Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa

Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa

Ini panduan khas untuk ibu bapa baru yang mungkin kurang pasti tentang bagaimana untuk menjaga kebersihan kemaluan bayi lelaki mereka.

Bagaimana cara yang betul nak jaga kemaluan bayi lelaki?

Apabila ditanya cara yang betul untuk menjaga kebersihan kemaluan bayi lelaki, pasti ibu bapa baru akan garu kepala sambil bertanya "bagaimana?" 

Artikel ini akan memberi maklumat dan petua mengenai penjagaan kawasan kemaluan bayi lelaki anda.

Apakah rupa bentuk kemaluan anak apabila mereka dilahirkan?

Bagaimanakah ibu bapa boleh membersihkan bahagian tersebut adalah antara soalan yang sering ditanya.

Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa

Bentuk kemaluan anak baru lahir

Jangan terkejut kalau kemaluan anak baru lahir nambak kembang - ini perkara yang biasa.

Ia disebabkan oleh beberapa faktor seperti terdedah kepada hormon ibu dan genital yang lebam semasa kelahiran.

Anda juga akan perasan skrotum anak nampak agak besar.

Ini kerana ia berisi cecair berlebihan dan dipanggil hydrocele. Ini juga perkara yang biasa dan akan hilang sendiri dalam masa 6 bulan.

Buah zakar bayi lelaki yang baru lahir juga sukar dicari dalam skrotum yang bengkak.

Pakar perubatan menjelaskan ini disebabkan oleh "otot-otot buah zakar yang akan regang dan menariknya ke pangkal paha bahagian kemaluan apabila terdedah pada suhu yang sejuk."

Bayi lelaki juga akan mengalami ereksi sebelum dia kencing dan ini juga perkara yang biasa.

Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa

Zakar yang tidak disunat

Sama ada anda anak disunat sejurus mereka dilahirkan ataupun tidak, kebersihan zakar adalah sangat penting untuk mengelakkan jangkitan dan masalah lain.

Untuk beberapa bulan pertama, bersihkan zakar bayi anda dan bahagian kemaluannya dengan sabun bayi yang lembut serta air.

Keringkan dengan tuala lembut dan jangan gosok, kemudian pakaikan lampinnya.

Anda tidak perlu membersihkan kemaluan anak dengan antiseptik atau lap dengan kapas.

Jangan cuba tarik balik kulupnya, iaitu kulit yang menutup kepala zakarnya.

Sebaliknya, perlahan-lahan tegakkan kepala zakar dan basuh mana-mana smegma (sisa keputihan kulit sel mati yang bercampur dengan minyak badan).

Kulit kulup mempunyai fungsi yang penting. Menurut American Academy of Pediatrics, ia melindungi kelenjar, atau kepala zakar apabila bayi masih kecil kerana zakar mereka senang direngsakan oleh air kencing dan najis.

Selain itu, kulit kulup bayi anda disambung kepada zakarnya melalui tisu. Jika anda cuba menarik kulup anak, anda mungkin boleh menyebabkan pendarahan dan menyebabkan kulitnya koyak.

Pastikan lubang pada kulup tidak menghalang bayi anda dari kencing.

Jika anda perasan aliran air kencing anak seperti tersekat atau dia kelihatan tidak selesa semasa kencing, bawa anak berjumpa doktor.

Kulit kulup akan tertarik balik secara semula jadi dengan beransur-ansur apabila bayi anda dalam lingkungan 5 atau 6 tahun. Bersihkan zakar anak dengan baik.

Sabun lembut dan air sudah mencukupi.

Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa

Tips Penting: 

Bayi lelaki suka kencing dekat muka ibu bapa masa tukar lampin! Sediakan tuala berdekatan dan jangan berlengah apabila menukar lampin anak.

Ingat untuk menghala zakar anak ke bawah sebelum memakaikan lampin untuk mengelak air kencing dari bocor.

Apabila anak semakin besar, ajar anak untuk menjaga kebersihan kemaluannya dengan langkah-langkah ini:

  • Dengan perlahan tarik balik kulit kulup dari kepala zakar
  • Basuh kepala zakar dan bahagian dalam kulup dengan sedikit sabun dan air
  • Tutup semula kepala zakar dengan kulit kulup

Sekiranya kulup anak tidak dapat ditarik sepenuhnya apabila dia baligh, hubungi doktor anda.

Masalah kemaluan yang sering melanda bayi lelaki
1- Hernia Inguinal

Ini berlaku apabila tisu di abdomen - seperti tali usus - bergerak ke saluran inguinal anak.

Ini akan mengakibatkan bonjol kecil yang tidak menyakitkan pada kemaluan bayi anda, kata pakar. Kejadian hernia ini lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding perempuan.

Cara rawatan:

Untuk mengelakkan bayi daripada mendapatkan hernia yang tersekat, doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan untuk menutup saluran inguinal bayi.

Sekiranya bayi mengalami hernia yang tersekat, ia akan menyebabkan bonjolan yang keras, bengkak dan menyakitkan di bahagian pangkal paha yang memerlukan rawatan perubatan segera.

Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa

2- Hydrocele

Ini berlaku "apabila saluran inguinal bayi itu tidak tutup. Cecair dari abdomen boleh berkumpulkan di dalam kantung skrotum," kata Dr Steven Tennenbaum, ahli urologi pediatrik di New York. Ini akan menyebabkan buah zakar bayi kelihatan bengkak, tetapi ianya tidak menyakitkan.

Cara rawatan:

Hydrocele biasanya akan pulih sendiri.

Tapi jika ia tidak beransur pulih, doktor boleh menyarankan pembedahan selepas bayi itu berumur 1 tahun untuk mengeluarkan cecair dan menutup saluran inguinal.

3- Kencing kotor atau UTI

Bayi anda boleh kencing kotor akibat bakteria yang berkembang jika zakarnya tidak dibersihkan dengan baik. Tanda paling biasa untuk kencing kotor adalah demam panas.

Tetapi kadang-kadang tanda lain seperti bau air kencing yang lain daripada biasa atau bayi tiba-tiba merengek ataupun muntah, hubungi doktor anda dengan segera.

Cara rawatan:

Ubat antibiotik akan diberi oleh doktor.

4- Penile Adhesion

Ini kadang-kadang berlaku selepas anak disunat.

Apabila kulit zakar dipotong, bahagian tepi kulit itu boleh lekat pada bahagian yang telah dipotong. Apabila seorang bayi disunat, kulit kulup boleh lekat pada kepala zakar.

Jika ini berlaku, zakar anak akan kelihatan seperti ia tidak pernah disunat, ataupun kepala zakar mungkin nampak seperti ia diselaputi lapisan yang nipis.

Cara rawatan:

Keadaan ini tidak menyakitkan dan biasanya akan pulih sendiri. Rawatan tidak diperlukan.

Tetapi jika keadaan ini berterusan, krim steroid akan diberi oleh doktor, kata Dr. Victoria McEvoy, pembantu profesor pediatrik di Sekolah Perubatan Harvard.

Sumber: American Academy of Pediatrics, KidsHealthWebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.com/berkhatan-antara-tuntutan-agama-dan-risikonya/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner