11 sebab mengapa anda isteri yang terbaik di dunia untuk suami anda!

Menjadi isteri terbaik buat suami bukannya mudah. Tapi jangan berasa gusar, jika anda penuhi 11 ciri-ciri ini, maka anda sememangnya isteri yang baik!

Perkahwinan bukanlah satu kerja mudah. Untuk golongan wanita, kita perlu menjadi isteri dan ibu pada masa yang sama. Kadangkala, kita tertanya-tanya: adakah kita isteri terbaik buat suami?

Jika anda memerlukan sedikit kata-kata semangat dan kepastian sama ada anda isteri terbaik buat suami, kami sediakan untuk anda beberapa senarai.

Senarai ini memberikan info kepada anda tentang ciri-ciri seorang isteri yang baik. Jadi, jangan putus harapan dahulu ya! 

11 sebab anda isteri terbaik buat suami

1. Anda menghormati suami

isteri terbaik buat suami bahagia, ciri-ciri isteri solehah, ciri-ciri keluarga bahagia, tanda suami sayang isteri, tanggungjawab isteri, isteri terbaik buat suami, peranan isteri Kredit: Lovepanky.com

Antara ciri-ciri utama seorang isteri terbaik buat suami adalah ini: anda menghormati pasangan sebagai ketua rumah tangga.

Sifat menghormati suami ini termasuklah sikap anda yang sering meminta pendapat suami dalam apa jua perkara, melakukan perkara yang digemarinya dan mengelak dari melakukan perkara yang tidak disukainya.

Anda faham seorang lelaki itu ingin rasa dihormati dan seorang wanita itu pula ingin rasa disayangi.

2. Anda berkomunikasi dengan baik

Anda pernah tak dengar "Men are from Mar, Women are from Venus"? Ia adalah tentang sikap berbeza yang ada pada lelaki dan wanita.

Cara komunikasi adalah salah satu perbezaan antara dua jantina ini. Namun, jika anda sering berusaha untuk berkomunikasi secara baik, itu menunjukkan yang anda adalah isteri terbaik buat suami.

Ia meliputi nada suara yang lembut, perkongsian maklumat yang jelas, dan berkata perkara yang baik serta positif saja.

3. Kejayaan suami menggembirakan anda

Seorang isteri yang baik akan sentiasa gembira di atas setiap pencapaian si suami, sama ada secara peribadi mahupun dalam karier.

Anda tidak lokek untuk memberikannya penghargaan atau ucapan tahniah. Malah, turut menyediakan hadiah istimewa untuk menggembirakan hatinya.

4. Anda sanggup beralah dan menonton rancangan TV kegemarannya

isteri terbaik buat suami bahagia, ciri-ciri isteri solehah, ciri-ciri keluarga bahagia, tanda suami sayang isteri, tanggungjawab isteri, isteri terbaik buat suami, peranan isteri Kredit: Themarysue.com

Pasti ramai para suami yang bersetuju tentang hal ini. Apabila menonton TV bersama, anda tidak kisah membiarkannya menonton perlawanan bola sepak atau rancangan suka kegemarannya.

Tidak cukup dengan itu, anda turut berusaha untuk menyukai apa yang disukainya juga. Wah, bertuah siapa yang dapat anda!

5. Anda sering memasak makanan kegemarannya

Apabila kita menyayangi seseorang, kita tidak kisah untuk melakukan perkara sweet untuknya.

Antara sikap seorang isteri terbaik buat suami adalah kita sering menyediakan hidangan kegemarannya.

Yang paling menyeronokkan bagi isteri yang baik adalah melihat senyuman dan keterujaan suami ketika mengambil makanan lazat di depannya!

6. Anda tidak berkira dengan suami

Bagi isteri solehah, rumah tangga itu adalah lubuk pahala. Walaupun ada banyak tanggungjawab di bahu suami, anda tidak kisah untuk memikul sebahagian daripadanya.

Bagi anda, suami isteri umpama satu team. Anda tidak berkira untuk melakukan lebih tugasan rumah atau berbelanja wang lebih untuk keluarga dengan niat bersedekah. 

Kalau anda lakukan semua perkara ini, itulah tandanya anda isteri terbaik untuk suami. Rugi siapa yang melepaskan atau mensia-siakan anda tau!

7. Anda kelakar!

isteri terbaik buat suami bahagia, ciri-ciri isteri solehah, ciri-ciri keluarga bahagia, tanda suami sayang isteri, tanggungjawab isteri, isteri terbaik buat suami, peranan isteri Kredit: Planning.com

Bukan semua orang boleh jadi kelakar. Kalau ini bakat semulajadi anda, suami sangat bertuah kerana menjadikan anda sebagai isteri.

Kenapa? Kerana anda mampu memeriahkan suasan di rumah, walaupun kadangkala masalah dan tekanan menjelma.

8. Anda tidak bercerita tentang hal rumah tangga pada orang lain

Anda juga isteri terbaik buat suami kerana pandai menyimpan rahsia dan boleh dipercayai. Anda tidak suka mengadu domba dan berkata hal buruk tentang suami di belakangnya.

9. Anda berkawan dengan rakan suami

Sikap anda yang peramah dan mudah mesra membuatkan diri anda rapat dengan rakan suami.

Anda percaya dengan berbaik dengan rakan-rakannya, anda akan menggembirakan hati suami. Bukan semua wanita boleh melakukan hal ini!

10. Anda biarkan suami anda membantu dalam hal rumah

Ada sesetengah isteri sanggup melakukan semua tugasan rumah. Tetapi, anda sebagai wanita yang bijak dan isteri yang terbaik masih mengizinkan suami melakukan beberapa kerja rumah yang lain.

Anda mahu kalian berdua menjadi satu pasukan yang sering berkerjasama dan masih mampu bertolak-ansur pada masa yang sama.

11. Anda berusaha untuk sentiasa berbaik dan kurang bergaduh

isteri terbaik buat suami bahagia, ciri-ciri isteri solehah, ciri-ciri keluarga bahagia, tanda suami sayang isteri, tanggungjawab isteri, isteri terbaik buat suami, peranan isteri Kredit: Shutterstock.com

Bukan mudah untuk mencari isteri yang kurang mencari kesalahan orang lain. Bagi anda, sifat mudah memaafkan dan berkompromi penting untuk memastikan keharmonian rumah tangga.

Dengan sikap yang ada pada anda ini, anda sememangnya boleh dianggap sebagai isteri terbaik buat suami anda!

Ha... bagaimana? Ada tak ciri-ciri ini pada diri anda? Kalau inginkan lebih kepastian, cuba tag suami dan tanya terus padanya :P

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Sains Buktikan Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!