Talian Kes Dera Anak Meningkat 57% Sepanjang Kawalan Pergerakan Di Musim Covid-19

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia, isu penderaan kanak kanak semakin meningkat dan talian kasih menerima banyak panggilan aduan.

Isu penderaan kanak kanak merupakan situasi di mana seorang anak kecil diperlakukan secara tidak wajar seterusnya mengganggu perkembangannya dalam keadaan sihat dan bermaruah selain boleh menyebabkan risiko untuk meneruskan kehidupan.

Biasanya isu penderaan kanak kanak ini terdiri dari empat jenis penderaan iaitu dari segi fizikal, mental, seksual dan pengabaian.

Isu penderaan kanak kanak meningkat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

isu penderaan kanak kanak

Berdasarkan laporan yang ditulis oleh Free Malaysia Today, Talian kasih telah menerima peningkatan kira-kira 57% semenjak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan.

Bahkan, perkhidmatan Talian Kasih ini menerima kira-kira hampir 2,000 panggilan berkenaan isu yang berkaitan dengan kanak-kanak selain penderaan dosmetik semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Menurut Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia, Wan Marzuki Jaafar berkata peningkatan ini berlaku disebabkan tekanan perasaan, stres dan panik yang berlaku dalam kalangan masyarakat selepas tempoh PKP dipanjangkan hingga 14 April 2020.

Beliau turut menambah, masalah kesihatan mental yang dialami masyarakat perlu diselesaikan secara teratur.

Malah pihaknya juga akan memberi sokongan dari sudut psikologi kepada pemanggil supaya dapat memberi perhatian kepada kesihatan mental mereka di sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini.

Bagi masyarakat di luar, walaupun kerajaan menyuruh kita duduk di rumah diam-diam, namun tidak salahnya untuk kita mengambil berat tentang hal yang berlaku kepada jiran dan keadaan sekeliling.

Jika anda prihatin, laporkan kejadian isu penderaan kanak kanak ini kepada pihak yang berwajib.

Dengan sikap ambil berat dan keprihatinan anda itu dapat menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang didera. 

Jika berlaku sebarang kes penderaan di kawasan anda, laporkan dan buat aduan di Talian Kasih di nombor 15999.

Fungsi Talian Kasih

isu penderaan kanak kanak

Talian Kasih adalah salah satu saluran bagi membantu masyarakat yang menghadapi masalah sosial yang berkaitan dengan kebajikan, talian kanak- kanak, kaunseling, penderaan, masalah sosial remaja, pembuangan bayi,
khidmat kesihatan reproduktif dan lain-lain.

Jenis penderaan dan maksudnya

#1. Penderaan fizikal bermaksud seseorang kanak-kanak yang dicederakan dari segi fizikal yang menyebabkan kecederaan dan boleh dilihat di mana- mana bahagian tubuhnya.

Kecederaan itu disebabkan kekerasan dan penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu.

Dengan penderaan fizikal ini boleh mengakibatkan kecederaan otak, lebam yang teruk, cacat anggota badan, retak dan patah tulang serta melecur di bahagian badan tertentu.

Kecederaan yang dialami ini mungkin disebabkan berlakunya cengkaman, pukulan, mencubit, menggigit, tampar, sepak pada tubuh kanak-kanak berkenaan.

#2. Penderaan emosi pula berlaku apabila dengan sengaja menyebabkan gangguan pada fungsi mental dan emosi kanak-kanak hingga membuatkan mereka kecelaruan mental, masalah tingkah laku, kemurungan, menyendiri, stres, resah dan perkembangan yang lewat.

#3. Penderaan seksual pula merangkumi apa sahaja aktiviti yang berunsur seks bagi memuaskan nafsu seks individu berkenaan yang dilakukan terhadap kanak-kanak.

kes dera

Hal ini turut mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang bertentangan dengan undang-undang seperti menyentuh bahagian alat sulit kanak-kanak, merogol, meliwat, bersetubuh, dedahkan kemaluan,
pelacuran bawah umur, menghasilkan gambar berbentuk lucah dan lain-lain.

#4. Penderaan pengabaian pula apabila secara berterusan gagal menyediakan segala keperluan asas kepada kanak-kanak misalnya kesihatan, pendidikan, perkembangan, nutrisi, tempat perlindungan dan lain-lain hingga boleh mengancam nyawa kanak-kanak berkenaan.

Selain itu, anak kecil yang ditinggalkan seorang diri tanpa diawasi dan ditinggalkan dalam kereta, terjatuh dari escalator dan biarkan anak keluar seorang diri juga adalah contoh pengabaian dan kecuaian daripada ibu bapa.

Ingatlah, kanak-kanak seharusnya mendapatkan didikan dan asuhan yang terbaik daripada kedua-dua ibu bapanya dan diberikan pendidikan yang sewajarnya supaya mereka dapat membesar dengan baik seperti kanak-kanak yang seusianya.

Jangan sesekali abaikan anak anda dalam tempoh Kawalan Pergerakan ini. Sekiranya stres, ambil masa dan tarik nafas panjang-panjang sebelum mengendalikan anak dengan lebih baik.

Talian Kes Dera Anak Meningkat 57% Sepanjang Kawalan Pergerakan Di Musim Covid-19

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Free Malaysia Today 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comproduk-dettol

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!