Padah rampas suami orang, Izreen Azminda kena kecam lepas kongsi gambar raya

lead image

Walaupun rata-rata netizen marah mahligai dibina atas keruntuhan rumah tangga orang, namun Izreen Azminda tetap cekal hadapinya malah dia tetap 'berani' kongsi gambar raya bersama suami.

Raya tahun ini cukup bermakna buat pelakon, Izreen Azminda kerana dia dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama insan yang bergelar suami, setelah menamatkan zaman jandanya dan berkahwin dengan Ude Wahid.

Akan tetapi, nampaknya tidaklah semuanya bahagia saja ya…

Kemelut rumah tangga Izreen Azminda 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/4 7.jpg Padah rampas suami orang, Izreen Azminda kena kecam lepas kongsi gambar raya

Pasti semua tahu kemelut rumah tangga Izreen Azminda kerana dia dikatakan merampas kebahagiaan wanita lain kerana bernikah dengan Ude Wahid yang ketika itu masih bergelar suami kepada ibu dua anak bernama, Intan Liyana. 

Kemelut berlaku apabila Izreen Azminda dianggap perampas dan menjadi punca Intan Liyana bercerai dengan suaminya.

Memanaskan lagi keadaan, apabila Izreen Azminda berkongsi gambar raya bersama suami dan menyebabkan netizen panas hati kerana dianggap tak hormat bekas madunya.

Apatah lagi, Intan Liyana dilihat akur beraya bersama keluarga dan dua anak lelakinya tanpa ayah  (Ude Wahid)  di sisi. 

Gambar raya Izreen Azminda dan suami 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/3 9.jpg Padah rampas suami orang, Izreen Azminda kena kecam lepas kongsi gambar raya

Kelihatan bahagia Izreen bersama suami, Ude Wahid.

Mungkin kita tak tahu Izreen juga memendam rasa apabila ramai yang kurang bersetuju ketika dia berkahwin dengan bekas suami orang itu. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/9 2.jpg Padah rampas suami orang, Izreen Azminda kena kecam lepas kongsi gambar raya

Gambar Ude mendukung Izreen juga mendapat kecaman hebat. Malah netizen, kurang senang dengan aksi ‘pose’ ini. 

Gambar raya bekas madu, Intan Liyana beraya bersama dua anak 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/intan.jpg Padah rampas suami orang, Izreen Azminda kena kecam lepas kongsi gambar raya

Dari sisi yang lain pula, rata-rata netizen kasihan melihat Intan Liyana yang penat melayan karenah dua anaknya tanpa suami. Ini merupakan raya pertama Intan bergelar ibu tunggal

Apatah lagi di hari raya sepatutnya sebuah keluarga hidup secara aman dan meraikan Syawal dengan rasa penuh syukur. Tapi apa yang dialami Intan cukup memilukan apabila terpaksa melihat kebahagiaan insan tersayang bersama orang lain.

Harap Intan sabar dan redha dengan ketentuan ini. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/d 4.jpg Padah rampas suami orang, Izreen Azminda kena kecam lepas kongsi gambar raya

Walaupun tanpa suami, Intan dilihat cukup bahagia dengan kehidupannya kini kerana banyak terima tawaran menjadi modeling dan duta produk.

Sedikit sebanyak ia membantu kehidupannya sebagai ibu tunggal dengan lebih bahagia.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/Untitled 3.jpg Padah rampas suami orang, Izreen Azminda kena kecam lepas kongsi gambar raya

Sungguhpun di buang suami tercinta, namun bekas madu Izreen tetap mempunyai seorang ayah yang sentiasa menyokong setiap apa yang dilakukan dan sentiasa berdoa Intan bahagia di dunia dan akhirat. 

Amacam, ada tak netizen yang sakit hati melihat kebahagiaan Izreen ini? 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit gambar: Instagram 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

5 artis lelaki terkenal yang curang dengan pengasuh anak sendiri, suami jangan tiru ya!