2016/05/healthyeating.jpg Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung

Adalah normal bagi wanita yang mengandung untuk mengidam makanan-makanan yang tertentu.

Kadang-kala makanan yang diidamkan adalah sesuatu yang pelik dan susah untuk mendapatkannya.

Walaubagaimanapun, si suami haruslah bersabar dan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan si isteri.

Selain daripada itu, isteri yang mengandung memerlukan makanan yang berkhasiat seperti yogurt, madu dan juga buah-buahan.

Bantulah mereka dengan menyediakan bekalan makanan berkhasiat ini secukupnya di rumah.

3. Perlahankan pergerakan anda

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2016/08/shutterstock 172346156 1.jpg Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung

Suami perlu memahami bahawa pergerakan isteri mereka yang sedang mengandung akan menjadi perlahan.

Ketika membawa isteri bersiar-siar, perlahankan gerakan anda dan ikut lah rentak mereka.

Ini akan menunjukkan anda memahami situasi yang isteri anda sedang lalui. Suami juga bolehlah bersifat romantik dengan memegang tangan isteri semasa berjalan.

4. Membantu tanpa perlu disuruh

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2016/07/cleaning.jpg Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung

Jika anda nampak kain banyak belum dibasuh, teruslah pergi membasuhnya. Tidak perlu untuk tunggu arahan daripada isteri. Begitu juga dengan kerja rumah yang lain.

Terutamanya kerja-kerja rumah yang berat seperti mop lantai dan juga membersihkan bilik air.

Isteri akan merasakan yang anda sangat peka tentang keadaan di rumah dan isteri akan bertambah rasa sayang terhadap anda.

5. Sentiasa membaca tentang ibu mengandung

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2016/08/shutterstock 123819478 1 3.jpg Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung

Ketika isteri sedang mengandung, pelbagai perubahan dalam aktiviti harian akan dialaminya.

Dengan membaca buku atau pun artikel tentang ibu mengandung, si suami pasti dapat bersedia dengan pelbagai perubahan yang dialami si isteri.

6. Membantu di dapur

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2016/06/5.jpg Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung

Sememangnya isteri lah yang sentiasa berada di dapur untuk memasak bagi memastikan ahli keluarga mereka kenyang.

Tidak salah jika ketika isteri sedang mengandung, si suami pula yang mengambil tugasan di dapur.

Jika suami tidak pandai memasak, cukuplah dengan membantu isteri dengan memotong bahan-bahan masakan yang diperlukan.

Ataupun, selepas memasak dan makan, tolonglah di dapur dengan mencuci pinggan mangkuk dan periuk yang telah digunakan.

7. Melayan anak yang lain

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2016/07/feature 9.jpg Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung

Inilah masanya untuk suami meluangkan masa dengan anak-anak mereka selain dapat memberikan masa untuk isteri berehat.

Ia juga dapat mengeratkan hubungan antara bapa dan anak-anak.

8. Jadi pemandu peribadi untuk isteri

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2016/08/shutterstock 174938954 1.jpg Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung

Seeloknya, jangan biarkan isteri anda yang sedang mengandung untuk memandu seorang diri.

Jika anda mempunyai masa yang terluang, bawalah isteri anda ke mana sahaja dia mahu pergi.

9. Ringankan tulang

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2016/08/shutterstock 230753512 2.jpg Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung

Suami perlulah ringan tulang dan membantu isteri dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Jika isteri anda haus dan inginkan segelas air, rajin-rajinlah ke dapur dan mengambilkannya untuk isteri. Jika isteri mengadu tentang sakit pinggang atau sakit bahu, urutlah mereka.

Semestinya, isteri anda akan menghargai segala bantuan yang diberikan oleh anda ketika mereka sarat mengandungkan anak anda!