12 Jam Jadual Anak Padat Sampai Tak Ada Masa Rehat? Ini 3 Kesan Negatifnya!

lead image

Adakah anak anda menyertai pelbagai kelas selepas habis sekolah? Bagaimana pula dengan hari minggunya? Jaga-jaga, aktiviti yang terlalu padat membawa kesan negatif pada mereka!

Bagaimana anda menyusun jadual harian anak? Sekarang ini jadi satu trend bila anak-anak dibekalkan dengan pelbagai aktiviti bermula saat mereka dilahirkan lagi!

Bayangkan, pagi ke sekolah harian. Petang pula ke kelas mengaji. Ada pula yang sibuk belajar piano, berenang dan aktiviti sosial yang lain. Betapa padatnya jadual harian mereka, kan? 

Ya, aktiviti ini bagus untuk meningkatkan tahap dan kemahiran diri anak, tapi kalau terlampau banyak sangat, ia boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan mereka! 

Lihat sajalah dari pagi hingga malam, jadual harian anak berlangsung selama 12 jam. Betul-betul dapat rehat pun bila masuk jam 10 malam ke atas.  

12 jam sibuk dengan jadual harian, ia beri kesan pada anak anda

jadual harian, jadual harian anak, jadual anak padat, jadual sekolah anak, jadual aktiviti harian anak, jadual harian kanak-kanak, jadual, jadual sekolah, jadual aktiviti anak-anak, jadual persekolahan, jadual aktiviti dan harian anak

Kredit : 123rf.com

Purata hari di sekolah kira-kira enam ke tujuh jam. Tapi jika ibu bapa bekerja, anak-anak akan dihantar ke pusat jagaan atau taska. Di situ, ada aktiviti lain yang bagus untuk perkembangan anak. 

Tak cukup dengan itu, kanak-kanak juga digalakkan mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu aktiviti di luar sekolah. 

Bila di rumah, mereka perlu siapkan kerja sekolah yang diberikan cikgu pula. Ini bermakna 12 jam anak tanpa henti melakukan semua aktiviti ini. 

“Biasalah itu! Saya dulu pun sibuk dengan macam-macam juga masa kecil. Sihat saja pun sekarang.”

Pasti anda akan terfikir perkara itu. Tapi anda tahu kenapa ia memburukkan kesihatan anak-anak? Jom kita bincang dari pendapat pakar pediatrik (pakar kanak-kanak) sendiri. 

3 kesan negatif jika jadual harian anak terlampau padat 

jadual harian, jadual harian anak, jadual anak padat, jadual sekolah anak, jadual aktiviti harian anak, jadual harian kanak-kanak, jadual, jadual sekolah, jadual aktiviti anak-anak, jadual persekolahan, jadual aktiviti dan harian anak

Terdapat beberapa kesan negatif jika jadual harian anak terlampau padat. Berikut antara tiga hasil negatif itu: 

  1. Lelah dan bosan: Pakar Pediatrik, Dr Deb Lonzer mengatakan jadual harian anak yang terlalu padat biasanya akan membuatkan kanak-kanak itu tidak dapat tahap pemakanan yang baik, cepat letih dan tiada kawan. 
  2. Kurang masa bersama keluarga: Sekolah dan kerja rumah memang penting. Selain itu, mungkin extra kurikulum di sekolah. Tapi bagaimana pula dengan masa rehat bersama keluarga? Menurut Dr Deb, kanak-kanak yang ada jadual harian terlalu padat tiada masa bersama ahli keluarga. 
  3. Ibu bapa juga turut rasa penat: Jadual kanak-kanak ini kadang-kadang sukar diuruskan. Jadi, pengorbanan keluarga harus seiring jika ingin melihat anak-anak berjaya di masa hadapan mereka. 

Tips mengatasi masalah jadual harian anak terlalu padat  

  • Menurut David Elkind, Profesor perkembangan kanak-kanak di Tufts Universiti, aktiviti berstruktur ini melebihi keperluan kanak-kanak. 
  • Elkind mencadangkan, seorang anak hanya ada tiga aktiviti saja iaitu sukan, sosial dan artistik seperti pelajaran muzik atau kelas seni. Dia mengesyorkan, anak-anak hanya mengambil aktiviti itu selama satu jam saja setiap minggu. Namun, ia tidak sesuai untuk murid sekolah rendah 
  • Adakan masa bersama keluarga.
  • Biarkan anak terlibat dengan perkara yang mereka suka.  Sesuaikan aktiviti tersebut dengan pelajaran setiap hari.
  • Pastikan anak-anak ada semasa makan malam. 

Diharap artikel ini berinformasi dan memberi anda manfaat berguna. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber : Penulisa asal Elaineboey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

10 perkara yang anak anda patut boleh buat sebelum masuk pra-sekolah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!